Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday 13 September 2010

Sambutan Raya di Staines Sailing Club

Sambutan raya tahun ni sangat meriah. Kami buat di Staines Sailing Club. Tempat ni ada pemandangan yang sangat cantik. Memang best. Seperti biasa, tumpuan adalah pada makanan. Ada macam2. Kami sewa tempat tu dari pagi sampai 7pm. Apalagi, puas la makan2 sampai nak pecah perut.

Ladies only, yea....

Anak2 pulak.....

Kaum bapak pun ada............

Pakar pengibas sate. Kenyang la kami makan sate hari tu. Ada 300 cucuk semuanya. Sebab macam2 makanan ada, sendat perut woooooooo.

Makanan wajib semasa hari raya - sate, ketupat nasi, lontong, lemang dan rendang.

Siap ada wau, youuuuuu...macam kat Msia pulak.

Murtabak, pulut kuning, nasi dagang, gulai ikan, nasi minyak, ayam masak merah, rendang ayam.

Pecal, rojak mee, nasi beriani, wajik.

Kuih Melayu, kuih org putih, biskut ...

Kacang dan kerepek.

Cendol pun adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Memang puas hati la kami beraya hari tu. Cuaca pun cantik sangat. Alhamdulillah.

Walaupun jauh dari sanak-saudara, kami tidak terasa sangat kerana kami di sini agak rapat. Semuanya baik-baik belaka. Susah-senang kita, merekalah yang membantu. Terima kasih kepada semua. Hugs n kisses dari As dan Alia.

Selamat Hari Raya!!!!


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua!

Lepas sembahyang raya....di Royal Holloway University.

Tengah dengar khutbah raya.

Lepas sembahyang raya, kami semua berkonvoi ke rumah kak Lina. Seperti biasa, kami tak buat kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah macam kat Msia for practical reason. Kami buat mesyuarat, decide menu yang nak dimasak semasa hari raya and then semua orang berkumpul kat satu tempat je. Seronok sebab masing-masing bawak macam-macam juadah. Terima kasih kepada kak Lina sekeluarga yang susah-payah volunteer jadi host. Your house is lovely!

Kuih-muih yang terhidang di hari raya pertama. Seri muka tu sedap! Suka sangat.




Anak-anak dara kecil main buai.

Ibu-ibu lepak kat dapur. Ooops ada terselit sang jejaka sorang tu.

Kaum bapak makan kat luar. Sedap noooo...........



Selamat Hari Raya!! Maaf zahir dan batin!

Posto....posto

4 September 2010

Yahoooooooo....makcik dapat parcel hari ni. Gembira sungguh! Alia seronok dapat baju raya. Hari-hari dok pakai and hari2 jugak dok tanya "When is hari raya? I'm so excited". Hisss...tak sabar-sabar. Macam le puasa. Ada jugak dia puasa...1 hari je puasa penuh. Penah puasa sampai 11am dalam 2-3 hari.

Parcel kiriman adik aku, Yana. Thanks, sis. Aku dapat baju raya, 5 tudung, 3 balang kuih raya. Alia dapat baju raya. Thanks to my hubby yang menghulurkan ongkosnya. Yeayyy dapat beraya pakai baju baru.


Sempena bulan puasa ni, ada le aku masak2 dan buat kuih sikit2. Maklum la...tekak terasa nak makan, bazaar Ramadhan takde, jadi terpaksa la masak sendiri. Mak aku mesti kagum tengok anak dia boleh masak. Kalau kat kampung, memang satu apa pun aku tak reti masak.

Carrot cupcake with cream cheese icing...masak raya pertama.

Chocolate chip cookies...masak masa bulan puasa.

Air soya.....ni pun buat sendiri tau!!! Kurendam kacang soya, ku blend, kutapis dan ku masak atas api tau!!! Sedap lagi berkhasiat. Lemak manis disukai ramai. Lepas ni dah boleh bukak gerai air soya kat Pasar Malam Salak Tinggi plak.

Apakah ini? Ini le doh roti canai utk buat murtabak sempena raya. Kalu nak buat roti canai, tepek2 je kasi leper, jadi le roti canai. Kalu nak jadikan murtabak, letak je inti murtabak. Aku uli pakai breadmaker pastu buat bulat2 cam dalam gambar, letak butter n biar semalaman. Pastu boleh canai utk buat murtabak ke roti canai ke...ikut suka la.

Teringat masa sekolah dulu, penah le beberapa kali mak aku mintak tolong gentel2 roti canai ni, buat meniaga. Aku buat secara paksa sebab aku geli bila tangan kena marjerin, sekarang...nah.....rasakan! Buat le sorang2!

Dan inilah hasilnya murtabak aku.....rupa kurang jelita sikit sebab lupa nak taruk serbuk kunyit kasi kaler dia gelap2 sikit. Takpe la....asal rasa murtabak sikit2 pun ok la. Aku tak reti nak tebar roti canai tu so aku gelek2 dengan rolling pin. Sebab tu murtabakku agak tebal kulitnya. Hentam saja la.

Memenuhi Jemputan Berbuka Puasa

Sempena bulan puasa hari tu, banyak majlis buka puasa kat sini. Macam kat Msia jugak, kami kat sini pakat-pakat dan gilir-gilir menganjurkannya. Boleh dikatakan 2-3 kali seminggu ada jemputan. Jarang la aku masak sebab selalunya lepas majlis, kami tapau2 pulak.

Kat sini, majlis buka puasa selalunya buat kat rumah je. Maklum la...perantau. Mana ada buat kat hotel2 cam kat Msia, kan. Tapi ok la. Dapat la jugak merasa kemeriahan berbuka puasa bersama kawan2.





Walau tak dapat pegi Bazaar Ramadhan (waaaaaaaaaaaa....sedih) tapi terubat la jugak kerinduan bila berbuka puasa bersama kawan-kawan yang senasib ni. Semoga berjumpa lagi Ramadhan al-Mubarak.

Hari Pertama Persekolahan - Alia Darjah 1

7 September 2010

Hari pertama Alia bersekolah kat sini sebagai Year 1 student. Sebelum ni Alia attend Reception Class kat sekolah sama tapi compound yang berlainan. She was quite excited sebab dia rasa dia dah besar. Pagi-pagi kena beratur, sebelum masuk kelas.

Alia bersama kawan-kawan sekelas. She's the smallest rasanya.

Anak-anak orang putih ni besar-besar, kan.

Sempat lagi berposing anak aku ni.

I got my Disney princess lunch box!

Sekejap je dah besar si Alia ni. Kali pertama sampai kat UK dulu, dia baru 3 tahun lebih. Sekarang dah masuk Year 1. InsyaAllah, next year dah boleh bersekolah di Malaysia. Nak balikkkkkkkkk!!!!!!!



Bunga oh bunga

I claimed myself as tangan panas. Kalau tanam apa2, jarang nak menjadi. Tapi kali ni, pokok Oriental Lily aku naik dengan subur. Syok!!!

Tengok la bungaku kembang mekar!!

Dan lagi.....

Dan lagiiiiiii.............

Eh, ni bunga lain ni. Model upahan yang dipaksa amik gambar bersama bunga untuk tunjukkan how big my looooooovely flowers are, hehehhe.


Sekarang ni projek tanam pokok cili dengan tomato pulak. Kalau menjadi, akan ku uploadkan gambarnya. Kalau takde kabar berita tu maknanya pokok2 tu kering tak menjadi.....

Girl's Day Out

13 August 2010

Rombongan Cik Kiah bergerak ke Wembley, menuju ke Popat Store. Anda tau ada apa kat Popat Store? Corelle! Hahahha.....makcik beli le sebijik dua, buat kenangan.



Tersenyum riang kanak-kanak dewasa ni dapat shopping kat Popat.

Lepas ke Popat, kami ke Win Yip pulak. Dah ada kat sini, macam-macam la pulak yang kami beli. Sebab masa ni bulan puasa, jadi banyak la idea nak masak itu dan ini. Yong tau fu, char kuey tiau, tauhu sumbat la...apalagi, borong la.

Anak-anak yang ditinggalkan, sementara ibu-ibu pegi shopping. Kudos to Rina and Shasha yang tolong tengok budak2 kecik ni. Puas hati shopping, balik tu aku masak macam-macam. Pastu masuk freezer, bila nak buka puasa, tinggak reheat je. Senang!

Bday Huda n Husna

10 August 2010

Cuti sekolah yang panjang hari tu, Alia tak pegi mana-mana. Duduk rumah je sebab ibunya banyak report nak kena siapkan. Tetiba pagi tu Umi(Maswa) call, ajak Alia pegi Windsor. Rupa-rupanya sempena menyambut bday Huda n Husna.


Thanks to Umi n abah yang belanja Alia dan mama Alia naik bot, ronda2 sepanjang River Thames hari tu. Juga kerana belanja Alia naik swan dan naik kuda kat situ. Thank you.

Bday girls....mengerjakan kek dengan ganasnya, hahahah!

Alia's circle of frens. The best buddies.

Tunggu turn nak naik bot.

Here we are!!




Asha n Alia. Seronok anak dara ni naik swan.

Walaupun hari tu diakhiri dengan hujan lebat, tapi budak2 ni puas hati dapat spend the day together. Happy Bday Huda n Husna!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :