Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday 27 December 2011

Pregnancy update

Hmmmm.....my appetite return with a vengeance! Malam ni je after makan nasi dengan ikan sweet sour, perutku tak kenyang2 jugak. So aku goreng nugget, masak pizza dan buat kukus sweet corn. Hambek kao!! Makan sampai nak pecah perut. Sambil makan, mulutku sibuk mengomel-ngomel. " Kalau macam ni memang kompom jadik mak gajah lorr". Mr hubby cakap..."takpe...makan je le". Aku pun apalagi, makan tanpa rasa malu2 lagik.

Lepas makan, mandi. Then baru perasan..alamak, perut aku dah besar. Takkan overnight baby mengembang. Ke sebab aku makan banyak tadi? Takkan la boleh jadi sebegini muncit? Haissss apa2 je la. Sebelum ni risau sebab perut kecik. Bila perut besar pun risau jugak. Then aku decide : takpe la...besar ke kecik, janji baby sihat.

Sebenarnya aku risau gak sebab few weeks ago aku kena infection pastu ada satu Dr locum ni (betul ke eja ni?) dia prescribed strong antibiotik kat aku. Aku dah makan 6 biji sambil2 google2 pasal ubat ni. Then aku tak puas hati jugak. Bila pegi jumpa Dr yang aku selalu jumpa tu, dia suruh berenti makan. Aku dah cuak la. Baby aku ok ke? Dah la aku rasa perut tak membesar. Dr suruh buat 3D scan utk detailed scan. Jangan la jadi apa-apa. Kang nanti aku menyesal tak sudah.

Takut jugak nak gi scan ni......

Friday 23 December 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Sabtu lepas kami sekeluarga pegi Zoo Melaka. My sis anak-beranak pun pegi. Meriah sebab ramai2. Aku pulak, as long as dapat berjalan-jalan suker je hati ni. Walaupun Zoo Melaka tengah ribut-ribut pasal budak kena gigit siamang (sampai masuk paper), tapi kami pegi je. Bagus jugak pegi masa orang lain tak pegi sebabnya takde la ramai sangat manusia. Even tak ramai, pada aku dah ramai dah tu. Dengar cerita, selalunya orang bersesak-sesak kat Zoo Melaka ni.

P/s : Gambar kebanyakannya tak chantek sebab cuaca mendung, kadang2 hujan renyai. Ditambah dengan pakcik photographerku sibuk amik gambar burung dan signboard je. Aku...macam biasa le..paling malas mengambil gambar tapi suka diambil gambar. Boleh gitu?

Alia n Insyirah paling seronok - you could hear them shrieking excitedly tiap kali tengok binatang yang cute2. Yang hudos2 pun mereka terjerit-jerit jugak. Pendeknya apa saja yang ditengok boleh jadi bahan gelak mereka. Aku bawak Phil & Ted sebab dah agak budak 2 orang ni mesti penat jalan kaki jauh2. Mula2 tu aku ok je. Pastu, makcik surrender la. Beratnya budak 2 org ni! Nak terkeluar isi perut aku menolak naik bukit. Sudahnya, letak si Ilham yang umur 2 tahun tu je. Baru ringan.

Sepupu: sorang nak masuk 7 tahun, sorang lagi baru 2 tahun. Tapi nampak macam sama besar. Hmmmphhh...camana la nak kasi Alia ni besar? Bak kata Mr Hubby, skin n bones je.

Pada aku, Zoo Melaka ni agak bagus. Kawasan y
ang luas, banyak binatang dan in most parts, memang cantik dan tersusun. Terutamanya kawasan harimau. Siap ada waterfall dan taman nan indah lagi. Tapi semua tu utk harimau la...bukan utk pengunjung. Untuk pengunjung, ada gazebo, pangkin untuk berehat-rehat. Tapi ada jugak beberapa kawasan yang agaknya terlepas pandang. Ada binatang yang sangat la kurusnya, macam tunggu masa nak mati je. Kebanyakannya haiwan yang hidup segan mati nak sangat ni, originate dari Afrika. Agaknya depa tak suka makanan kat sini (tumbuh-tumbuhan kita tak ngam dengan perut depa agaknya).

Perkhidmatan tren pendek/tram (macam dalam iklan KFC tu) ada disediakan, kalau anda malas nak berjalan kaki. Tapi tak best la sebab tak dapat intai2 haiwan tu dekat2. Boleh je hop on and hop off aku rasa tapi once you get off the tram, alamatnya berjanggut la nak tunggu the next one. So kalau masa banyak, I would suggest pada anda utk jalan kaki dulu and then bila dah habis ronda, naik tram for a brief tour. Zoo ni juga ada night visit. Tapi aku macam seram je nak pegi malam2 sebab.....ishh..tak berani la sebab banyak creepy crawlie dalam gelap tu. Oh titakk.....

Alia riding a pony. Murah je...RM2.

Rambut Syirah n rambut brader tu sama pesen. Sedara ka?

Capuchin

So pada anda yang ada anak2 tu, cuti sekolah yang masih berbaki ni, boleh la bawak anakonda (ooopsss anakanda) pegi zoo. Yang takde anak pun boleh pegi jugak, amik aura anak orang. Yang masih bujang tu, boleh le pegi sambil exercise kaki dan jamu mata, hehheheh.

Friday 16 December 2011

Short Break to Genting Highland

We were in Genting, last week. Spent 3 days over there. We normally stayed at the Tower hotel, in the standard room but this time around my hubby's employer was kind enough to book us a Club suite. The room was quite impressive. The bathroom is huge. Everything is perfect but the patio was a bit poor. Seasoned, maybe.


Top 2 pics : www.awana.com.my


Talking about Genting, we always loved Genting. When I was in the UK and looking for cosytoes to match my little daughter's (not so little anymore, hehehhe) pushchair, my friend was puzzled and telling me that I definitely do not need cosytoes in Malaysia! I smiled at her and said "No worries.....I will need it next time we're in Genting." Not satisfied with my answer, she added "yeah...like you go there all the time". Feeling content, I replied " Oh, not all the time but definitely more than a few times a year".

The blue thingy that look like a sleeping bag is the cosytoes. Great to keep baby warm in the cold.

Yes, that's right. Genting has a special place in my heart. I went there with my friends when I was a student, then with my hubby, later on with my little tot and I will keep on frequenting Genting until I am bored of it, hhaahahhah!! I love pretending like I lost control and eat like there is no tomorrow at Coffee Terrace house, acting childlike on the many rides at the theme park and most of all.......feeling all lovey-dovey, staring at the night sky and having the warmth of being loved amidst the cold but comfortable wind on my face. Bliss!

Oh, sambung pasal Awana, among the perks of staying there is you get vouchers to ride the Skyway for free. RM10 return per pax and since we have 3 in the company, so RM30 saved. Haaa.....see. Plus, there is free shuttle bus from Awana to the peak of Genting or to Goh Tong (for a treat of roti canai). And last but not least, Awana is not as cold as the peak so on a lucky day, you get to swim in their swimming pools. There are 3 swimming pools. One each for adults and kids and the other one is more like jacuzzi, with warm bubbly water.

Cable car or depa panggil The Skyway. It took 15 minutes from Gohtong Skyway station to Genting Highland.

Hotel garden

Me and my 19 weeks belly and Mr Hubby.


Sepanjang kat sana, we had our meals kat Rajawali Restaurant. Not bad. The choice is vast (but not any better than Coffee Terrace) and the food is ok. Desserts tak best sangat. None of the small cakes are to my liking. Tapi all the caramel-type puddings were yummy. Pernah sekali we had our dinner kat Golf Terrace. Oh my dear me....the food was not up to hotel standard, limited choices and the staff has nothing to do but lingering around you, waiting to clear up your table. Rasa tak berbaloi bayar mahal2, tau.


Anyway, my mood was lifted once we were at the peak of Genting. I guessed all the lights and sounds make me happy. Alia had her share of being a kid. We opted for the indoor park only because time was not on our side. We came home happy, nevertheless.


A very happy ice-cream vendor

Reindeer comes early to Genting! No need to wait for Christmas.

Mr Clown and a very happy customer.......holding her ever so precious flower. Alia menangis bila belon bunganya meletup. Kecian.....

Happy while it last.

Genting....'til we meet again. Probably with a baby in tow....boleh la pakai cosytoes yang dah lama dibeli tu!



Sunday 11 December 2011

Macam-macam gila manusia ni

Ada orang gila handbag, ada orang gila kereta. Aku pulak gila pushchair.

Sekarang ni aku dok gila kat Bebe Confort Loola Up la pulak. Senang nak lipat2 masuk dalam keta. Single-handled folding operation. Tak payah nak susah2 pakai 2 tangan. Aku suka Quinny Buzz aku tu tapi aku paling benci folding systemnya. Susah banget. Unfolding senang sebab automatik. Tapi nak melipatnya memang perlu kerahan tenaga setiap kali nak lipat.
Pastu Loola punya wheels boleh dicontrol sama ada nak swivel atau locked wheels pakai button kat handle je. Tak payah nak adjust dekat wheels tu. So.... senang la. Tangan tak kotor. Aku rasa carrycotnya pun cute, tak besar sangat. Just nice je. Hmmm...nak kena buat pembelian rahsia lagi ni. Kalau mintak approval Mr Hubby, mesti dia tak setuju. Aish...rasa bersalah la pulak.


Apa-apapun, jamu mata je la dulu. Ada rezeki dapat le beli. Kalu tidak, telan ayaq liur je la.



Thursday 1 December 2011

Full-paying patient (FPP) Hospital Putrajaya

Credit to : Google

Pregnant ada conflict, nak bersalin pun ada conflict. Hari ni nak share pengalaman tentang FPP untuk bersalin di Hospital Putrajaya. Bear in mind, post ini mengenai FPP a.k.a kita register sebagai private patient untuk mendapatkan private service. Bukan sebagai pesakit biasa.

I was so excited to hear that Hospital Putrajaya ada sediakan private wing. Read many good reviews on it. Bilik best ala2 hotel, boleh pilih pakar perempuan, facilities memang state-of-the-art la. Dalam hati memang nak deliver baby kat sini. So selepas asyik tertangguh, lepas amik darah kat klinik, kami ke Hosp Putrajaya. Sampai pukul 1tghari, kena tunggu pukul 2pm baru ada staff kat kaunter. So sementara menunggu tu, kami lunch dulu. Kafe : Agak teruk berbanding HUKM. Makanan pun tak berapa best, suasana dalam cafe tak welcoming. Cerita pasal FPP, kami diberi penerangan oleh staff dikaunter. Kemudian diminta dapatkan appointment di kaunter O&G. Selepas beberapa lama, kami membuat kesimpulan : Well....nampak gayanya kensel la nak amik FPP kat sini. Why?

1) Waiting time during routine antenatal appointment could be up to 3 hours! Even more than 3 hours pun ada jugak kadang2. ???!!! Bayangkan, kita bayar consultation charge setiap kali pergi (out of office hour harga lebih) + extra charge utk amik darah, scan, etc. Pastu kena beratur lama. You paid premium price, and yet kena tunggu lama. Baik tak payah bayar, pegi sebagai pesakit biasa aje la kan. Alasannya : Ada 4 doktor pakar sahaja di bawah FPP sedangkan FPP patients sangat ramai. Kadang-kadang Dr kena attend emergency case kat labour room, OT etc.


2) Kena register awal=buat check-up awal. Staff kat kaunter kata boleh register as FPP patients paling lambat by 32 weeks. Lewat daripada tu, Dr tak mau terima dah. Staff kat satu lagi kaunter cakap, kena register sekarang (I am 17 weeks), semasa ibu dalam 4-5 bulan. Lewat tak boleh. Pulak! Aku malas nak register awal sebab tak mau menunggu berjam-jam utk routine check-up. Ingat nak continue check-up kat klinik sekarang and dalam 31 weeks tu start check-up kat Putrajaya. Tak boleh pulak, kata staff tu. Isshhh apa pulak dorang ni macam ni? Macam nak paksa-paksa orang masuk awal. I don't mind register awal kalau setiap kali pegi, kita senang hati. Masalahnya I tak sanggup nak tunggu berjam-jam setiap kali pergi.


3) Walaupun we had been assigned our chosen pakar O&G, tak semestinya Dr yang sama akan sambut baby. Sebab ramai sangat FPP patients, pakar ada 4 aje. Kadang2 Dr cuti emergency, ada kes lain etc. So case kita akan diserah pada mana-mana Dr yang available. Tu aku faham la. Tapi yang aku tak berapa setujunya ialah.....cara staff tu terangkan, seolah-olah kes macam ni memang kerap sangat berlaku. Buatkan aku terfikir, macam possibility utk terjadi sangat tinggi. Eh kang penat je bayar ribu-raban tiba2 Dr bukan pilihan pulak yg menyambut baby.


4) Paling membuatkan kami tak selera nak book sebagai FPP patients ialah, staff kat situ berkali-kali menerangkan betapa ramainya FPP patients kat Hosp Putrajaya ni. Kebanyakan perkara yang diterangkan kepada kami, hampir keseluruhannya berkait dengan perkara-perkara negatif. Bila ditanya apa kelebihan private wing hospital ni berbanding private hospital, mereka jawab "hmmmm....entahlah". Dah tu camno? Memang tak convincing.

5) Harga utk wad bersalin RM300 semalamam. Dipanggil executive ward. Tapi kalau ramai yang bersalin masa tu, kita yang sepatutnya dapat bilik seorang, kena share dengan orang lain, jadi 2 orang sebilik. Tapi bayar sama jugak, RM300. Pelik, pelik. Kita mesti la nak service yang dijanjikan. Kalau dah bayar RM300 utk sebilik sorang, kena la dapat sebilik sorang. Kalau dah share sebilik 2 org, kena la kurangkan harga. Logik tak?

Kat sini, pakej bersalin normal (labour room, bilik wad, ubat, consulation etc) dalam RM2000 ++. So sama la jugak dengan private hospital. Tapi kat sini banyak ragamnya. Kalau banyak sangat songehnya FPP ni, lebih baik masuk private hospital je. Boleh masuk bila-bila masa, bawak buku merah/pink tu je or at least surat rujukan dari klinik yang kita buat antenatal check-up. Tak perlu nak register seawal 4-5 bulan.

I was thinking, satu lagi alternatif lain ialah bersalin aje la sebagai pesakit biasa kat Hosp Putrajaya ni. Dengar cerita dari teman-teman yg ada pengalaman bersalin kat sini, layanan staffnya memang tip-top. Semua bilik kat sini, 1st class. Suami pun boleh masuk labour room. Kalau dah macam tu, buat apa kita nak bayar mahal-mahal, kan?

Rasanya pihak pengurusan Hospital Putrajaya kena cari jalan untuk mengatasi masalah ini. Sepatutnya bila ramai yang berminat utk register sbg FPP, hospital kena la pikir jalan utk atasi masalah berbangkit. Banyakkan bilik executive (sbb permintaan memang meningkat) dan buat sistem lain untuk mengelakkan pesakit berbayar terpaksa menunggu terlalu lama. Juga, kalau boleh, sediakan staff yang khusus untuk memberi penerangan yang jelas dan professional mengenai sistem FPP ini. Staff haruslah menerangkan kebaikan2 dan kelebihan skim FPP ini dan pada masa yang sama turut menerangkan mengenai risiko atau unforeseen circumstances yang mungkin berlaku. Kalau masalah ini tidak dipantau dan dibiar berterusan, reputasi FPP Putrajaya akan merosot dan masyarakat akan kembali mendapatkan service di private hospital.

My two cents worth....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :