Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, 5 May 2009

Third time lucky??

Aku tak penah citer pasal supervisor aku, kan? Orangnya sangat baik, terlampau baik aku rasa sebab dia tak penah marah, tak penah tunjuk muka marah dan perkara2 yang sewaktu dengannya. Aku pulak, kalau takde org dok pantau keja aku, mula la aku terkeluar landasan je memanjang.

Yang aku perasan, tiap kali dia ikut aku pegi fieldwork, ada je benda2 malang kena kat dia. First time ari tu, dia ikut aku survey kawasan kat Silwood. Ntah apa kena ntah, dia terjatuh dalam selut takat peha! Punyer la susah nak lepaskan kaki dia dari cengkaman selut tu. Selut kaler hitam lak tu. Disebabkan dia berbadan besar, aku tolong tarik pun macam takde makna. Abis seluar dia, pastu dia terus balik rumah...pegi mengadu kat bini dia kot....

Pastu, last week dia ikut aku gi pasang diffusion tubes utk monitor air pollution Malang lagi sebab he accidentally cut his fingers, not one, not two but three fingers! Several times! Berdarah2 habis. Meleleh2 kena kat alat 2 aku. Aku tensen gak tapi buat muka cool je. Apa nasib daa...

Next week kitorang kena pegi Thursley, kat Surrey. Nak pegi tengok heathland dan keja2 kat air pollution station kat situ. Harap2 kali ni takde mende2 malang yang berlaku. Dia cakap kat aku dalam nada bergurau (ye ke bergurau?) "It is funny isn't it? It happens everytime I went out with you. I guess the car will break down next week, hahaha". Katanya sambil gelak besar. Aku sengih2 je. Kalau jadik apa2 next week, kang tak pasal2 dia cop aku ni pembawa nasib tak baik. Walhal (cewah) aku rasa dia clumsy skit (ampun, sv ku yang baik hati). Ala, it all down to us. Kalau berhati2, insyaAllah takde apa2. Kalu jadik jugak, kira dah takdir. Kihkihkih. Nak jugak salahkan takdir.

'til we meet again.
Ciao!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :