Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label autumn. Show all posts
Showing posts with label autumn. Show all posts

Friday, 10 December 2010

Autumn.....!!!!!

Early October 2010

Sorrrrrrrriiiiiiiiii......lama tak mengupdate blog. Nah, sekarang I nak tepek aktiviti-aktiviti kami sepanjang kesenyapan yang dah berbulan-bulan ni. I sibuk, uuu....entah apa yang disibukkan entah le. ;-)
Kalau takde aral melintang, ni kunun2nya musim luruhku yang terakhir le. Hopefully same time next year ai dah ada kat Mesia, makan sate Samuri, hihihihi. Autumn kat UK ni selalunya berangin, matahari terang tapi sejukkkkk......

Aku pegi ngan K Ju...partner in crime sejak Oktober ni. K Ju senior aku kat UKM. Dia buat Post Doc kat Imperial. Seronok la aku ada teman. K Ju ni rajin masak pastu pandai layan Alia. Mmg best la dia ni.

Kami beroperasi mengambik gamba kat Lee Valley Garden, Windsor Great Park. Pegi masa Alia skolah so takde la gamba dia, gamba mak dia je banyak. Biasa la...maknyer kan giler glamer.

Ni la K Ju...posing baek punyer! Ala2 ais mana...eh, Aishwarya versi Mesia.

Cantiiikkkk kan....tenang je kat sini. Berangan duduk2 sambil baca novel....hmmm berangan kejap.


Makcik yang nak jugak posing ala2 ayu...gadis Melayu terakhir kunun.



Penat jalan, wehhh!

Suka pokok merah ni...semerah hatiku, cewah. Hisss..blaja kat mana le ayat2 syahdu neh.

Apa pulak penyakit berjangkit posing ala2 sendu neh....entah hapa2 tah.


Suka pokok ni...dok kat dalamnya rasa hijau je. Pastu beserta dengan angin2 sepoi2 bahasa...syok!!.

Lepas posing kat pokok merah ni, kami bercerita-ceriti pasal "The Blair Witch Project". Penah nengok? Aku nengok kat Mid Valley dulu...seram wooooo. Masa tu takde manusia lain kecuali kami pastu beserta angin...serammmmm.....t

Tengah aku sedap2 bercerita, tiba2 K Ju jerit "As!!!!! Tak yah le cakap camtu. Cakap macam biasa je la!!! Takut woooo!!!" Aku pulak kebingungan..apa yg aku cakap? Rupanya aku cakap dengan penuh ngeri pasal movie tu, sampai berbisik-bisik. Aku tak berani cakap kuat2 sebab aku pun takut sebenarnya! Tak sedar pulak dalam takut2 tu cerita aku bunyi macam real je. Ayat aku tu "Tiba2 dorang bukak bungkusan tu,............ada darrrraaaahhhh!!!"

Maka berlarilah mak gajah berdua ni ketakutan! Dah tua2 pun penakut. Kalu org amik video kami tgh lari lintang-pukang tu, pastu upload kat You Tube, musti hit punyer wa cakap lu!



Monday, 10 November 2008

Musim luruh

Musim berganti......sekarang ni penghujung musim luruh. Sudah hampir benar ke musim sejuk. Kalau pada musim panas, siangnya sangat panjang, musim luruh dan musim sejuk, siangnya sangat pendek. Sebagai perbandingan, waktu isyak di musim panas mencecah 11.45 malam! Manakala waktu isyak di musim sejuk ialah 5 petang!! Memang extreme betul la. Musim luruh ni yang seronoknya melihat daun berubah perlahan-lahan dari hijau ke kecoklatan dan kemerah-merahan. Sangat cantik sekali. Kemudian, penghujung musim luruh semua daun berguguran, sebagai persediaan untuk musim sejuk. Apabila musim sejuk tiba, yang tinggal hanya ranting tanpa sehelai daun sekalipun.

Sebab tak biasa dengan peralihan musim ni, kadang-kadang terkeliru. Jam 4pm nak smayang Asar pulak sedangkan masa tu dah masuk waktu Maghrib. Kalau aku pegi amik Alia jam 4.30pm, masa tu dah gelap sebab dah masuk waktu Maghrib.

Musim luruh dan musim sejuk rasa tak produktif je sebab tak banyak perkara boleh dibuat sebab malamnya cepat. Kalau aku pergi kursus kat South Ken dan abis jam 5pm, masa jalan kaki dari tube ke tempat letak kereta (kira-kira 15-20 minit jalan kaki) tu aku rasa takut je sebab dah malam. Tapi aktiviti di sini berjalan macam biasa. Bagi kita org Melayu ni, Maghrib je dah masuk rumah. Itu la dia kisah peralihan musim.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :