Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label conference. Show all posts
Showing posts with label conference. Show all posts

Friday, 9 September 2011

Athens, Greece - May 2011

Hmmm..malasnya nak mengupdate blog tapi kena buat jugak sbb dah lama bersarang kat draft je. Pegi untuk conference sebenarnya, sambil2 tu ambil peluang jalan2 jugak. Nasib baik ada Ida, peneman sepanjang kat sana. Kalau sorang2 je, tak kuasa makcik nak pegi.

Asalnya aku takde la excited pun nak pegi....memang sampai saat nak bertolak tu pun, aku berbelah-bagi. Pegi pun separuh hati je. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tak sangka pulak conference tu menarik. Dapat buat network dengan beberapa researchers yang aku minat nak collaborate. Athens pun cantik dan damai. Berbaloi la.



Hotel kami terletak in the heart of the city centre. About 5-10 mins walk to the train station and eateries. Memang easily accesssible. Biliknya pun not bad la...

Teksi-teksi di bandar Athens...atau nama Greeknya Athena.


Graffiti banyak di kawasan ni.....

Pemandangan dari puncak Acropolis (kalau tak silap). Aku serah bab2 merangka jadual berpoya-poya pada Ida sebabnya aku sibuk fokus pada aku punya presentation. Lagipun aku bukan la niat nak berjalan sangat, more to academic purposes tapi dah abis present je, mula la mood berpoya-poya datang membuak-buak.



Sempat jugak kami melencong ke pulau yang paling hampir dengan Athens. Rasanya nama pulau tu Aegina. Dalam 40 minit perjalanan naik feri. Masa naik feri ni aku dah seronok. How I love the oceans!


Pulau ni kecik aje. Kami sewa moto utk ronda pulau tu. Tak sangka, darah minah rempit masih tebal dalam jiwaku, walaupun dah bergelar mak orang. Sakan la kami menjelajah pulau hari tu. Sampai hitam le tangan aku dek panas mentari...sebulan-dua pun tak hilang lagi kesannya. Tapi takpe, puas hati.

Airnya jernih.....kalau aku bermalam kat sini, mau jugak aku terjun mandi kat dalam ni tapi memandangkan kami ni buat day trip je takde la bawak baju spare segala. So berangan je la yang mampu.


Ni pemandangan dalam train laju kat Athens. Yang aku kagumnya, train station mereka sungguh bersih, teratur dan kemas. Tak boleh nak dibandingkan dengan underground tube kat London tu. Jauh panggang dari api.

Kat sini...adatlah banyak monumen2 dan bangunan2 lama. Aku tak berapa minat sangat historical places ni...tapi to show some respect to Athens, aku amik jugak la gambar ni.


Ngan Ida kat dalam train pelancong. Ala, tren macam dalam iklan KFC tu. Kami ronda2 bandar Athens. Kat depan kami ada sekumpulan pelancong dari Brazil. Ternganga mulut depa tengok kami yang pakai tudung. Aliens...siap amik gambar ngan kami.

Ni restaurant tempat kami minum petang....ala2 kedai kat pulau di Malaysia.

Pulau ni terkenal dengan olives dan pistachios. Yang jeruk ada, sira ada, yang macam dodol pun ada. Kami sempat le menjenguk ladang olives dan pistachio dari jauh.

Yang ni nampak sedap....aku beli la. Sekali makan, aduhaiii...masinnya pistachio ni! Boleh kena darah tinggi dibuatnya. Yang sira pun aku beli...lembik2 la pulak. Huh!

Idan ngan ros yang besar sungguh. Kagum aku melihatnya. Tengok la, sekuntum bunga tu hampir sama ngan sebijik muka Ida! Kalau la ada ros camni kat depan rumah, alangkah!

Tadi gambar cik Ida berbahagia bersama bunga, ni pulak gambar cik Ida menderita menahan sakit. Jatuh tangga kat hotel di Athens, sampai London Gatwick apot, terus tak boleh jalan, kena papah dan kena dapat special attention dari paramedic. Kesian dia.....kiranya beberapa hari lepas tu, bertompang le, pakai tongkat. Glamer you..........

Poppies yang tumbuh melata kat pokok2 olives. Cantik sangat.

Shot dari jauh. Sungguhhhhh cantik! Rasa cam nak guling2 kat sini tapi takut pulak kena halau ke...kena tembak ke...kang tak pasal2 la pulak.


Ni dia 2 minah rempit veteran yang menjelajahi Aegina Island dalam 1 hari sahaja. Ha!Ha!Ha! (gelak jahat).

Menu minum petang kat Pulau Aegina. Sotong tu frozen punya aku rasa sebab tak fresh...tak sedap. Tapi sebab waiternya sangat peramah, kumakan jua sotong tu sampai licin. Sempat jugak aku mintak kain alas meja (ala2 napkin besar) berpetakan Greece sebagai cenderahati. Baik mamat tu.

Our 1st dinner in Athens. Tipah tertipu sebab konon-kononnya nak makan best...so kami order ikan. Sekali......yang datang ialah ikan bakar yang kecik dan maha tawar. Ala-ala makanan orang bersalin gitu. Side dish ialah Greek salad (nasib baik sedap), fries dan nasi yang keras dan besar2 bijinya, tak fluffy. Huwaaaa.....

Greek salad- dilimpahi dgn olive oil (aku tak biasa la kalau oily sangat ni...walaupun tau baik utk kesihatan) dan goat's cheese. Sebab takde pilihan, makan jugak la. Tapi tomato, cucumber dan bawangnya memang super fresh!

Ni la ikan bakar yang tawar dan takde sos langsung tu. Kering je.....sedih.

Sesi makan yang ni best...masa ni kat Aegina island. Kami makan kat tepi pantai. So romantika. Kalau la Mr Hubby ada...alangkah kembangnya hatiku. Dah la setting tepi pantai dgn angin sepoi2 bahasa, makanannya pulak sedap banget!

Kami makan seafood pasta masa kat pulau- memang sedap! Tengok la mussels, sotong ngan udang besar ala2 lobster tu. Makan panas-panas pulak tu. Aishhh sambil tulis ni pun meleleh air liur aku. I want one right now!!

Ni pulak seafood pasta kat bandar Athens, versi lain sikit, more to carbonara sauce. Sedap jugak. Memang orang sini pandai masak pasta la.

Ni nama cafe yang kami makan tu. Kalau ada yang melancong ke Athens, kami recommend ke restaurant ni sebab makanannya sedap dan harganya berpatutan. Dapat free ice-cream for desserts, disamping layanan staffnya yang mesra.

Selamat tinggal Athens, sehingga berjumpa lagi!!

Thursday, 1 April 2010

CAPER 2010 at University of York

I was away from 29-31 March, attending CAPER 2010. CAPER stands for Committee on Air Pollution Effects Research. It was my first time and I was glad that I have been given the opportunity to give a talk. I was not very proud of my performance...since I do not think I have done the best. I put it to lack of practice. So there is no one else to blame but me. I promised myself that I will do better next time. Next CAPER conference will be held in Edinburgh. We'll see if there is any improvement on my side. That aside, I learnt a lot at this conference. I met a few big shots in air pollution study and I was approached by researchers from Netherlands who are interested to join forces in my algae project. That is quite good for a start, I think.

With the Pakistanis who have been a great help. Really good to meet such a nice people. They even begged and insisted us for staying another night at York so they could show us around. Very nice of them. They helped me through the night, the day before my talk. We had rehearsals and Q&A sessions as well.

Me.....ready to give my talk. Quite composed on the outside but falling apart on the inside, I must say.


Lunch and dinner was well served. I really loved the carrot cakes (not in the pic), I had them 2 days in a row. We were well-fed, then. The food is halal, too. So we had chicken as well.


University of York.


After my presentation...feel free and alive again.

This short trip has really taught me something. It injected a sense of 'keinsafan', hahhah. Feel like I'm not gonna waste anymore time and will locked myself up in the room, focusing on my research project. So refreshing.

Tapi...minggu depan aktiviti jalan2 akan bermula sempena Easter holiday and school break. Nak pegi Norwich, Lancaster n Stoke. Camna ni? Tangguh dulu la semangat membara nak study tu. I'll put it on hold...but not for long. Takleh main2 dah...time is running out. Wish me luck, guys!


Saturday, 12 December 2009

Paris Day 4 : Chateau de Versailles & The Monalisa

Hari ke-4, kami menghala ke Versailles. This place was suggested by my French friend, Henri. Kami tak masuk pun ke dalam istana ni sebab masa suntuk. We arrived at 2pm and have to head back to Paris Diderot University for some lecture later in the afternoon. Layan gambar je la ye, though the pics were not as great due to wintry weather.

Jardin du Versailles (Garden of Versailles)

Garden of Versailles

Cantik, kan?

Arca yang pelbagai bentuk dan saiz

Di Versailles, ada free admittance for the frontyard garden. So kami pun memulakan sesi mengambil gambar. Hari tu ramai pelancong2 Korea dan Jepun. Mereka datang on tour bus, sebab banyak bas-bas beratur kat depan the grand entrance. This palace is so grandeur, with a massive garden. They provide kereta (macam keta main golf tu .. apa tah namanya) for the tour.

Paris Diderot University

Upacara wajib - bergambar dulu sebelum masuk lecture theatre

Sebelum ke Versailles, my hubby and Alia went to Louvre Musuem, tempat dimana potret Monalisa ditayang kepada umum. I did not join them as I was attending a symposium at Paris University. Sungguh boring....I was half asleep (no...I was fast asleep..harap2 tak berdengkur), tapi kenapa ada mamat 2 org tu jeling2 kat aku pastu sengih2? Mungkinkah aku berdengkur? Oh, sungguh memalukan!

Palace of Versailles

Louvre Musuem

Senibina kat belakang ni agak terkenal..pun aku lupa apa namanya

Versailles







Malam tu, selepas penat mendengar ceramah dan juga berjalan-jalan ke Versailles, we had Asiatte Grek Kebab (Kebab ayam dihiris halus) for dinner. In fact, almost everyday, ni le menu kami. My hubby who can't live without nasi, dragged us to Carrefour and we stock up for the next few days. He had microwaveable rice, tinned sardine and mixed salad for supper. Puas hati dapat makan nasi, katanya. Hahahha.

Sehingga berjumpa lagi ....tunggu catatan hari ke-5 pulak ye yakni hari terakhir kami di bumi Napoleon Bonaparte ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :