Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label friends and family. Show all posts
Showing posts with label friends and family. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Sabtu lepas kami sekeluarga pegi Zoo Melaka. My sis anak-beranak pun pegi. Meriah sebab ramai2. Aku pulak, as long as dapat berjalan-jalan suker je hati ni. Walaupun Zoo Melaka tengah ribut-ribut pasal budak kena gigit siamang (sampai masuk paper), tapi kami pegi je. Bagus jugak pegi masa orang lain tak pegi sebabnya takde la ramai sangat manusia. Even tak ramai, pada aku dah ramai dah tu. Dengar cerita, selalunya orang bersesak-sesak kat Zoo Melaka ni.

P/s : Gambar kebanyakannya tak chantek sebab cuaca mendung, kadang2 hujan renyai. Ditambah dengan pakcik photographerku sibuk amik gambar burung dan signboard je. Aku...macam biasa le..paling malas mengambil gambar tapi suka diambil gambar. Boleh gitu?

Alia n Insyirah paling seronok - you could hear them shrieking excitedly tiap kali tengok binatang yang cute2. Yang hudos2 pun mereka terjerit-jerit jugak. Pendeknya apa saja yang ditengok boleh jadi bahan gelak mereka. Aku bawak Phil & Ted sebab dah agak budak 2 orang ni mesti penat jalan kaki jauh2. Mula2 tu aku ok je. Pastu, makcik surrender la. Beratnya budak 2 org ni! Nak terkeluar isi perut aku menolak naik bukit. Sudahnya, letak si Ilham yang umur 2 tahun tu je. Baru ringan.

Sepupu: sorang nak masuk 7 tahun, sorang lagi baru 2 tahun. Tapi nampak macam sama besar. Hmmmphhh...camana la nak kasi Alia ni besar? Bak kata Mr Hubby, skin n bones je.

Pada aku, Zoo Melaka ni agak bagus. Kawasan y
ang luas, banyak binatang dan in most parts, memang cantik dan tersusun. Terutamanya kawasan harimau. Siap ada waterfall dan taman nan indah lagi. Tapi semua tu utk harimau la...bukan utk pengunjung. Untuk pengunjung, ada gazebo, pangkin untuk berehat-rehat. Tapi ada jugak beberapa kawasan yang agaknya terlepas pandang. Ada binatang yang sangat la kurusnya, macam tunggu masa nak mati je. Kebanyakannya haiwan yang hidup segan mati nak sangat ni, originate dari Afrika. Agaknya depa tak suka makanan kat sini (tumbuh-tumbuhan kita tak ngam dengan perut depa agaknya).

Perkhidmatan tren pendek/tram (macam dalam iklan KFC tu) ada disediakan, kalau anda malas nak berjalan kaki. Tapi tak best la sebab tak dapat intai2 haiwan tu dekat2. Boleh je hop on and hop off aku rasa tapi once you get off the tram, alamatnya berjanggut la nak tunggu the next one. So kalau masa banyak, I would suggest pada anda utk jalan kaki dulu and then bila dah habis ronda, naik tram for a brief tour. Zoo ni juga ada night visit. Tapi aku macam seram je nak pegi malam2 sebab.....ishh..tak berani la sebab banyak creepy crawlie dalam gelap tu. Oh titakk.....

Alia riding a pony. Murah je...RM2.

Rambut Syirah n rambut brader tu sama pesen. Sedara ka?

Capuchin

So pada anda yang ada anak2 tu, cuti sekolah yang masih berbaki ni, boleh la bawak anakonda (ooopsss anakanda) pegi zoo. Yang takde anak pun boleh pegi jugak, amik aura anak orang. Yang masih bujang tu, boleh le pegi sambil exercise kaki dan jamu mata, hehheheh.

Friday, 9 September 2011

Menjejaki Bluebells- April 2011

With a list of possible spots, a good friend of mine in the passenger seat and two kids in tow, we set off for a journey to look for bluebells. After driving round and round for almost an hour, all we could see was a small patches of it. Tired and dissappointed, we settled for this one.....takpe la, dapat sikit2 pun ok la. I was hoping for a woods full of bluebells....

In Bracknell, if I still remember it correctly.

My lovely friend, Sue...miss her!!!!

BFF.....Alia and Asha

Me and my cheeky one.

In time like this, I miss my friends in Egham. Thank you for being with me along the journey in life.

Monday, 7 March 2011

Tokma and Tokbah

Seperti biasa...post basi dari diriku yang asyik tangguh-tangguh je nak update blog. Well...let's see what I've been up to for the last ummmphh...3 months!

First and foremost, nak cerita pasal my parents visit to UK. We've been looking forward to this visit. Maklum la dok tempat orang, the thought of having your parents around is just overwhelming. Aku memang nak sangat nak ma and abah datang sini. Sejak mula2 keja dulu, aku selalu berhajat nak bawak parents aku jalan2. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan membukakan rezeki so dapat la kami adik-beradik merealisasikan impian nak bg our parents datang UK.

Adik aku keja ngan MAS so dapat la kami tiket yang murah giler. Return tiket dalam RM450 sorang...eh, ke one-way. Lupa la. Thanks jugak kepada penyumbang terbesar yang menyumbang fulus
(aku tau dia nak anonymous je). Thank you ever so much!!

Kat Trafalgar Square...main merpati. Time ni ramai pulak pelancong2 asing. Sejukkkk!!!



London South End...masa lalu kat sini, aku dah pasang angan2 nak tengok theatre kat sini. A month later, aku dan rombongan Cik Kiah gi nengok Priscilla, Queen of the desert. Best!!! Hillarious! Highly recommended. Terjatuh hati kejap ngan main character tu.

Tengah tak sabar2 nak naik train. Masa ni nak gi Central London sambil2 nak cuci mata dalam train, takyah penat jalan. Alasan!

Waiting for the tube. Seperti biasa, manusia amatla ramai kat underground tube ni. Tu pun kiranya bukan working days...kalau tak, mau lagi berganda2 manusia kat sini.



Kat dalam open-top bus. Patutnya seronok tapi jadi tak seronok sebab semua tempat2 tu kami dah visit the day before. Pastu kami ni jenis yang tak reti nak turun kat mana. Jadi la termangu-mangu kat dalam bas tu. Aku pulak jenis manusia yang paling payah nak bertanya2 orang. Mak aku dok cuit-cuit, suruh aku gi tanya drebar bas. Hmmm....no, I would rather wait 'til I got back my sense of navigation. Mak aku takut kami sesat. Ala...bas tu alih2 pusing dalam zone 1-2 tu jugak. Dijamin tak sesat, hahahha. Yang pasti, penat duduk!!!

Ni pulak tempat wajib adik aku. Dia tu die-hard fan of MU. Dia datang UK ni pon bukannya nak melawat aku, hehehhe. More to nak gi visit Old Trafford. Takpe la, bagi can. Thanks to kak Lah sefamili yang susah2 menerima kedatangan kami. Susah-susah je masak macam2 utk kitorang. Lain kali masak lagi, ye.

Kat Services di Oxford. Kalau kat Malaysia, Services ni dipanggil R&R - Rehat dan Rawat? Aku dulu masa mula2 sampai UK, ingatkan services ni tempat servis2 keta ke hapa. Puas la mencari R&R ...tak jumpa. Hmmm patut la pun.

Heavy snow...kiranya memang rezeki parents n adik aku la. Lepas aku amik dorang kat Heathrow apot, cuaca ok je. Masa kami tengah breakfast, snow punyer la lebat!!! Heathrow tutup hari tu sampai esok petang. Dah ngam la timingnya tu, tercapai impian dorang nak main snow. Lebat sungguh!! Sampai abah aku pun surrender....sejuk katanya!

Ni kawan aku, Dar n femli yang travel all the way from Lancaster, nak ber boxing day ngan kami. Seronok kami travel sama2, dok hotel sama2. Dar ni memang bagus budaknya. Pandai dia melayan orang tua (and budak2 jugak). Dar, kalau kau baca, kau kasi aku 50 pounds arrr sebab aku suda puji sama kao.....! Alia lagi la seronok sbb ada geng. Takmo dah naik keta sama aku. Nak naik ngan Mia all the time.

Alia and Mia......berposing dalam snow di pagi hari.

Sekali tengok, macam sepesen je 2 orang ni. Their smiles, their hairdo....typical budak2 yang minat Charlie & Lola.

Kesimpulannya (cewah!!)...aku puas hati la (aikk, aku pulak yang puas hati, patut parents aku la). Bukan apa, aku puas hati la sebab niat aku nak bawak parents aku datang UK dah tercapai. Seingat aku, ni le 1st time parents aku gi berjalan ke oversea...gi melawat sedara aku kat seberang sungai Golok tak kira la ek. Last time pegi pon, aku rasa 15 tahun lepas, hahahha.

Sehingga berjumpa lagi ngan ma, abah dan seluruh ahli keluarga di Malaysia. Doakan kejayaan kak long ye!!! Dah tak sabar nak balik dah ni.

Friday, 10 December 2010

Ascot Charity Fireworks Show

30 OCTOBER 2010

It's my hubby's birthday today (errr..was actually). He was away in Msia but we did celebrate his bday, nevertheless. We went for a mega firework display in Ascot Race Course. It was fantastic!!! The best firework display ever! Dulu2 ada gak nengok bunga api ni tapi this one was the best by far. Themed up with Halloween costume party. Alia jadi spider witch. Nat jadi witch mata lebam. Yang lain2, tak ikut tema sbb depa tak tau...kalau tak, mesti meriah.



Tag bertulis nama dan no telefon ibu bapa, in case budak2 ni tersesat ke...senang org nak call parents nyer.

Alia n Aimran...sedap je dok kat pumpkins tue.










Kredit to Aqila for the fireworks pics. Ku godek dari fb Aqila. Peace Qila! Peas!!






Kami balik puas hati. Alia cakap "Can we come here again tomorrow, mama?" Oh, anak...ni event setahun sekali je tau! Kopak le kalu hari-hari. Anyway, we enjoyed it. Wish my hubby was here....dah le ari bday dia. Mesti dia pun seronok dapat jerit2 ngan kami. Woooohoooooo!!! Happy bday, bang. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia sentiasa. We love you!!!

Autumn.....!!!!!

Early October 2010

Sorrrrrrrriiiiiiiiii......lama tak mengupdate blog. Nah, sekarang I nak tepek aktiviti-aktiviti kami sepanjang kesenyapan yang dah berbulan-bulan ni. I sibuk, uuu....entah apa yang disibukkan entah le. ;-)
Kalau takde aral melintang, ni kunun2nya musim luruhku yang terakhir le. Hopefully same time next year ai dah ada kat Mesia, makan sate Samuri, hihihihi. Autumn kat UK ni selalunya berangin, matahari terang tapi sejukkkkk......

Aku pegi ngan K Ju...partner in crime sejak Oktober ni. K Ju senior aku kat UKM. Dia buat Post Doc kat Imperial. Seronok la aku ada teman. K Ju ni rajin masak pastu pandai layan Alia. Mmg best la dia ni.

Kami beroperasi mengambik gamba kat Lee Valley Garden, Windsor Great Park. Pegi masa Alia skolah so takde la gamba dia, gamba mak dia je banyak. Biasa la...maknyer kan giler glamer.

Ni la K Ju...posing baek punyer! Ala2 ais mana...eh, Aishwarya versi Mesia.

Cantiiikkkk kan....tenang je kat sini. Berangan duduk2 sambil baca novel....hmmm berangan kejap.


Makcik yang nak jugak posing ala2 ayu...gadis Melayu terakhir kunun.



Penat jalan, wehhh!

Suka pokok merah ni...semerah hatiku, cewah. Hisss..blaja kat mana le ayat2 syahdu neh.

Apa pulak penyakit berjangkit posing ala2 sendu neh....entah hapa2 tah.


Suka pokok ni...dok kat dalamnya rasa hijau je. Pastu beserta dengan angin2 sepoi2 bahasa...syok!!.

Lepas posing kat pokok merah ni, kami bercerita-ceriti pasal "The Blair Witch Project". Penah nengok? Aku nengok kat Mid Valley dulu...seram wooooo. Masa tu takde manusia lain kecuali kami pastu beserta angin...serammmmm.....t

Tengah aku sedap2 bercerita, tiba2 K Ju jerit "As!!!!! Tak yah le cakap camtu. Cakap macam biasa je la!!! Takut woooo!!!" Aku pulak kebingungan..apa yg aku cakap? Rupanya aku cakap dengan penuh ngeri pasal movie tu, sampai berbisik-bisik. Aku tak berani cakap kuat2 sebab aku pun takut sebenarnya! Tak sedar pulak dalam takut2 tu cerita aku bunyi macam real je. Ayat aku tu "Tiba2 dorang bukak bungkusan tu,............ada darrrraaaahhhh!!!"

Maka berlarilah mak gajah berdua ni ketakutan! Dah tua2 pun penakut. Kalu org amik video kami tgh lari lintang-pukang tu, pastu upload kat You Tube, musti hit punyer wa cakap lu!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :