Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 13 September 2010

Sambutan Raya di Staines Sailing Club

Sambutan raya tahun ni sangat meriah. Kami buat di Staines Sailing Club. Tempat ni ada pemandangan yang sangat cantik. Memang best. Seperti biasa, tumpuan adalah pada makanan. Ada macam2. Kami sewa tempat tu dari pagi sampai 7pm. Apalagi, puas la makan2 sampai nak pecah perut.

Ladies only, yea....

Anak2 pulak.....

Kaum bapak pun ada............

Pakar pengibas sate. Kenyang la kami makan sate hari tu. Ada 300 cucuk semuanya. Sebab macam2 makanan ada, sendat perut woooooooo.

Makanan wajib semasa hari raya - sate, ketupat nasi, lontong, lemang dan rendang.

Siap ada wau, youuuuuu...macam kat Msia pulak.

Murtabak, pulut kuning, nasi dagang, gulai ikan, nasi minyak, ayam masak merah, rendang ayam.

Pecal, rojak mee, nasi beriani, wajik.

Kuih Melayu, kuih org putih, biskut ...

Kacang dan kerepek.

Cendol pun adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Memang puas hati la kami beraya hari tu. Cuaca pun cantik sangat. Alhamdulillah.

Walaupun jauh dari sanak-saudara, kami tidak terasa sangat kerana kami di sini agak rapat. Semuanya baik-baik belaka. Susah-senang kita, merekalah yang membantu. Terima kasih kepada semua. Hugs n kisses dari As dan Alia.

Selamat Hari Raya!!!!


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua!

Lepas sembahyang raya....di Royal Holloway University.

Tengah dengar khutbah raya.

Lepas sembahyang raya, kami semua berkonvoi ke rumah kak Lina. Seperti biasa, kami tak buat kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah macam kat Msia for practical reason. Kami buat mesyuarat, decide menu yang nak dimasak semasa hari raya and then semua orang berkumpul kat satu tempat je. Seronok sebab masing-masing bawak macam-macam juadah. Terima kasih kepada kak Lina sekeluarga yang susah-payah volunteer jadi host. Your house is lovely!

Kuih-muih yang terhidang di hari raya pertama. Seri muka tu sedap! Suka sangat.




Anak-anak dara kecil main buai.

Ibu-ibu lepak kat dapur. Ooops ada terselit sang jejaka sorang tu.

Kaum bapak makan kat luar. Sedap noooo...........



Selamat Hari Raya!! Maaf zahir dan batin!

Posto....posto

4 September 2010

Yahoooooooo....makcik dapat parcel hari ni. Gembira sungguh! Alia seronok dapat baju raya. Hari-hari dok pakai and hari2 jugak dok tanya "When is hari raya? I'm so excited". Hisss...tak sabar-sabar. Macam le puasa. Ada jugak dia puasa...1 hari je puasa penuh. Penah puasa sampai 11am dalam 2-3 hari.

Parcel kiriman adik aku, Yana. Thanks, sis. Aku dapat baju raya, 5 tudung, 3 balang kuih raya. Alia dapat baju raya. Thanks to my hubby yang menghulurkan ongkosnya. Yeayyy dapat beraya pakai baju baru.


Sempena bulan puasa ni, ada le aku masak2 dan buat kuih sikit2. Maklum la...tekak terasa nak makan, bazaar Ramadhan takde, jadi terpaksa la masak sendiri. Mak aku mesti kagum tengok anak dia boleh masak. Kalau kat kampung, memang satu apa pun aku tak reti masak.

Carrot cupcake with cream cheese icing...masak raya pertama.

Chocolate chip cookies...masak masa bulan puasa.

Air soya.....ni pun buat sendiri tau!!! Kurendam kacang soya, ku blend, kutapis dan ku masak atas api tau!!! Sedap lagi berkhasiat. Lemak manis disukai ramai. Lepas ni dah boleh bukak gerai air soya kat Pasar Malam Salak Tinggi plak.

Apakah ini? Ini le doh roti canai utk buat murtabak sempena raya. Kalu nak buat roti canai, tepek2 je kasi leper, jadi le roti canai. Kalu nak jadikan murtabak, letak je inti murtabak. Aku uli pakai breadmaker pastu buat bulat2 cam dalam gambar, letak butter n biar semalaman. Pastu boleh canai utk buat murtabak ke roti canai ke...ikut suka la.

Teringat masa sekolah dulu, penah le beberapa kali mak aku mintak tolong gentel2 roti canai ni, buat meniaga. Aku buat secara paksa sebab aku geli bila tangan kena marjerin, sekarang...nah.....rasakan! Buat le sorang2!

Dan inilah hasilnya murtabak aku.....rupa kurang jelita sikit sebab lupa nak taruk serbuk kunyit kasi kaler dia gelap2 sikit. Takpe la....asal rasa murtabak sikit2 pun ok la. Aku tak reti nak tebar roti canai tu so aku gelek2 dengan rolling pin. Sebab tu murtabakku agak tebal kulitnya. Hentam saja la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :