Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 2 February 2009

It's not just snow, it's the heaviest snow in 18 years!!

Fancy skiing in Swiss Alps? No worries, Swiss is here in your backyard! Just get the tudung periuk out of your kitchen and yarrribaaa!!!!! Snow is here...and it is here to last (at least for a few more days). Saksikan aksi2 bebudak ni main snow.




Time ni lebat, nak bukak mata pun susah. Keta aku sangkut time ni la.




Rombongan Cik Kiah nak gi main snow










Dua rakan sekelas, Alia dan Asha


Dari petang semalam snow turun dan semakin lebat menjelang tengahari. Aku cam biasa la pagi2 nak hantar Alia ke umah Maswa. Punyer la tebal salji kat atas keta aku. Naik kebas tangan aku dibuatnya, membuang snow yang bertapa kat atas keta. Sampai je umah Maswa dia kata sekolah tutup. Aku lak berkejar balik Silwood sebab ada appoinment ngan sv pagi ni. Sesampai je kat opis baru aku perasan takde satu keta pon kat tempat parking. Kuketuk bilk sv, tak berjawab. Sah dia tak datang. Penat je aku stay-up semalam dan terkejar2 gi hantar Alia ke Egham.

Dah sv takde, aku gi umah Maswa balik, nak amik Alia. Sebelum tu kitorang gi Royal Holloway University dulu, lepak2 amik gambar. Sue yg baru sampai dari Msia beberapa minggu lepas pon ikut gak. Budak2 ni suka giler. Berguling-guling kat atas salji tuh. Memang lebat sungguh! Masa kitorang nak balik, salji tu turun makin lebat. Kat London dan kebanyakan tempat di UK, pengangkutan awam lumpuh. A ku bawak keta pun kadang2 tehuyung-hayang. Ngeri dibuatnya. Nasib baik keta aku ada ciri2 keselamatan, so yakin la jugak sikit. Kalau bawak keta lama Ford aku tu, sure aku tak kuar mana2 sebab keta tu ringan semacam je. Silap hari bulan menggelincir macam roller skates lak. Dalam radio sibuk cakap "Do not travel at all". "This weather is nightmare". Alamak, kalu snow camni 5-6 hari, caner aku nak gi beli stok makanan nih? Ayam, telur semo dah abis dalam fridge tuh. Alamak, kebulur le aku camni. Tidakkkkkkkk!


Sunday, 1 February 2009

Salji di tengah malam

Yang bintik2 cerah tu snow lawan flash kamera.

Pokok-pokok bungaku tinggal batang je
Pandangan dari luar tingkap



Esok pagi aku amik gambar banyak2 lagi, untuk tatapan semua. Malam tak cun la. Malam2 buta ni sedap je letak muka mengadap langit, menadah snow. Terasa lembut snow jatuh kat pipi. Bestttt. Ni petua kasi awek muda, kay. Alia mesti sukaaaaa...sekarang jam 4 pagi. Suara aku kat video tu ala-ala suara beriman, ok sebab takut Alia tersedar. Orait, jupa lagi.

Kak tie, meh sini kita main snow. Cepat tempah Air Asia. Penginapan dan makan free. Marrrriiiii!!!


Siaran Tergendala

Buat kaum keluarga dan rakan-rakan, dukacita dimaklumkan bahawa siaran blog Diari Asmida akan tergendala buat beberapa waktu. Hheheh, bukan apa, supervisorku yang selama ini membiarkan aku terkapai-kapai kelemasan, kini telah mula menebarkan jaring untuk menyelamatkanku.

Sejak aku mula2 sampai kat sini dia percaya je kat aku. Amatlah jarang dia suruh aku hantar report ke, hantar result ke or at least hantar research progress. Orang lain aku dengar tiap2 minggu jupa sv, siap kena hantar reviewed journal tiap kali jumpa. Takpun hantar le apa2 yang dibaca sepanjang minggu tu. Sv aku sangat la baik, satu-satunya mende yg penah aku hantar ialah Study Plan masa mula2 register dulu. Eh, silap. Penah gak dia suruh aku hantar result utk initial survey yg aku buat kat Silwood dulu. Lepas tu senyap. Memang dia baik hati. Aku pulak.....bila sv tak suruh, tak tanya, aku rileks la walapun dalam hati selalu risau. Risau sebab aku tengok org lain tunggang-langgang buat keja, aku lak macam takde keja. Risau risau. Aku bukan reti nak mereka-reka cari keja sendiri. Aku ni pahat......

Alhamdulillah, sejak balik cuti Krismas ni, dia sangat rajin. Selang sehari dia nak jumpa aku, tunjuk result dan hantar progress report. Aku pun apalagi. Kalau dia rajin sekali, aku rajin 10 kali. Semangat beb. Baru la aku terasa hidup aku ni berguna sikit sebagai pelajar. Kalau tidak, hidup aku kat sini macam suri rumah je - hantar anak sekolah, amik anak, hantar klinik, beli groceries, shopping online (aktiviti wajib-aku sudah ketagihhh, waaa tulunnn tulunnn) dan masak-masak.

Ok la, esok aku kena jumpa sv lagi. Kalau semuanya beres, tak lama lagi aku dah boleh bergerak buat next projek pulak. Kaji algae kat Thursley Common dan stesen pencemaran kat Scotland. Tu pun kalau dua2 kawasan tu masih wujud stesennya. Kalau tak, kena carik alternatif lain.

Ok la, aku nak sambung buat data analisis nih. Dah lebih seminggu aku mengadap graf. Dah berpinar mata aku tapi sebab semangat punya pasal, aku layan la. Berenti jap update blog supaya segar balik mata aku ni. Orait, sambung keja. Semangat nih!!


Ni le meja tempat aku bersarang. Nampak gelas besar tu? Haa..tu wajib adoo. Nampak plastik bawah meja tu? Tu hasil tuaian Cik Ida lepas shopping kat Swindon.

Ni le peneman aku supaya tak ngantuk. Tapi termengantuk gak....ampunkan taburan serbuk coklatku yang tiada seni itu.

Inilah cappucino yang terpaksa kutelan demi membukakan mataku. Alu tak suka kopi!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :