Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, 28 February 2012

Akak cleaner

Ni entry panas hati.

Aku sejak mula-mula masuk wad ni, memang rasa tak selesa dengan akak cleaner sorang ni. Apa taknya....dia masuk bilik 7-8 kali sehari. Tak penah ketuk pintu ke hapa. Tiap kali dia masuk, aku terkejut beruk.Ye la, kita dok baring2, tiba2 ada orang masuk bilik. Dalam sehari, 7-8 kali jugak tersentak dan terkejut sebab dia main terjah je. Even nurse dan doc pun reti nak ketuk pintu sebelum jenguk kita kat bilik. Pastu...apa la motipnya masuk cuci bilik sampai berkali-kali? Musykil......

Mula-mula aku sabar je le sebab fikirkan aku tak lama kat sini. Malas nak komplen2 segala. Dah seminggu kat sini dan nampak gaya memang lama kat sini, aku mula le ambil tindakan. Aku cakap ngan akak tu, tak payah la masuk kerap sangat.Masuk sekali cukup. Dia bangkang2 cakap aku. Aku cakap A dia cakap B. Malas aku melayan. Pastu dia buat muka bengang tiap kali masuk bilik aku. Dia dah kurang masuk, kalau dulu 7-8 kali, sekarang ni dalam 3-4 kali je. Tapi perangai tak ketuk pintu tetap ada. Pastu buat keja cam cincai-boncai je. Boleh dia terjatuhkan tumbler air aku pastu tumpah le air tu, menitik atas beg netbook aku. Dia buat donno je. Takde nak mintak maaf ke apa ke. Aiisssssshhhh geramnya aku ni.....!! Rasa nak marah2 je. Dia buat muka selamba je.

Cleaner yang shift malam pun, lebih kurang sama jugak. Ok sikit la dari yang pagi punya cleaner. Ni pun spesies tak reti nak ketuk pintu jugak. Bayangkan aku dah tido, dah padam lampu segala, dia boleh masuk senyap2. Bila aku tersedar, tengok2 ada orang tercegat sebelah aku dalam gelap. Mau tak tercabut jantung aku! Pastu masuk lagi dan lagi dan lagi. Aku nak tido!!!! Tapi yang ini, bila aku cakap masuk sekali je dia dengar. Esoknya dia masuk sekali je.

Aku call company dia (Radicare), nak buat aduan. Berkali-kali call, takde orang angkat pun. Habis tu camno? Company ni setahu aku reputasi baik. Tapi takkan takde ajar tatasusila nak masuk bilik orang kat staff depa? Even staff yang hantar makanan (caterer hospital), tau je nak ketuk bilik sebelum masuk, senyum segala. Kenapa buat work plan yang kena masuk bilik pesakit sampai 7-8 kali? Kena masuk cuci bilik pesakit walau dah malam dan pesakit dah tido?

Aku malas dah nak tgk muka dia. Sesetengah manusia ni, bila kita tengok, sejuk hati. Sesetengah manusia pulak, bila tengok je, menggelegak isi perut segala.



Sunday, 26 February 2012

Wad 2A

Salam semua,

Masuk hari ni dah hampir seminggu aku menghuni Wad O&G Hospital Putrajaya. Hampir setiap hari juga aku menghitung detik masa dan mengira-ngira, mencongak dan meramalkan perkembangan baby. I have this big worries that my baby will be delivered prematurely. Aku tau ramai baby yang boleh survive walau lahir awal. Tapi bila Dr cakap kalau lahir seawal 30 minggu (which I am at), baby tak kuat, boleh jadi macam-macam komplikasi terutamanya masalah pernafasan, masalah mata, ginjal dan pencernaan yang tak sempurna. Worst case...berlaku pendarahan otak yang boleh menyebabkan cerebral palsy. Nauzubillah.

Last week, berat baby approximately 1.4kg. Itu estimation through ultrasound. So ada plus minus 400g kata Dr. Realistically kalau bb lahir sekarang, beratnya boleh jadi 1kg atau 1.8kg. Aku harap sangat bb ok, berat ok, organ semua ok. We have been waiting for more than 7 years for this baby. Semoga penantian ini berakhir dengan kegembiraan.

Oh, well.....bunga dari my hubby, peneman sepanjang aku berkampung kat wad ni. The only thing that 'bring a life' to this room.


Saturday, 25 February 2012

I'm in!! Officially joining the club...not by choice, by force.

Salam semua,

Bersiaran secara langsung dari wad. So I am officially joining the club of mum with risky pregnancy. Sudah 4x pregnant, 2x gugur, 1 survived but not without complications (bersalin awal, retained placenta, induced) and this time, placenta previa pulak. Luckily, type 1 je walaupun at first Dr was convinced it was type 2.

Alkisahnya, I was persistently having this mild stomach cramps since last week. Jumpa Dr kat poliklinik ukm, tpt aku buat routine check up. Baby, amniotic fluid semua ok.

Yesterday, rasa letih - not unusual sbb mmg selalu letih pun lately nih ;-) . Tertido sambil lipat kain. Oh, yes....I have been doing tonnes of laundry for the past few weeks! Sorting n preparing all those bb stuffs. Bangun tido, pi toilet, alamak.....ada 'bloody show' la pulak. Sikit je tapi risau jugak sbb baru 29 weeks. Placenta previa pulak tu.

So ptg tu kami ke hospital putrajaya. Lepas scan segala, kena admit. Kena cucuk ubat utk kuatkan paru-paru baby, just in case. As a precaution kalau2 bb decided to come out early. Harap2 biarla lmbt sikit. At least 32 weeks. Skrg berat bb baru dlm 1.4kg.

Harap2 semuanya ok. Hang in there, my precious little angel. Mummy rasa ok je, mild discomfort but nothing heavy or unbearable.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :