Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

Complaint

My sis belanja makan pizza at Domino's on Sunday. And yesterday, I make a point to go online and lodge a complaint on Domino's Pizza first thing in the morning (morning sangat la). So far Domino's has been on top of Pizza Hut (at least in my opinion) but my experience on Sunday was not a good one. The First Class (nama dia mmg tulis 1st class) Chicken Perfection pizza was not up to my expectation. The pesto sauce was really really bad. There were 5 of us on Sunday treat but none of us could stomach the pizza. Nasib baik kami order jugak pizza lain, chickens and what-not.

Despite the not-so-yummy pizza experience, my little princess was asking for pizza for lunch, again. So I went online and ordered 2 regular pizzas (Ultimate Hawaian and Metasaurus) that comes with onion ring and banana kaya pizza.
No more 1st class pizza for me this time. Just the normal hand tossed pizza. Since pizza is not delivering in my area, I went and pick it up at 7-11 Cempaka. Received within 20 minutes. Not bad. The delivery guy was polite and courteous. 5 star there.

Back to my complaint, I received a call from their customer service staff less than 1 hour after an online complaint.
And later on during the day, I received another call, this time from their Nilai branch manager. They wanted to improve the taste of their 1st Class Chicken Perfection since they have received several other similar complaints. Thumbs up for taking customer complaints seriously. 4 star here.

Now it's back to the pizza. My verdict : OMG, it was awesome!! Cheesy rich topping and lots and lots of pepperoni, chicken and pineapple. Plus the sauce on Metasaurus was creamy and sweet. Delicioso!!
Memang puas hati. Toppingnya memang lebat, bukan jarang2. Full. Crammed of macam2 kat atas tu.

Gambar yang diambil 5 jam selepas pizza sampai. Sebab tu tinggal separuh chicken, separuh pepperoni. Aku pulun 4-5 slices kot, hahhaha. Sedap tu memang la sedap tapi mana habis sorang makan woiii. Alia makan 1 keping je. Hubby tak mau makan pizza, nak nasik jugak. Tapi esoknya membaham pizza 3 keping, for breakfast.

Ni banana kaya pizza yang dia suka sangat. Dia sorang makan sampai separuh. Bravo!

What I like most about Domino's pizza is the crust won't turn hard rock, even the day after or even after reheating them in the microwave/oven. So I will definitely stick to Domino's for our fix of pizza.


Wednesday, 23 November 2011

I feel much better now...........

The routine morning sickness (walaupun mabuk sampai ke malam) seems to subside. Alhamdulillah. Just a queasiness every now and then. But the severe headache persist. Takpe la...at least some of the uncomfortable symptoms is slowly dissappearing.

Last week was a busy one sebab my aunt datang rumah bersama-sama 4 orang anaknya. Rajin la aku mema
sak. Anak sedara aku- Insyirah, tak mau balik ke rumahnya di Seremban 2. Nak duduk ngan aku. Bagus jugak, buat teman Alia berkawan-kawan. Dah dekat seminggu dia kat sini.

Last 2 days aku dah kemas sikit2 baju-bajan ya
ng berkotak-kotak kat luar bilik. Nanti bila dah lagi cergas, aku nak menyelongkar kotak2 dalam stor pulak. I'm looking for my belly tube! a.k.a belly band Sekarang ni kalau pakai seluar, nampak je terbonjol2. Huduh. Kalu letak belly tube ni at least nampak le senonoh sikit.

Picture : credit to Google.

I have my maternity jeans ready..nicely
sit in my wardrobe. Baju2 yang ketat kat perut semo aku dah masuk kotak, jumpa lagi lepas bersalin (if it still fit la kan). Hajat nak shopping baju2 je belum terlaksana. I kept waiting for the right time and it has never come. Tiap kali nak pegi, rasa malas je. Hubby ajak pegi Sogo. Aku kurang gemar le. Aku nak beli yang murah2 tapi nak beli banyak2 sebab aku jenis yang tak teliti bab2 jaga baju ni.

Makan dah takde masalah sangat. Selalu jugak tak lalu makan tapi bila jumpa makanan yang aku suka.....siap! Semalam aku terasa sangat nak makan patin masak tempoyak. Dah siap beli ikan patin, daun kesum segala, tinggal tempoyak je yang takde. 2-3 kedai aku terjah tapi hampa. Keciwaaa. Lepas tu aku decide nak makan daging masak hitam pulak. Gigih la aku menggodek internet mencari recipe. Kol 10pm baru siap masak. Aku makan 2 pinggan penuh! Sampai tak boleh bergerak dah lepas tu, perut penuh. Memang ikut nafsu sungguh. Puas hati dapat makan tanpa paksaan. Lebih kurang macam ni le rupa daging aku tu semalam. Yummmmmmm!!

Credit to Qistina for the pic.

Esok nak gi klinik lagi, dr nak check darah pulak. Aku ni sebenarnya suka pegi klinik dan hospital. Memang sejak dulu2 lagi camtu. Rasa tenang je kalau dapat bau hospital. Psycho!

Monday, 13 September 2010

Posto....posto

4 September 2010

Yahoooooooo....makcik dapat parcel hari ni. Gembira sungguh! Alia seronok dapat baju raya. Hari-hari dok pakai and hari2 jugak dok tanya "When is hari raya? I'm so excited". Hisss...tak sabar-sabar. Macam le puasa. Ada jugak dia puasa...1 hari je puasa penuh. Penah puasa sampai 11am dalam 2-3 hari.

Parcel kiriman adik aku, Yana. Thanks, sis. Aku dapat baju raya, 5 tudung, 3 balang kuih raya. Alia dapat baju raya. Thanks to my hubby yang menghulurkan ongkosnya. Yeayyy dapat beraya pakai baju baru.


Sempena bulan puasa ni, ada le aku masak2 dan buat kuih sikit2. Maklum la...tekak terasa nak makan, bazaar Ramadhan takde, jadi terpaksa la masak sendiri. Mak aku mesti kagum tengok anak dia boleh masak. Kalau kat kampung, memang satu apa pun aku tak reti masak.

Carrot cupcake with cream cheese icing...masak raya pertama.

Chocolate chip cookies...masak masa bulan puasa.

Air soya.....ni pun buat sendiri tau!!! Kurendam kacang soya, ku blend, kutapis dan ku masak atas api tau!!! Sedap lagi berkhasiat. Lemak manis disukai ramai. Lepas ni dah boleh bukak gerai air soya kat Pasar Malam Salak Tinggi plak.

Apakah ini? Ini le doh roti canai utk buat murtabak sempena raya. Kalu nak buat roti canai, tepek2 je kasi leper, jadi le roti canai. Kalu nak jadikan murtabak, letak je inti murtabak. Aku uli pakai breadmaker pastu buat bulat2 cam dalam gambar, letak butter n biar semalaman. Pastu boleh canai utk buat murtabak ke roti canai ke...ikut suka la.

Teringat masa sekolah dulu, penah le beberapa kali mak aku mintak tolong gentel2 roti canai ni, buat meniaga. Aku buat secara paksa sebab aku geli bila tangan kena marjerin, sekarang...nah.....rasakan! Buat le sorang2!

Dan inilah hasilnya murtabak aku.....rupa kurang jelita sikit sebab lupa nak taruk serbuk kunyit kasi kaler dia gelap2 sikit. Takpe la....asal rasa murtabak sikit2 pun ok la. Aku tak reti nak tebar roti canai tu so aku gelek2 dengan rolling pin. Sebab tu murtabakku agak tebal kulitnya. Hentam saja la.

Thursday, 1 April 2010

Sweet tooth

I'm not into doughnuts...but this one I can't resist. Especially the chocolate caramel dreamcake....so yummy, it's out of this world! Over la pulak. But trust me.....it's super duper yummy. Perfect on cold winter days, tucked away in bed with your favourite books.

My brain is working hard : food food food. :-)


Saturday, 8 August 2009

Hari Memasak Sekampung

Aku sangat jarang memasak tapi memandangkan dok kat negara orang ni susah nak dapat makanan tertentu, jadi mau tak mau terpaksa belajar memasak. Kalau tak, kempunan. Weekend selalunya masa untuk aku memasak stok untuk bekal Alia ke sekolah. Resepi paling senang ialah carrot and banana muffin. Aku cedok resepi ni dari kak Ina. Ubah suai dari kek ke muffin. Aku memang sceptical bab-bab memasak kek/kuih-muih sebab aku memang tak terer. Dah beratus kali cuba. Alhamdulillah, menjadi. Sejak dari hari itu, aku asyik memasak muffin ni je. Lagipun Alia tak jemu-jemu makan. Asyik mintak je. Aku pun buat banyak2, masuk dalam freezer dan reheat dlm microwave bila nak makan. Sonang kojo makcik.

Keropok lekor lekor yang indah paras dari rupa...tengok rupa macam dah jadi tapi rasanya agak kureng sikit lorrrrr.

Mini doughnut wit chocolate topping.

Roti berinti sardin

Chef in the making. Suka betul Alia bila aku serah tugas meletak coklat chip kat atas adunan pada dia. Belum abis tugas, dia dah bawak lari coklat chip dan ratah depan tv. Selepas menjerit-jerit minta dipulangkan, baru dia datang sambung tugas balik.

Ni antara muffin yang menunggu giliran utk dimasukkan dalam oven. Ada banyak lagi tauuuu.

Ni adunan mentah. Aku rasa aku ada amik gambar yang dah masak tapi dah ilang.....


Wednesday, 1 July 2009

No 1 Cafe

Aku, Maswa, Su dan Mulia ke Shepherd's Bush, membeli stok ayam daging. Lepas beli benda-benda wajib ni, kami ke No 1 Cafe. Upacara makan-makan bermula lagi. Puas hati la makan hari tu, upah penat membeli ayam tadi. Paling best ialah teh ais ala Thai. Memang terangkat! Lain sikit dari teh ais kat Malaysia. Cuba la, mesti tak menyesal punyer.
Kerabu manggu...oooops kerabu mangga. Brader orang putih tu berulang-kali dok cakap kerabu manggu. Kalau kami gelak kang dia kecik ati pulak. So kami gelak dalam hati je le. Selama ni aku tak suka sangat kerabu mangga sebab masam. Kali ni kerabunya sedap sebab mangganya manis, pastu ada kacang. Best!
Nasi goreng kampung. Hidangan wajib kalau aku datang sini.
Sate ayam. Dapat le 2 cucuk sorang. Boleh le hilangkan kempunan kejap. Apa-apapun, akan ku terjah Sate Kajang Hj Samuri nanti aku balik Januari ni. Pasti!!
Po'tek pilihan Mulia. Boleh la tahan.
Kangkung belacan. Kami makan licin sehingga batang-batang kangkung pun kami telan. Maklum la bukan senang nak jumpa kangkung kat UK ni.
Ni menu pilihan Su dan Maswa. Ikannya sedap. Lain kali aku nak order yang ni la. Tungguuuuu..........

Ini la Su dan Mulia. Rakan berpoya-poya aku. Bersama anak daranya, Sofia.
Aku dan Maswa. Aku order 2 air....yang ni 1st round. 2nd round teh ais ala Thai. Kat Msia aku n hubby memang masing-masing order 2 air. So kalau kami makan kat restaurant ke gerai ke, memang ada 4 air atas meja kami. Bikin malu saja.
Inilah rupanya teh ais ala Thai yang digilai ramai tu. Nyamannnnnn!!

Sekian liputan dari No 1 Cafe, Dalgarno Garden, London.

Saturday, 17 January 2009

Moroccan Restaurant

Terkenang ikan bakar Bagan Lalang......

Belakang tu lentil soup yang Alia suka sangat2.

Ni interior restoran ni. Ida kata kat belah belakang wing kiri lagi cantik, tapi aku tak berkesempatan lak.

Gambar ni takde kena-mengena ngan Abu Zaad. Saja je nak tunjuk snow hangat2 tut tut ayam masa Alia nak gi skolah, last week.

Last week aku gi makan kat Abu Zaad, Moroccan Restaurant kat Shepherd's Bush. Ida belanja sempena meraikan hari patah pinggang sedunia. Sebab hari tu kami mengusung CRT tv 28 inci dari umah aku ke umah dia kat Acton. Besar gabak dan berat yang amat. Rasa cam nak patah segala jari-jemariku yang mulus. Kat restoran ni aku makan nasi ngan ayam panggang. Ayamnya sangat sedap tapi nasinya biasa je. Ida cakap kedai ni kalau time lunch hour memang sendat padat dengan manusia. Sedap le tu maknanya.

Alia suka lentil soup. Kiranya Ida punya abis le dia conquer, punyer le sedap sampai lengan baju dia abis tercelup kuah. Kalau aku tau dia suka, dah lama aku buat. Lentil soup tu ala2 kuah kacang dal mak aku je. Untuk pengetahuan korang, mak aku jual roti canai ngan nasi berlauk kat kampung aku di Kelantan. Kalau korang tersinggah ke, sebut le nama aku, musti dapat makan free punyer.

Sebenarnya Ida ni nak lentil soup lain tapi sebab dia tak tau apa nama masakan tu, dia main order je. Bila sampai, lain le pulak, tak seperti yang dia nak. Nasib baik ada Alia, tukang perabih. Sebab dia tak puas ati, dia order lain pulak. Selepas membuat penerangan panjang lebar mengenai menu yg dia kempunan tu, abang Arab ensem ni menggunakan segala imaginasi utk meneka apakah sebenarnya menu yg Ida nak sebenarnya. Nasib baik abang tu bijak. Bila sampai je kat meja, Ida seronok gila. "Ha! Ni la sebenarnya. Baru betul. Tadi tu bukan. Iskhh, Sedap!Sedap!Baru le lena tido aku malam ni dpt makan mende ni" kata Ida. Dialog ni aku reka ok.


Pada korang yang nak makan ayam panggang sedap, datang le ke Abu Zaad ni, okey. Jangan lupa ajak aku sekali.



Monday, 10 November 2008

Malaysian Restaurant

Kalau tiba-tiba terasa nak makan makanan Malaysia ketika melawat Windsor Castle atau Legoland Windsor, datang le ke restaurant KERANAMU. Jumpa ni pun secara tak sengaja. Kawan aku, Senai nak balik Switzerland sebab dah abis buat attachment kat Imperial. So aku nak belanja dia makan. Dia kata nak makan makanan Malaysia. Aku cakap ngan dia takdenya kedai Malaysia kat tempat aku tu. Tiba2 TomTom tunjuk, ada! Aku pun terkejut. Kami semua excited. Tapi kedai Cina, so makan vegetarian food je le. Lagipun Senai ni memang vegetarian. Sesuai la tu. Kami makan tomyam sayur, sweet sour tofu, vegetable curry. Sedap sweet and sour tofu tu. Lepas tu Senai belanja kami naik merry-go-round ala2 London Eye tu. Best!

Jalan-jalan Seharian




Aku tido umah Ida, bertolak petang Jumaat tu. Malam makan nasi ayam panggang kat King's Kebab. Alia makan chips. Btw org UK panggil chips, org US panggil fries. Chips besar macam kentang goreng kat Nando's, fries macam yang McD punya tu. Esoknya lepas makan nasi goreng (Ida masak, aku kan tetamu, heheh), kami ke Portobello Market. Housemate Ida dari China, namanya Luna pun ikut sekali. Aku bawak Ida naik tube. Pertama kali Ida naik tube. Sejuk giler kat sana. Pastu siap hujan renyai-renyai. Sebab terlampau sejuk aku belikan gloves dan scarf utk Alia. Utk aku? Aku siap beli jaket baru lagik. Sejuk sungguh. Lepas tu kami makan kat restoran Malaysia ni. Nama kedainya MAKAN. Ha, memang makan betul. Aku order kueytiau goreng dengan teh o ais limau. Siap order dessert lagi-carrot kek. Ni le carrot cake paling sedap pernah aku makan setakat nih. Memang kelas A punyer. Ke aku yang lapar sebab tu rasa cam sedap sangat?

Lepas tu kami ke King's Mall. Aku beli handphone baru, Nokia N85. Dapat free sebab aku beli monthly package 35 pounds sebulan (lepas tu refund, tak sesuai). Lama jugak aku kat situ sampai aku naik bosan. Lepas tu pegi Sainsbury sebab Ida nak beli bahan-bahan utk research dia. Pastu pegi balik kat MAKAN restaurant tu sebab Sufi, Dila dan Faizah nak jumpa. Dila dan Faizah blaja kat University of Leeds. So, aku makan lagi. Kali ni laksa Singapore dan mee goreng dengan sweet sour chicken utk Alia (aku jugak yang makan esoknya). Tuan kedai ni org Terengganu. Melayu. So sapa2 yang pergi Portobello Market, sila singgah kedai ni. Rugi kalau tak singgah.

Makan kebab Pak Arab



Ida bawak aku makan kebab kat King's Kebab di East Acton. Depan rumah dia je. Kami makan doner kebab. Ida belanja. Lepas tu aku bawak balik nasi dengan ayam panggang utk Alia. Sedap kebabnya. Memang banyak utk sorang makan. Tapi disebabkan aku lapar gila so habis jugak la. Terima kasih Ida....lain kali belanja la lagi. Hikhik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :