Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 27 April 2009

NI number

Hari ni aku bertungkus-lumus mengerjakan borang DWP (Dept of Work and Pensions). Semata-mata nak dapatkan National Insurance number = NI no. Sebenarnya dah lama dah aku berkira-kira nak apply NI no ni tapi sik bertangguh2 je sbb....sebab apa ye? Sebab aku mmg jenis yg bertangguh2. Hampeh! Dah setahun aku tangguh2. Bukan malas tau, makcik lupooooo....Ingat, lupo, ingat, lupo.

Bila payslip sampai, (aku kuli je-jadik demonstrator kat lab) baru aku perasan depa potong 52 pound sebab aku takde NI no. So sebahagian gaji aku tu depa tolak cukai. Cesssss...banyak tu. Tambah skit lagik boleh beli Fossil F2 yang aku dok terliur tu. Aku apa lagi, secepat kilat mula menelepon Jobcentre, register nama dan hari ni isi borang, hantar terus. Setelah ku memotostat segala pasport, harap2 cepat la aku dapat NI kad tu. Pastu cepat la aku bleh claim duit yg dipotong tuh. Dia bagi claim ke? Tak kira la, akan kutuntut dengan penuh keazaman disertakan ucapan merayu-rayu meminta belas-kasihan.

Buat korang2 (yg tak tau pasal ni...ke aku sorang je?) yang terasa nak keje part-time kat UK ni, sila apply for NI no dulu. Kalu studen, takyah bayar tax langsung. Status NT =No tax. Kalu takde NI no, status BR= ntah, lupa la. Semak sendri kat website DWP. Kalu takde NI, gaji korang dapat tu, kena contribute kat kerajaan UK yg korang sayangi ni...

Sekian makluman utk kali ini.

Ciao!!

Friday, 24 April 2009

New season, new me?


Yeahhh...aku perasan sejak kebelakangan ni my inner spirit dah kembali menjelma. Kalau dulu malas sangat nak gi ofis, lately ni aku rasa semangat pulak. Mungkin sebab musim panas dah menjelma so matahari dalam hidupku pun timbul. Sekarang ni jam 7am aku dah siap2, lepas hantar Alia aku pun berteleku kat meja opis.

Aku dah punggah printer ke opis. Senang aku nak buat keje. Dulu masa winter aku memunggah dari opis ke rumah. La ni dari rumah ke opis lak. Baru aku perasan yang aku mmg dormant masa winter. Konon hajat di hati nak buat keja dari rumah masa winter. Tapi banyak tak buat keja dari buat keja. Tau2 je le...kalau dah ada kat umah, banyak sangat dugaan. Kejap2 main internet, kejap2 terasa lapar...gi masak, kejap2 tgk tv (oopss, bukan kejap, lama!). Kalau kat opis, takde anasir2 jahat tu, so nak tak nak kena mengadap keje gak.

Lagipun mungkin aku rajin sbb dah nak mula projek baru. Next week aku kena pegi pasang diffusion tubes kat Kensington Garden di Central London dan seterusnya ke 5 lagi sites. Sites terakhir di Hesworth Common di West Sussex. Minggu selepasnya kena set up kuadrat aku sebanyak 240 tu. Pastu bermulalah keja menyembur pollutant kat kuadrat2 tu setiap minggu. Banyak wooo...aku rasa mau aku nangis sambil buat keja2 penyemburan ni. Apa taknya, kena jalan kaki, jauh....penat wooo. Pastu bukan masuk utan melenggang, kena angkut segala pollutant2 tu. Ada 6 jenis semuanya. Patah bahu ni ....ayakk ni le dugaan namanya. Takpe la, aku sanggup, janji aku dapat PhD. Susah takpe. Kalau tak susah bukan namanya buat PhD, kan? Tu namanya pegi membeli-belah!

Ok la, harap2 semangat aku ni kekal selama-lamanya! Jangan hangat2 tuttut ayam dah le. Bagi supervisor aku happy pastu boley mintak cuti nak balik Msia. Hubby dah bagi green light dah. Yahooo.....!!

Gambar hiasan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan diriku ini.
Dicopek dari http://www.birchmoth.com.

Mungkinkah aku akan menjadi tidak macho seperti jejaka2 di atas ini?




Friday, 17 April 2009

SIRI 1: I'M BACK...!!!! Masih ada lagi, live and kicking!

Haiyya...lama sudah diriku menyepi. I'm back, man. I'm back. Lama benar tak menjengah rumahku ini. Last entry 2 March. Hoooo lama tu. Bukan apa, my hubby datang, so aku apalagi....a week before dia sampai aku sibuk kemas mana-mana patut (cewah..tapi takde beza pun, sama je kemas ke tak-rumah kecik, alih2 sama je). Bila dia dah sampai, babai le segala internet2 ni. Aku jadik surirumah cemerlang - masak, lepak, jalan2 etc. Masa itu emas, beb. Lost contact ngan alam maya kejap. So ni adalah laporan dan catch up aktiviti2 sepanjang penyepianku itu. Ada 5 siri semuanya (ceh, macam novel pulak). Baca jangan tak baca.

14 APRIL 2009: NENGOK WAYANG - MONSTERS vs ALIENSMonsters vs Aliens

Monsters Inc

Kami ke Slough nak tengok wayang. Saje je bawak Alia, bagi dia happy. Besar rupanya Empire cinema ni. Bertingkat-tingkat. Dah le tu, banyak waktu tayangannya. Kalau tak mau tengok pukul 11.15am, boleh tengok jam 1.30 /2.15/2.45 ...sampai malam. Satu movie siap tayang kat 2 screen/theathre berbeza. Memang spoilt for choice. Kalau kat Leicester Square tu memang logik la tapi ni Slough, bukannya 'bandar' sangat. Tapi semua ada, beb. Monsters vs Alien ni ceritanya ok la. Takde le hebat sangat. Boleh tahan. Aku membayangkan best giler macam cerita Monsters Inc dulu. Kureng sikit tapi not bad at all. At least Alia ada gak gelak2 dan terkejut2.

Abis nengok wayang kami makan chicken briyani kat Khan's. Pastu siap bungkus quarter pounder beef burger lagi. Sedap burgernya tu. Nanti nak gi beli lagi la.

15 APRIL : 'TIL WE MEET AGAIN

My hubby balik Msia petang ni. Aku dah banjir semalam. So hari ni tak banjir dah. Masa kat airport aku cool je. Masa dalam keta nak gi a
irport ada le sebak sikit2 kuar airmata setitik dua. Pastu ok. Kami singgah kat Lee Valley Garden di Cheshunt. Sengaja kami bertolak awal supaya ada masa utk lepak2 before suamiku berangkat. Lunch kat taman Waltham Abbey. Aku bawak bekal ,masak daging goreng, udang (sian suamiku mengopek dekat 1kg udang sorang2) dan pizza. Lepas mkn dan amik2 gambar kami bertolak ke Stansted. Sorry ye, takde gambar sbb amik gambar pakai camera hubby. Mana sempat nak transfer. Lagipun, biarla kat situ. Bagi dia rindu tengok muka aku ngan Alia dalam kamera tu. Hehehe.

Dalam perjalanan balik, ada le banjir sikit2 dalam keta masa driving. Tapi tak le lebat macam dulu. Last time macam empangan pecah. Mem
ang takleh tahan. This time terkawal la sikit. Mungkin sebab suamiku cakap nanti dia datang balik July/August ni, buat sabatikal. Tu la penguat semangat aku. Apa2 pun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Harapan aku agar kami semua dapat bersama kembali, insyaAllah. Love you, bang. Take care!



Siri 2 : ISLE OF WIGHT

9 APRIL 2009: ISLE OF WIGHT

Kali ni kami ke Isle of Wight . Jam 11am kami berangkat dari rumah. Plan asal nak bawak keta ke pulau naik feri. Silap aku sebab tak tempah awal2, feri penuh, tak boleh bawak keta. Tapi untuk foot pasenger banyak tempat lagi. Kebanyakan syarikat2 feri/hovercraft ut
amakan pejalan kaki. Nak tak nak kami kena letak keta kat seberang (Portsmouth) dan jadik foot pasenger. Mula2 ingat nak naik feri biasa tapi kemudiannya kami pilih naik hovercraft. Best jugak sbb tak penah rasa.

Hovercraft ni macam kapal kecik yang kat bawahnya ada pelampung besar. So kapal ni boleh mendarat dari laut terus ke daratan. Kat darat dia lepas angin pelampung tu. Terer kan. Perjalanan kejap je, 10 minit (ke Ryde). Kalau naik feri 40 minit, naik catamaran 20 minit (fast trak). Tapi yang ni turun kat tempat lain.
Isle of Wight memang pulau pelancongan. Siap ada award winning beach. Maklum la kat UK ni pantainya huduh2 belaka. Yang award winning tu pun bukan le lawa giler. Tapi kira lawa la berbanding pantai lain yang berbatu2 dan kelam. Antara pantai yang terkenal ialah kat Ventnor, Shanklin dan Sandown. Kat sini banyak tourist attraction sites, entertainment etc. Sesuai sangat le kalau sapa-sapa nak datang summer break nanti.

Tempat nak naik hovercraft

Ni le mendenye hovercraft tu. Nampak pelampung besar bawah tu? Reptilia ni...hidup 2 alam, darat n laut skali.


Ni seat kat dalam hovercraft tu. Selesa jugak.

1st day kat sini, kami jalan2 kat town je sebab hubby bergelumang ngan tesis studentnya. Awal2 lagi dia dah warning kat aku - ni kira working vacation, ok. So takde jalan2 sangat. Walau dalam hati aku memprotes tapi aku buat2 muka mithali la. Tapi terlepas jugak kadang2 riak muka protes tuh. Hahaha. Pastu disebabkan kemuliaan hati suamiku ini (atau sbb menyampah tgk aku muka stone je) petangnya dia bawak kami jalan2 kat bandar Newport.

Newport ni kira central le bagi Isle of Wight. Semua bas mula kat sini. Pejabat2 kerajaan pun kat sini. Masa jalan2 kat town tu, aku stone lagi masa tu. Dalam hati aku cakap "Kalau nak jalan kat bandar, tak yah dtg IoW pun takpe. Kat London lagi banyak kedai. Org dtg sini nak gi pantai". Tapi aku cakap dalam hati je le. Tak berani nak mengomel2. Pastu bila tengok suami aku baik yang amat, siap pelawa aku masuk kedai baju segala, aku pun sejuk hati. Mmg nasib kami baik, ada kedai MKOne tengah sale gila2 sbb nak bankrap. Aku sambar winterjacket selai dan summerjacket selai. Murah giler. 90% discount! Aku rasa tuan kedai tu nak bagi free je semua stok2 baju yg ada tapi takut lak ramai sangat yang serbu jadik dia pun charge le sikit2. Hahaha.

2nd day - Hari ni hubby bawak kami tour pulau. Tapi tak sempat tour semua sbb masa tak cukup. Kami naik bas, dok tingkat atas sbb boleh tengok pemandangan. Kami beli one day pass, 10 pounds sorang boleh pegi mana2 ceruk kat pulau ni. Bus pass tu selain boleh naik bas biasa (southern vectis), boleh jugak guna utk naik bas pelancongan (open top bus) dan naik train comel (dotto train) ala2 train zoo dalam iklan KFC dulu2 tu. Puas hati le sbb boleh naik macam2. Terima kasih suamiku. Alia suka naik dotto train tu. This is a good way to explore the town sbb dotto train ni berenti kat tiap2 tpt pelancongan. Setiap town ada dotto train masing2. So tak yah jalan kaki. Kalau naik bas, tak practical lak nak explore dekat2 je. Dah abih naik dotto train kami catch bus nak balik ke hotel pulak.


Dotto train


Ventnor


Sandown



Oh, lupa nak bagitau yang kami makan kat Morrison's Cafe. Ada offer. Meals for 2 hanya 7pounds lebih termasuk drinks. Kira murah la sbb kat tempat lain, satu fish n chip je dah 6-7 pounds. Kat sini siap dapat 2 set siap dgn air skali. Balik dari IoW, kami lepak2 kat Clarence Pier di Portsmouth. Alia suka le ala2 ekspo nih. Pastu pekena fish n chip sekali lagi sebelum bertolak balik ke Ascot. Singgah kat Services (kat Msia panggil R&R), pegi McD makan cheesy balls n McFlurry. Konyang den.....

Ni masa singgah kat Clarence Piers






Tamat le percutian buat kali ini...



SIRI 3 : RUNNYMEDE PARK

8 APRIL: PICNIC AT RUNNYMEDE PARK
Hari ni sebab cuaca sangat best, so hubby ajak lunch kat park. Disebabkan aku baru lepas masak aku setuju je. Rugi kalau tak kuar rumah masa hari cerah camni. Apalagi aku pun masukkan semua lauk-pauk dalam bekas, terus ciao. Mula2 ingat nak gi park yg dekat2 je cam kat Virginia Water ke Sunningdale ke tapi pastu aku decide nak ke Runnymede Park pulak. Sebabnya aku tak penah pegi sana. Lalu je depan park tu. Tengok macam cantik je.

Memang cantik rupanya. Ada sungai, taman permainan, field, tempat mancing, boat ride etc. Berbaloi la kami datang hari ni. Best sekali-sekala makan luar camni. Cantik sungguh pemandangan hari ni.
Masa tu terasa nak freeze masa sekejap. It was a perfect moment.


Sebelum makan posing dulu

Terimalah hadiah pemberian adinda, sebotol air buat penghilang dahaga

Hah, makan betul2. Kalau tak abis tak boleh balik. Tinggal kat sini.

Hari yang indah


Kan best kalau hari2 cerah camni....emm wishful thinking.



SIRI 4 : HOLLAND

3 April 2009 : HOLLAND

Malam sebelum berangkat aku tido 1 jam je sbb sibuk masak2 utk bawak bekal. Pastu kena bangun jam 3am. Aku masak nasi goreng, buat mushroom omelette, ayam goreng, sayur campur, chicken filling for pita bread etc. Kena bangun awal sbb nak bertolak 4.30am. Nak kejar train kat Liverpool Street jam 6am. Pastu naik kapal jam 8am. Dah siap semua, kami pun berangkat.

Malang tidak berbau, kami sangkut kat M25. Ni bukan sangkut biasa2 tau...ni betul2 sangkut. Jam giler....sungguh giler sehinggakan keta tak bergerak langsung, highway tutup. Kami takleh patah balik sbb keta melambak2 kiri kanan dpn belakang. Semua org terperangkap. Siap matikan enjin keta bla bla bla. Hati dub dab dub dab takut tak sempat sampai, nak kejar kapal lak. Dari setengah jam jadi sejam, jadi 2 jam..akhirnya deka
t 3 jam kami kat situ! Perjalanan yang patutnya 2 jam jadi 5 jam lebih!! Dalam hati mmg frust giler yang amat. Penat je bangun awal2 pagi, penat je masak banyak2. Tapi aku perasan yg aku agak cool jugak la. Kenapa ek? Mungkin sbb hubby ada kat situ, tenang le sikit rasanya. Kalau tak, maunya aku menjerit atau nangis sorang2. Dari gelap malam sampai ke cerah pagi kami kat situ. Terlepas kapal le jadinya.

Nak marah pun tak tau nak marah kat sapa. Dah terlepas kapal hari tu, kami kena naik kapal esoknya. Kena bayar extra 50pounds. Pastu nak balik umah, jauh. Lagipun takut jam lagi kat highway esoknya. Makcik keciiiwa! Dah le percutian bajet, ada lak perbelanjaan luar jangka nih. Haiyooo. Hubby aku cakap, ada le hikmahnya tu. Apa hikmahn
ya? Hmm hikmahnya kami dapat tido hotel hari tu. Takde le hotel glamer mana pun. Premier Inn je. Tapi puas hati le sbb harganya 49 pounds semalam tapi biliknya best. Besar, selesa dan cantik! Mmg hikmah betul la. Walaupun duit melayang tapi we had a good time there. Bak kata iklan Mastercard - life is priceless, cewahhh. Pastu kami jalan2 sekitar Harwich tu. Pegi pantai, pegi shopping etc. Hikmah le tu namanya.

Alia having her 'me-time' at Harwich

Really love this one. Yeah, one for the album!

In the hotel room at Premier Inn.

At Harwich International Port

Esoknya kami naik kapal. Terubat kecewa smlm bila tengok kapal yang gigantic tuh. Mmg jakun kejap. Aku recommend sapa2 yg nak gi Holland try le naik kapal Stena Line ni. 7o pounds sorang, return (harga termasuk train dari London Liverpool Street Station/train dari East Anglia, kapal dan train ke mana2 station di Holland). Jangan lupa amik cabin. Best sebab cabinnya ada katil, meja, kerusi dan en suite bathroom lagi. Cabin bayar extra. Tapi berbaloi. Kat dalam kapal ni ada cinema, playroom utk budak2, 2 restaurant, shopping area ( perfume, mekap, rokok etc murah kat sini). Ada gak sikit2 baju, beg, spek designer labels tapi tak le banyak.

The ship - Stena Britanica by Stena Line

In the cabin- note the foods...we will never go hungry

Like father like daughter?

The alleyway

In the restaurant

Sempat gak kami tido sejam dua pastu bangun merayau2 dalam kapal, kuar amik gambar dan aktiviti2 yang seangkatan dengannya. Alia layan tengok citer katun kat playroom. Kalau datang masa school break, Stena Line siap sediakan clown dan mascot utk layan bebudak ni. Masa inward journey, mmg ramai org. Outward journey, tak ramai orang dan kapalnya lagi cantik. Restaurantnya lebih besar, playroom banyak barang2 utk budak2 ni conteng2 dan cabinnya marvellous! En suite bathroomnya cantik. Si Alia siap mandi sambil gosok2 lantai lagi, jadik amah tak bertauliah kejap.

Outside deck


Three of us, together


Alia with Curious George-the mascot

Me and my baby

Always know where you are going...kang sesat

Alia and ayah at the video arcade

Alia scribbling down and playing around at the kid's playroom

Time for lunch!!

Perjalanan naik kapal dari Harwich ke Holland dalam 5-6 jam. Bunyi macam lama je kan. Tapi sebenarnya tak terasa masa berlalu! Sedar2 eh, dah nak sampai? Memang tak terasa letih. Lepas tido, mandi, jalan2. Pastu disembark. Turun kapal muka fresh je. What a great journey!

Holland , here I come!

U know what this means? Well, I don't..

Here we are... in Holland.

Welcome to Holland!
Kawan aku yg sangat baik hati, Salmah (nama manja Ama) menunggu kami kat train station. Percutian ni mmg kami tak plan sebenarnya. Sejak last year Ama ajak aku gi umah dia kat sana. Banyak kali dia ajak. Pastu this time Ama kata bulan Jun ni dia nak balik Msia dah. Ni je peluang nak datang. Baik datang sekarang, lagipun tulip2 dah nak kembang. Kebetulan pulak hubby aku datang so kami pun pegi le ke sana. Ama ni kawan aku dari matrik lagi. Dia mmg baik hati. Mak bapak dia pun baik (sebab tu le dia baik). Aku ingat lagi masa aku tido umah Ama,(masa tu aku umur 19 taun), ada satu malam tu jam 3am, mak Am
a bangun suapkan aku ubat batuk sbb aku dok terbatuk2. Masa tu aku dah besau. Rasa mesra sangat bila mak dia suap camtu. Aku rasa last time org suap aku masa aku umur 4 taun kot (tidak termasuk suapan oleh suami okey sbb masa tu aku belom kawin lagik).

Sepanjang kat sana, Ama dan suaminya Azmi melayan kami dengan sangat baik. Makan, tido, jalan2 semua diorang uruskan. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa korang tu. Alia seronok sakan sbb ada geng nak main. Puas le dia bergelak ketawa ngan abg Naqib dan Pika. Sampaikan bila masa nak balik, dalam train dia cakap "I miss my fren. Abg Naqib and other one". Dia selalu lu
pa nama Pika. She refers to Pika as "my other one fren". Dah balik umah baru tau sebut Pika. Suka dia tengok gambar Pika kat dalam komputer.

Alia and Pika

Seems Alia is ready to be a kakak, isn't she?

Our wonderful host, Ama and Azmi

1st day kami ke taman tulip, Keukenhoff. Taman ni buka dari 19 March-21 May je. So pada saper2 yang teringin tu cepat2 datang. Kalau terlepas tunggu taun depan lak. Masa kami sampai tu tak banyak lagi bunga kembang. Tapi ok la sbb tamannya besar dan selain bunga ada lagi mende2 lain yg menarik cam tasik, windmill, persembahan burung etc. Seharian jugak nak menjelajah taman ni. Kurus la kejap kaki makcik asik berjalan je. Balik dari sana kami singgah kedai Turki. Makan ayam goreng ala KFC dan burger. Best, hilang jap kerinduan nak makan burger. Ok, ni gambar2 kami kat taman tulip tu. Saksikannn....

At the entrance


Aaaahhhhh.......


Georgous looking petals

Putih, suci murni

Fierry red tulips




Love is in the air...

My heart melt



Why a long face, Alia?






They are gorgeous, aren't they? I mean the tulips, not orang2 in the pic.


I could be here forever




So beautiful, could be mistaken for Japan.


The fountain


Me and my ever permanent job- tolak pushchair


Alia and abg Naqib at animal farm, chasing all those animals

Windmill (reminded me of the windmill gheeblend tv ad).

Once upon a time, the Dutch use the windmill for all sorts of thing - anything, you name it.

Pastu kami gi Botanical Garden, dipanggil Hortus Botanicus. Hubby aku suka la bab2 lawatan ilmiah ni. Teruja dia nengok pokok2 yg dia penah baca dan penah ajar kat student. Sempat lagi tu soal aku pasal pokok2. Maklum la kami ni sama2 dalam bidang botany. Ada yg aku dapat jawab tapi banyak yg aku dah lupa. Last time belaja pasal pokok ni taun 2002. Dah 7 taun tinggal, dah berkarat.

The entrance to Hortus Botanicus

Rows of plants

Hortus Leiden 1977

The famous Linnaeus. A must-known figure for botanist.

Lepas abis sessi amik gambar dan megganggu-gugat katak ngan ikan kat taman tu, we headed to Leiden town. Pekan ni aman damai, ada tempat piknik tepi sungai dan yang paling best kat Holland ni merata2 boleh jumpa basikal! Sana-sini org naik basikal. Pelbagai rupa, bentuk dan saiz. Minah elegant skirt pendek ngan spek Prada pun naik basikal, jejaka ensem pakai kot siap ngan tie pun naik basikal. Pastu kat basikal tu, ada pulak diletakkan kotak macam2 bentuk dan saiz untuk budak2 kecik. Ala2 beca tapi versi moden. Ada gak yang letak kotak ala2 keranda kecik, ada gak kotak mcm bot, siap ada kerusi kecik lagi. Amazing! Seronok aku tengok. Lucu pun ada. Tapi yang pastinya aku terpegun.

An evening in Leiden




2-storey bicycle parking

At Leiden Central, waiting for our train to Amsterdam

The 2-storey express train

2nd day pulak. Hari ni kami naik train ke Amsterdam, pastu naik bas ke Volendam. Volendam ni ada banyak seafood best2. Kami makan kat satu restaurant depan laut. Meriah. First time aku merasa makan kibbeling. Kibbeling ni sebenarnya pieces of cod yang dimasak battered style. Lepas makan Ama dan Azmi tunjuk tpt2 nak menyopping. Kami bernasib baik sbb ada satu kedai ni mmg murah. Sempat le aku beli ole-ole utk keluarga di Msia dan kawan2 kat London. Takde apapun sangat, beli mug ngan fridge magnet je......suami aku belikan Alia singing bird dalam cage (burung plastik je) sebab dah lama dia mintak burung. Masa nak gi Holland hari tu, dia menangis suruh ayahnya tangkap burung kat Harwich. Dia cakap "I want to bring it home". Ish...ingat senang ke nak tangkap burung? Hapa raaa....

Wooden shoes, amongst Dutch traditional heritage

Ayah and Alia at Volendam

Ama and family in Dutch traditional costume

An afternoon in Volendam

Balik dari Volendam, kami singgah tinjau2 bandar Amsterdam. Amik2 gambar sana-sini pastu naik train balik Leiden. Sempat lagi singgah kedai kebab tu. Yang menariknya kebabnya diletak dalam giant burger bun. Tapi bukan roti burger biasa, liat sikit tapi sedap. Aku suka (aku ni semua makanan pun suka). Sempat jugak makan Swirl's iaitu coklat-starwberry ice-cream yang diletak 8 ramuan lain sebagai topping. Boleh pilih apa2 je mcm kacang, white coklat, milk coklat, fresh melons/strawberries, waffle pieces, smarties dan macam2 lagi. Pastu balik umah Ama, makan lagi! Mana boleh tolak, beb. Memang boncit perut asik makan je.

Amsterdam's version of Trafalgar Square

Penarik beca versi moden

Amsterdam, the heart of Holland

At Rotterdam Central

Amsterdam's famous shopping area

ICE (InterCity Expres) - fast train to Germany

Esoknya kami bertolak balik ke London. Sedih sbb dah berakhir percutian yang menyeronokkan ni. Tapi pada masa yang sama excited sebab nak naik kapal lagi. Yihaaaaaaa!!!!
At Hoek van Holland

My hubby suddenly interested in Dutch political crisis? Oh, nooooo!

Having the final taste of kibbeling before leaving Holland

All good things must come to an end.....so did our vacation. I treasured every single moment of it.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :