Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Silwood. Show all posts
Showing posts with label Silwood. Show all posts

Friday, 10 December 2010

Snow datang lagi

2 DECEMBER 2010

Snow menjenguk lagi....kali ni tak selebat last year. Kami kat London tak terjejas sangat but those in the north and Scotland......lumpuh!! Memang lebat sungguh! This year kat area kami ni, 15 sekolah je yang tutup. Pagi-pagi hantar Alia, bawak keta merangkak-rangkak. Snow takpe, frost tu yang aku tak suka sebab kalau frost, pagi2 nak kena sembur de-icer segala pastu kena tunggu ice tu thaw kat windscreen dan segala tingkap. Kalau snow senang je. Tolak ngan scraper dah ok. 2 minutes job. Apa-apapun, kami seronok bila ada snow. Alia takde dalam gambar sebab dia kena pegi sekolah.


Dia main kat sekolah. Far better, siap bersledging segala. Memang best giler. Aku pun naik sledge jugak, sampai lebam2 tangan sebab beku. Memang jatuh tunggang-terbalik, semua budak2 gelak kat aku, hahahahh!! Rugi betul tak bawak camera time tu!




Musti ada...teman seperjuangan neh. K Ju, dalam sibuk2 sebab femli dia datang, sempat lagi berposing.

Tak dapek den nak nolong makcik sorang neh.......


Harap-harap nanti parents aku datang, snow turun balik. Nak bagi depa rasa. Mesti gempak orang kampung Bukit China. Maklum la...kami orang kampung. Jakun sikit bab-bab snow nih.

Ok...'til we meet again.


Monday, 13 September 2010

Memenuhi Jemputan Berbuka Puasa

Sempena bulan puasa hari tu, banyak majlis buka puasa kat sini. Macam kat Msia jugak, kami kat sini pakat-pakat dan gilir-gilir menganjurkannya. Boleh dikatakan 2-3 kali seminggu ada jemputan. Jarang la aku masak sebab selalunya lepas majlis, kami tapau2 pulak.

Kat sini, majlis buka puasa selalunya buat kat rumah je. Maklum la...perantau. Mana ada buat kat hotel2 cam kat Msia, kan. Tapi ok la. Dapat la jugak merasa kemeriahan berbuka puasa bersama kawan2.





Walau tak dapat pegi Bazaar Ramadhan (waaaaaaaaaaaa....sedih) tapi terubat la jugak kerinduan bila berbuka puasa bersama kawan-kawan yang senasib ni. Semoga berjumpa lagi Ramadhan al-Mubarak.

Monday, 2 March 2009

Hari Makan Sedunia

Bertemu kembali....

Lama tak update blog ni. Busy dgn R course pastu diikuti dengan serangan virus selsema yang ganas pulak. Ni nak cerita aktiviti kami minggu lepas. Dimulai dgn bday Adam, pada hari Sabtu. Untuk keterangan lanjut sila lawati blog cik Puling dan mama Adam, wokey. Kedua-dua wartawan ni telah cover the story dengan jayanya. Walau pun mihun yang aku masak hari tu sungguh tidak mencapai standard, party tetap berjalan dgn jayanya. Cuaca elok dengan matahari bersinar, nasi ayam sufi yang sedap dan tetamu yg datang pun masing2 bawak juadah yang sedap2. Budak2 ni enjoy le lari sana-sini. Mak2 budak sibuk bergossip-gossipan. Ni recap untuk majlis hari tu ok:-

Hishh mak sapa la ni.....

Ijal, Widad dan aku. Mak buyung sedang menyembunyikan buyungnya.

One for the album....budak2 beratur kat depan, org tua kat blakang!

Aikk, naper semua org pandang sana? Ada sesuatu yang menarik, kah?

Alia... Alia kenapa sampai berdiri atas meja tu....mama kau tak ajar ke....

OK....dah selesai majlis memenuhkan perut, kami jalan2 kat Silwood Park ni. Sempat le snap sikit2. Sebab kami ramai agaknya, rabbit semua lari menyorok masuk lubang. Selalunya penuh merata-rata tempat. Hari tu ada sikit je.

Macam nak wat lari je kek baby Adam ni....

Esoknya, kami lunch kat MAKAN di Portobello Market sebab Ijal janji nak jumpa kawan lama dari Oxford dan Leicester. Seperti biasa aku mengorder kueytiau seafood yang lazat dan kemudiannya order bungkus carrot cake kegemaran aku tu! Memang superb la carrot cake kat sini. Tak caya gi try...memang terangkat.

Lepas makan kami jalan2 ke Westfield. Seronok kat sini, ala2 Mid Valley gitu. Teringat kat Msia sbb aku ngan hubby suka lepak2 kat Mid Valley. Sejak datang UK ni, jarang pegi shopping....student...paham2 jer ler....


Kat bawah ni gambar 'family room' a.k.a toilet kat Westfield ni. Kelas gilerr...very spacey dan siap ada LCD tv gitu kat dalam tu. Ada kerusi2 comel untuk budak2 dan couch utk mak budak. Kiut la!

Ni ler family room tu

Gambar ni takde kena-mengena dgn Westfield. Ni gambar Alia kat dalam bedroom, kat umah.

Macam2 kedai kami kuar-masuk. Aku tak beli apa pun.....tengok2 je. Malam tu kami dinner kat Number One Cafe. Last week kami dah datang sini, ngan Sufi n family. Aku suka betul nasi goreng kampungnya. Pedas dan sedap, macam kat Msia. Sambil tulis ni, terkeluar air liur aku....huhuhu. Pastu kami order aiskrim for desert. Memang penuh perut hari ni...asyik makan je.

Yang belah kiri sekali tu le tokey kedai ni...dia dah 14 taun dok UK. Sangat la ramah sampai naik penat kami nak melayan dia.

Posing sketttt

Depan booth CBBC. Masa ni diorang tengah shoot program kanak2. Kalau Alia besar skit, aku suruh je dia join sekaki.

Ni le desert Alia. Dalam eggman tu ada vanilla aiskrim dan chocolate rice. Dia suka bekas tu je, aiskrimnya tak makan sangat. Tak pe, lain kali aku tak beli dah.

Cak cakk.....jurugambar jemputan dari Msia amik gambar model UK yang tak professional

Ni gambar cik Puling dan budak2 ni masa kami kat restoran ni minggu sebelumnya. MIL Sufi belanja....terima kasih banyak2.

Ijal tengah mengerjakan muka Alia. Si Alia, apalagi, sepanjang hari perasan muka dia cun lepas dimekapkan. Kembang kempis idung dia sepanjang kami kat Westfield.

Selepas puas dok bergelak-ketawa sehari suntuk, kami pun balik umah kepenatan........ It was worth it, lama dah tak seronok2 over camni.

Monday, 10 November 2008

Bonfire Night

Hajat di hati aku nak gi London, tengok perarakan Lord Mayor's apa ntah. Ada perarakan dan bunga api. Tapi memikirkan Alia tak berapa sihat dan aku pun tak sihat sangat, aku dok rumah aje. Malamnya Sofia call, tanya aku nak pegi ke Bonfire Night ke tak? Memandangkan pertunjukan bunga api tu dalam kampus, 5 minit jalan kaki je, so aku bawak la Alia pegi. Lagipun aku tahu Alia suka bunga api. Teringat aku masa kat Malaysia, suami bawak aku ngan Alia tengok bunga api kat Putrajaya. Seronok!

Malam ni dipanggil Bonfire Night/Guy Fawkes Night. Diorang buat unggun api besar2 setinggi bangunan 2 tingkat pastu bakar orang-orangan. Kemudian ada pertunjukan bunga api. Lepas puas tengok api, kami singgah umah Sofia. Alia nak main dengan Dania. Lepas tu Dania pulak pegi rumah aku. Budak2 ni memang suka kalu jumpa satu sama lain. Maklum la kat sini tak ramai budak. Tu je le circle of friends diorang selain kat sekolah.

Carvival




Carnival ni dah lama, masa bulan puasa hari tu. Aku dan Sofia bawak anak masing-masing sebab nak bagi budak-budak ni happy. Kami masuk pertandingan buat costume pakai kertas. Ramai yang puji kreativiti aku buat kipas atas belakang alia. Macam costume raja-raja zaman dulu. Hehehe. Seronok budak2 tu. Makan macam2 jenis kek, main games, ada nyanyi2 lagi. Aku ngan Sofia dok telan air liur tengok makanan sedap2. Puasa beb...pastu Sofia cakap kita bawak balik la ye. Terliur sangat la. Aku pun apalagi setuju sangat. Dengan liciknya kami buat konon2 budak2 tu punya makanan. Simpan sebab tak habis. Sebenarnya simpan utk ibu-ibu yang kelaparan nih.

Aktiviti di Kampus

















Kat Silwood Park ni memang banyak aktivinya. Cuma aku je yang tak selalu ikut. Bukannya tak nak ikut tapisusah sikit la kalu dah jadi ibu ni. Kena utamakan anak dulu. Kalau aktiviti yang ala2 kekeluargaan, yang boleh bawak anak tu aku ikut la. Contohnya ialah BBQ, International Night, Pizza Night etc. Lain2 tu aku bagi kat budak2 bujang je la. Kalau BBQ, budak2 Pakistan tu beli daging2 halal. So seronok la makan puas2. Pizza pun macam tu. Selalunya kami yang Muslim ni dapat yang best2 sebab Tariq yang belikan pizza kat Domino's. Dia keja kat situ. Alia suka sebab dia dapat jumpa kawan2 dia-Dania dan Jaja. Aku suka sebab dapat makan best. Hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :