Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, 8 August 2009

Sports Day at Englefield Green Nursery School

Setelah 2 kali ditunda sebab hujan akhirnya sekolah memutuskan untuk mengadakan ari sukan ni dalam dewan. Hari tu Alia merajuk sebab aku tak bagi sticker kat dia. Aku jadi referee. Mana-mana studen yang sampai ke garisan penamat akan diberi sticker. Ada 4 referee. Alia dah dapat sticker dari referee lain jadi aku takleh bagi more sticker to her. Dia main merajuk pulak...sepanjang acara berlangsung dia bermuka semacam. Pastu pegi duduk bertempek ngan cikgu dia, dia tak mau join dah......

Dengan Mrs Harding, Ms Galbraith, Mrs Summerton dan Mrs Mills, di hari terakhir persekolahan term ini. Bulan September ni Alia dah masuk Reception Class, upgrade sikit dari Nursery Class. Dah besar anakku ni.

Acara yang melibatkan ibu dan anak.

Acara untuk kaum bapa.

Sesi pujuk-memujuk peserta yang merajuk.

Ready.....get set...go!

Egg and spoon race. Alia terpaksa dipimpin oleh cikgunya. Kalau tidak, dia tak mau join. Tu pun join dengan muka muncung je.

Antara rakan Alia.

Nat lari penuh perasaan.

Alia and Mrs Harding.

Run! Run! Run for the sticker! Kalu kat Msia dapat gak tupperware ke...sweets ke...kat sini dorang bagi sticker je.

Barisan peserta-peserta acara sukan pada hari itu. Seingat aku ada 3-4 orang yang nangis sepanjang acara nih. Cikgu-cikgu hari tu terpaksa jadi tukang pujuk. Kids *sigh*. Well, that's kids for you.






Graduate School of Life Sciences & Medicine (GSLSM) Summer Symposium

Aku pegi symposium ni lama dah, awal bulan July ari tu. Hajat di hati nak tinjau2 taun ni, taun depan nak hantar poster sendiri lak, insyaAllah. Aku tak enjoy sangat sebab ada 3 je poster yang ada kena-mengena ngan bidang aku.

Ngan kawan aku yang kini dah 3rd year...nak abis dah......taun depan giliran aku lak. Tapi kenapa aku rasa cam aku ni baru 1st year je? Berdebar pulak pikir pasal projek nih.

Poster yang menjadi pilihan juri tahun lepas.

Yang ni pun among the award-winning poster gak.

Kawan-kawan, doakan aku berjaya dapat PhD tahun 2011 nanti. Aku takut laaaaaaaaaaaa!!

Hari Memasak Sekampung

Aku sangat jarang memasak tapi memandangkan dok kat negara orang ni susah nak dapat makanan tertentu, jadi mau tak mau terpaksa belajar memasak. Kalau tak, kempunan. Weekend selalunya masa untuk aku memasak stok untuk bekal Alia ke sekolah. Resepi paling senang ialah carrot and banana muffin. Aku cedok resepi ni dari kak Ina. Ubah suai dari kek ke muffin. Aku memang sceptical bab-bab memasak kek/kuih-muih sebab aku memang tak terer. Dah beratus kali cuba. Alhamdulillah, menjadi. Sejak dari hari itu, aku asyik memasak muffin ni je. Lagipun Alia tak jemu-jemu makan. Asyik mintak je. Aku pun buat banyak2, masuk dalam freezer dan reheat dlm microwave bila nak makan. Sonang kojo makcik.

Keropok lekor lekor yang indah paras dari rupa...tengok rupa macam dah jadi tapi rasanya agak kureng sikit lorrrrr.

Mini doughnut wit chocolate topping.

Roti berinti sardin

Chef in the making. Suka betul Alia bila aku serah tugas meletak coklat chip kat atas adunan pada dia. Belum abis tugas, dia dah bawak lari coklat chip dan ratah depan tv. Selepas menjerit-jerit minta dipulangkan, baru dia datang sambung tugas balik.

Ni antara muffin yang menunggu giliran utk dimasukkan dalam oven. Ada banyak lagi tauuuu.

Ni adunan mentah. Aku rasa aku ada amik gambar yang dah masak tapi dah ilang.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :