Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, 21 May 2010

Kunjungan dari Manchester

Entry ini ditujukan khas buat ma di kampung.

K Lah n femli merupakan kawan lama mak aku. Aku n hubby selalu singgah jumpa mereka mereka setiap kali kami naik ke utara. Kali ni mereka pula ke selatan, berjumpa kami. Selama beberapa hari, meriah la rumah kami dengan gelagat dan cerita masing2. Banyak juga mereka berjalan di sekitar London. Aku n femli tak dapat ikut sebab aku kena siapkan kerja-kerja penyelidikan. Tapi mereka ni, bab2 berjalan memang 300x lebih terer dari aku n hubby, hhihihi.

Di Windsor Great Park.

Cikgu Man (walaupun dia lecturer UM dah skrg ni, sampai skrg aku panggil cikgu- dah terbiasa) dan Hilwa.

One for the album.


Haiqal dan Nurul, bersama K Lah n suami.

Dah besar2 semuanya anak K Lah, kan ma? Dulu dorang sekolah rendah lagi...sekarang dah jadi anak dara n anak bujang. Harap entry ini dapat mengubat kerinduan ma pada mereka.

Selamat Hari Jadi Adam

Beberapa minggu lepas kami ke Windsor, untuk meraikan sambutan hari jadi Adam. Budak2 seronok sangat sebab ada huge trampoline, acres and acres of field for them to run around, plenty of foods and snacks and not forgotten, Smartie Artie the clown.

You're a big boy now...

The clown who kept the kids entertained.

Ala...bila le dorang ni nak potong kek? Tensen le...kami dah tunggu lama ni...hayooo



Adam, with mom and dad.


Since the kids were having a really good fun, kami the grown-ups pulak seronok dapat jumpa kawan2 lama dan baru. Macam2 cerita keluar. Sambil borak, tuan rumah menyajikan pelbagai juadah sate, mihun, nasi, cendol, keropok lekor, kuih-muih Melayu dan Barat. Pendek kata, kami memang dijamu sepuasnya. Lepas tu bila nak balik, siap dibekalkan dengan nasi, ayam, kari daging dan dessert sebagai buah tangan. Sungguh terasa macam kenduri kat kampung2 but in a lavish kind of way.

Duduk lepak2 di rumah Anita ni (Adam's mom) memang terasa damai. Apa taknya, rumahnya dikelilingi bunga pelbagai warna. Memang cantik! Sampai my hubby kata, tak payah pegi Holland dah...datang sini je...sama je cam taman tulip kat Holland tu. Hahahha...








Majlis hari itu berjalan lancar, semua tetamu berpuas hati. Tahniah kepada tuan rumah dan terima kasih kerana menjemput kami. It was indeed a great party.

Picnic

Bukan saja orang putih yang jakun bila matahari bersinar, kami yang tak berapa putih ni pun jakun jugak. Mana tidaknya, berbulan2 dok sejuk beku, terasa organ2 dalaman pun macam beku...tiba2 bila matahar menjengukkan muka je, mula la kami keluar berduyun-duyun...piknik di bawah sinaran mentari....syok!

Suka hati dapat berlari-lari selepas 3-4 bulan berhibernasi.


Malay community kat sini.

Macam2 menu ada...sebut je..lepat pisang? seri muka durian? nasi? mee? pizza? Macam-macam adaaa!!

Hmmm...memang kenyang perut suka hati betul. No wonder diriku semakin mengembang ke sisi.......Tulun..tulunn.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :