Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 27 November 2008

Periuk belanga


Semalam masa amik Alia, aku borak2 sambil makan laksa Kelantan, Maswa masak. Tiba2 keluar isu periuk belanga. Selama ni aku dok pakai set periuk dari Argos. 10 pounds je satu set. Tu je yang mampu...maklum la student. Paham2 la bila harga murah tu, kualiti memang hancur! Nak dipendekkan cerita, aku dengan jayanya telah membeli satu set periuk belanga jenama Tefal daripada Maswa. Maswa beli kat kilang. Aku rasa berbaloi la sebab kalau beli asing2, satu periuk je dah dekat 20 pounds. Kiranya kalau beli kat high street (kedai2 kat bandar) lebih 80 pounds satu set. Kilang ni kat Ascot, dekat umah aku tapi aku tak penah tau pulak. Kalau ada sapa2 yang berkenan, bgtau aku ye. Aku jual kat korang 50 pounds. Hahhah, mesti amik untung, maaaa. Makcik kayo!

Tuesday, 25 November 2008

Sahabat

Baru je kejap tadi aku terjumpa blog Sheri. Sheri ni roomate aku kat UiTM. Teman gossip-gossipan. Dulu dia penah tulis kat blog lama di frenster, bgtau yg dia ada satu lagi blog. Tapi aku tak penah bukak. Lama-lama lupa. Hari ni terjumpa, suka la aku. Aku suka gaya penulisan Sheri. Ni yang buatkan aku nak tulis lam English jugak nih. Takpe la, aku tulis English lam blog Life is Beautiful dah le. http://asmida-ahmad-alia.blog.friendster.com/

Sheri, apa kabar dikau di sana? U lovely Aussie gurl! Dah jadik Aussie girl ke?

Perancangan

Tajuk macam bagus je, kan? Bukannya perancangan apa pun. Perancangan makan2. Pagi ni aku gi refectory, beli tiket utk Xmas lunch. Majlis ni 19 Dec nanti. Hari terakhir sebelum cuti panjang utk Christmas. Sebenarnya aku tak minat nak pegi tapi Sofia cakap selalunya semua org ada termasuk supervisor. Elok la tunjuk2 muka katanya. Aku pun ikut je le. Boleh la berkenal-kenalan. Ramai yg aku tak kenal. So aku fikir ni le masanya nak kenal orang. Ni menunya.
Starter :Smoked Salmon with a Crisp Baby Gem Salad With Lemon & Dill Flavoured Cream Cheese
Main : Baby Spinach, Lentils & Goats Cheese Filo served with Crunchy Roasted Potatoes, Honey Glazed Carrots & Parsnip, Spiced Red CAbbage, Buttered Brussel Sprouts with Roasted Chestnut & Lemon, Sage & Onion Stuffing & a Rich Gravy.
Dessert : Homemade Christmas Pudding with Brandy Cream, Freshly brewed Coffee

Macam best je, kan? Tapi aku nak kena mintak tukar cream utk pudding tu la. Brandy tu alkohol, kan? Ke mende lain? Aku tukar ngan custard je la. Dulu aku tengok menu beef tomato. Aku cakap aku tak makan beef pastu org kedai tu cakap "Oh, beef tomato is a tomato...a large kind of tomato". Oh, baru aku paham. Ingatkan dalam tomato letak beef...heheheh. Dalam blog ni, seboleh-bolehnya aku tak mau cakap English, aku nak tulis bahasa Melayu je. Kalau kadang-kadang tertulis sepatah dua bahasa omputih tu, maafkan hamba, ye. Tapi dalam sesetengah perkara aku tulis English je ok. Malas nak translate. Tapi aku cuba la sedaya-upaya menulisnya dalam bahasa Melayu jati. Kuang kuang kuang.

Ok, balik kepada perancangan :
  • 19 Dec- Xmas lunch, carol singing, fun walk
  • 22 Dec- Children Xmas party. Semua Silwoodians yg ada anak kena datang. Banyak aktiviti utk kanak-kanak termasuk tukar2 hadiah dan macam2 lagi.
  • 1-3 hari jalan2 ngan Sofia. Nak bawak Alia, Dania, Jaja dan Rumman makan angin. Tak tau lagi nak gi mana sejuk2 ni. Paling tidak bawak diorang pegi Windsor Park atau theme park kat Prince Charles Shoping Mall, Windsor. Atau berenang kat Bracknell.
  • 1-3 hari jalan2 kat London ngan Ida. Aku dah suruh Ida tinjau2 tempat nak jalan2. Pastu kalu jadi nak gi shopping masa Boxing Day. Tapi kesian pulak kat Alia sebab tak boleh bawak budak time sale. Org sangat la ramai.
Lepas cuti Xmas, aku kena pulun siapkan data fieldwork aku. Pastu buat report. Pastu submit, pastu boleh bernafas dengan aman.



Monday, 24 November 2008

Kursus lagi

Kena hadiri kursus ISI Web of Knowledge. Janji nak jumpa Ida sebab dia pun amik kursus sama. Pastu kami naik bas, singgah MSD jap. Lunch. Aku makan kari ikan, sayur kobis dengan tauhu. Sedap jugak. Tapi yang paling sedap ialah sambal belacannya. Oh, meleleh air liurku sambil tulis nih. Ida makan ikan sambal, kacang goreng, kobis ngan tauhu. Ikutkan hati mau je aku beli bungkus sayur yang ada tauhu tu. Tapi memikirkan lepas tu kami dah plan nak gi kedai Cina, aku tak jadi nak bungkus. Aku beli je tauhu pastu masak sendiri. Boleh makan hari2. Hahaha.

Dah kenyang perut , kami pegi Oriental City (kedai Cina tu). Tujuan utama nak beli kicap tapi kecewanya sebab abis stok la pulak. Yg ada kicap masin. Aku nak kicap manis. Hmmm...takpe la. Takde rezeki. Beli tauhu, fishball dan asam (plum). Dah seminggu aku bercadang nak masak pak choy ngan fishball. Pastu sup fishball letak tauhu, pastu sayur campur letak fishball ngan tofu. Pendek kata sepanjang minggu ni aku makan fishball je le. Lepas tu muka pun bulat macam fishball.

Dah abis shopping kami naik bas, sambung perjalanan ke South Ken. Teman Ida gi NatWest jap. Pastu terus masuk library (kursus ni kat Central Library). Bagu
s jugak aku pegi kursus ni. Selama ni aku pakai ISI ikut suka hati je. Sekarang baru tahu kelebihan2 ISI yang selama ni aku tak pernah explore. Habis kursus kami terus naik bas balik ke Acton, lepas smayang Maghrib aku terus balik umah.

Sampai umah Maswa, dia pelawa aku makan kek coklat yg
dia buat. Aku terima pelawaannya sebab tak elok kan tolak ajakan org. Bila aku ke dapur, alamak! besarnya kek dalam piring tu. Aku pun makan la. Dalam hati aku terpikir jugak, camana la aku nak kontrol makan nih....tapi sebab kek tu sedap, aku tepis kata2 dalam hati aku. Haa....nafsu berkuasa lagi hari ini.

Alia pulak sibuk dok tunjuk hasil kreativiti dia kat sekolah hari ni. Cantik jugak bagi budak 3 tahun. Ada sikit2 unsur Oriental. Hahahah. Tengok la, cantik tak?

Pastu Alia bagitau yg hari ni birthday ayah Husna. Husna umur 4 tahun, lebih kurang Alia. Alia cakap "Husna bagi present kat birthday ayah Husna" Tunggang-terbalik ayat anak aku ni. Sebenarnya dia nak cakap yg Husna bagi hadiah kat ayah dia sempena birthday ayah dia.

Malam ni dia tido awal sebab aku tak bagi dia pakai komputer. Selalunya dia takluk laptop ni. Malam ni aku berkuasa sebabnya aku nak skype ngan Sufi dan Ida. Ada perkara serius nak dibincangkan. Lama jugak kami borak. Aku kesian sangat dengan dia. Aku tahu dia buntu. Apa yang mampu aku beri ialah sokongan dan kata2 semangat. Aku cuma harap Sufi sentiasa tabah dan diberikan apa yang terbaik untuknya di masa hadapan. Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak. Kenapa Allah tak bagi? Mungkin kerana apa yang kita nak tu bukan yg terbaik utk kita. Atau dia nak kita berusaha lebih gigih. Aku harap Sufi tabah dan redha.

Sunday, 23 November 2008

Christmas Fair










Semalam, sekolah Alia anjurkan Christmas Fair. Aku sampai kat sekolah dia 30 minit sebelum acara tamat. Seronok jugak sebab banyak aktiviti utk kanak-kanak. Alia dapat hadiah buku dari Santa, pegi face painting, makan kuih-muih dan jumpa kawan-kawan. Ada satu acara tu, anak2 pilih hadiah utk ibu bapa. Macam-macam barang disediakan atas meja. Selepas pelajar pilih hadiah (kena bayar 1 pound), cikgu akan tolong pelajar balut. Lepas tu pelajar hadiahkan pada ibubapa. Pandai pulak Alia pilih hadiah utk mamanya. Nak tau apa? Tengok kat bawah.
Jeng jeng jeng......!!!




Skincare set terdiri daripada body wash, body scrub,body lotion dan hand cream. Pandai anak aku ni...... Lepas tu: face-painting. Alia nak muka harimau. So lihatlah aksi2 Alia semasa disolek. Lepas dah habis semua tempat kami jelajahi, kami pun balik. Harimau tertidur keletihan dalam kereta.

Thursday, 20 November 2008

Penat



Aku penat la.....sejak 2-3 hari ni aku tak semangat nak buat apa2. Nak pakai lipstick pun malas. Hari ni masa kat lavatory (heheh...bahasa canggih) aku terpandang cermin. Terkejut aku tengok muka sendiri. Pucat macam apa ntah. Aku takde semangat nak buat apapun. Banyak keja tapi aku tak tau nak start kat mana. Kain banyak tak berlipat, baju kena basuh, rumahku bersepah2 dan tong sampah aku dah penuh. Kalau buat kejap je tapi aku takde semangat la. Sebab cuaca ke? Ke apa? Aku dok ingat lengan suami aku je....hahahah. Sebabnya kalu suami aku ada, aku suka bercakap sambil peluk lengan dia yg besar tu. Aku rasa aku penat sebab aku takde kawan kot sebab kat ofis aku sorang2, kat umah ada Alia tapi dia budak, kan. So takde tempat aku nak borak2. Aku ni dah la jenis suka bercakap. Ok la...nak tido dah, esok kena gi South Ken, aku jadi demonstrator. Nak kena bertolak jam 7.30am. Adoiii...nak kena bangun jam 6.30 nih. Kena hantar Alia pastu balik semula ke kampus sebab janji berkumpul jam 7.30am ngan member2 Pakistan. Aku naik ketapi ngan diorang. Jangan la aku terbabas, bangun lambat esok. Mata aku ngantuk tapi kenapa aku tak nak tido ni...tolonnnnn

Sementara tu, layan la antara lagu2 yg sentiasa aku dengar time2 camni. Lagu Siti dan Michael Buble. Yang paling aku suka ialah lagu dari
Sara Barailles. Aku ngan Alia sama2 suka. Tapi tak dapat nak upload kat sini. Tengok sendiri la kat youtube okay. http://uk.youtube.com/watch?v=MR5xv3pt7KI Best tau! Kalau dengar lagu ni mesti Alia buat gaya macam org main piano dgn profesionalnya.





Wednesday, 19 November 2008

Girl's Day Out






























































































































2 hari lepas (Rabu) aku tak hantar Alia pegi umah Maswa. Nampak dia macam tak sihat. Kemudian tengahari tu dia nampak macam ok sikit, aku hantar dia pegi skolah. Lepas hantar Alia, aku singgah kedai jual uniform sekolah. Dah lama aku nak beli barang2 sekolah Alia tapi tak berkesempatan. Beg sekolah dia Maswa bagi. So hari ni aku beli jumper dan jacket untuk Alia. Sebab aku beli ialah : (a) Aku baru berkesempatan, (b) Cikgu Alia hantar reminder yg semua pelajar digalakkan pakai uniform sekolah. So aku beli la. Semua sekali 25 pounds. Hmmmm.

Lepas tu aku pegi bank kat Egham, buat macam2 urusan. Aku nak cancelkan direct debit, nak bank-in cek dari DVLA dan nak tukar no pin. Sebab masa register kad aku utk top-up hp, aku dengan selambanya bagi no pin debit kad aku. Gila ke? Masa tu tak pikir panjang. Lepas tu cepat2 tukar. Bahaya wooo.

Lepas tu masuk Oxfam. First time aku masuk masa ngan hubby aku bulan Feb lepas. Masa tu kitorang tengah nak jumpa estate agent kat Egham nih. Nak carik umah. Kat kedai tu kitorang beli jaket utk Alia. Warna pink tapi besar sangat so tak muat Alia pakai. Hari ni aku beli skirt, cardigan dan jeans utk Alia. Pastu satu tops utk aku. Dan satu kiddies baking set utk Alia.

Kemudian aku call K Mas nak bgtau pasal no tipon baru aku. Dia kata dia kat umah K Izan, tengok cite hantu. Dia ajak aku join. Sungguh2 dia ajak, aku pun apalagi pegi la. Lagipun nak tunggu amik Alia sejam lagi. Nak balik serba-salah. So aku gi umah K Izan. Best jugak cite Susuk tu. Aku tengok pun sekerat je. Lepas tu gi amik Alia. K Izan ikut aku. Balik tu kitorang sambung tengok citer Sepi pulak. Sambil2 makan2 murtabak dan kuih. Pastu makan nasi pulak. Alia makan banyak. Suka betul dia makan masak lemak kobis. Ada ayam goreng, telur dadar dan kari ikan mamak style. Seronok tengok dia makan.

Aku pulak dah mula makan sensibly. Sebelum ni makan gila2. Kalau tak 2 pinggan memang tak sah. Memang lapar je. Tak kenyang2. Dipikir2 balik, sekarang dah lebih 3 bulan since aku cucuk2 tu. So sekarang hormon tu dah takde dalam badan aku sebab tu nafsu makan aku dah kembali normal. Aku nak kurus balik. Lepas cucuk hari tu, berat aku naik hampir 6kg!!! Ngerinya. Aku nak pakai balik baju2 aku....

Lupa nak cakap, masa hantar Alia, aku mintak cikgu dia, Mrs Galbraith utk ambilkan gambar Alia kat nursery. Gambar Alia sorang je sebab kat UK, tak boleh amik gambar budak2 lain. Privacy policy kononya. So nampak la macam Alia sorang2 je kat situ....

Tuesday, 11 November 2008

Alia dah sihat

Hari ni aku bawak Alia pegi King's Corner Surgery (klinik kat sini dipanggil surgery). Pegi dengan Sofia sebab anak dia pun dua-dua tak berapa sihat. Tapi Dr tak prescribe apa2 pun. Selalu memang macam tu. Kat UK ni, Dr tak suka bagi ubat untuk kanak-kanak.Kalau boleh Dr mahu sembuh secara natural. Antibiotik diberi hanya bila sangat perlu. Dulu kalau aku bawak Alia pegi klinik pun, Dr akan suruh banyakkan rehat sahaja. Paling terer pun dibagi paracetamol. Lepas jumpa Dr, Sofia kata Dr tak bagi apa-apa ubat untuk anak-anak dia; Rumman, 5 bulan dan Jaja, 2 tahun. Untuk Alia pulak, Dr kata Alia susah bernafas. Alia sakit perut sbb dia bernafas pakai perut, bukan dada sebab dada dia dah penuh phlegm. Sebab tu perut dia sakit. Jadi Alia kena pakai Paediatric Volumatic, fungsinya macam aero-chamber. Alat ni untuk dipakai bersama inhaler. Ada 2 jenis iaitu ventolin dan beclometasone. Kena pakai 2 kali ganda dari dos biasa sebab Dr nak bagi Alia bernafas dulu. Lepas tu baru pakai dos normal seperti tertulis kat kotak. Ventolin ni Alia biasa pakai masa kat Malaysia tapi beclometasone ni tak pernah. Lepas tu Dr prescribe antibiotik.

Balik dari klinik, aku pergi farmasi
(kat sini dipanggil chemist), amik ubat. Sistem kat sini, Dr hanya boleh bagi precsription, kemudian ubatnya kita ambil dan bayar kat chemist. Ubat free bagi yang berumur bawah 16 tahun, warga tua atau ibu yang baru bersalin. Yang lain-lain kena bayar. Lepas makan ubat Alia terus tidur. Petangnya Alia dah sihat. Gembira aku rasa. Suka sangat tengok dia kembali boleh bangun dan bercakap. Tengok gambar tu, siap main-main dengan blocks dan toys dia tu. Petangnya aku ada perjumpaan dengan cikgu Alia. Hari Perjumpaan Ibu-Bapa. Cikgu terangkan mengenai perkembangan Alia kat sekolah dan juga expectation dari ibu-bapa. Nampaknya aku kena mula bacakan buku untuk Alia mulai malam ini. Sepatutnya dari Rabu lepas lagi tapi aku tak sihat masa tu. Cikgu Alia bagi buku untuk aku baca bersama Alia dan aku kena tulis respond Alia terhadap buku tu. Ada ruangan untuk komen ibu-bapa dan juga ruangan untuk Alia tulis sendiri. Nanti bila Alia dah tulis/conteng dalam buku tu, aku masukkan dalam blog. Malam ni aku nak mula baca buku tu untuk dia.

Monday, 10 November 2008

Not Well

Mulanya aku rasa tak sihat. Rasa seram sejuk. Aku gagahkan diri bawak kereta untuk hantar Alia ke rumah Maswa. Lepas tu aku balik rumah dan tidur sepanjang hari. Sedar2 je dah jam 5pm, kena pegi amik Alia pulak. Balik amik Alia aku tidur lagi sampai jam 10pm, lepas tu baru aaku bangun dan bagi Alia makan. Rasa sakit kepala dan sejuk semacam. Kemudian Alia pulak demam. Yang merisaukan aku ialah dia demam waktu malam. Hari tu 39.3C. Muka dia jadi merah sebab panas. Waktu siang dia ok je. Sihat. Aku memang risau. Tidur pun tak lena sebab takut suhu badan dia naik tengah malam. Tidur-tidur ayam je. Sepanjang malam dok letak air kat kepala dia. Hari ni Alia tak pegi sekolah. Aku nak bagi dia rehat kat rumah. 2 malam dia macam tu. Ingatkan hari ni dah ok. Hari ni, siang lagi dah panas badan. Dari siang dia tidur. Bangun sekejap, mengadu sakit perut lepas tu tidur balik. Aku dah letak ubat kat perut dia. Dia tak lalu makan tapi minum susu seteguk dua. Pelik jugak sebab selalunya dia tak suka susu. Selalu dia minum air kosong je. Kesian anak aku. Aku sanggup biar aku je yang sakit sebab dia budak, kesian sungguh tengok dia macam tu. Bila anak sakit, aku pun jadi semacam, tak tau nak buat apa.

Bonfire Night

Hajat di hati aku nak gi London, tengok perarakan Lord Mayor's apa ntah. Ada perarakan dan bunga api. Tapi memikirkan Alia tak berapa sihat dan aku pun tak sihat sangat, aku dok rumah aje. Malamnya Sofia call, tanya aku nak pegi ke Bonfire Night ke tak? Memandangkan pertunjukan bunga api tu dalam kampus, 5 minit jalan kaki je, so aku bawak la Alia pegi. Lagipun aku tahu Alia suka bunga api. Teringat aku masa kat Malaysia, suami bawak aku ngan Alia tengok bunga api kat Putrajaya. Seronok!

Malam ni dipanggil Bonfire Night/Guy Fawkes Night. Diorang buat unggun api besar2 setinggi bangunan 2 tingkat pastu bakar orang-orangan. Kemudian ada pertunjukan bunga api. Lepas puas tengok api, kami singgah umah Sofia. Alia nak main dengan Dania. Lepas tu Dania pulak pegi rumah aku. Budak2 ni memang suka kalu jumpa satu sama lain. Maklum la kat sini tak ramai budak. Tu je le circle of friends diorang selain kat sekolah.

Open house





Banyak jugak aku dapat jemputan Open house. Lepas sembahyang raya kat Royal Holloway University, aku jumpa Zamri. Dia ajak pegi rumah dia. Aku pun pegi dengan Sofia lepas sembahyang raya tu. Sebelum tu, nak cerita pasal org Arab. Masa kat masjid tu ada ramai sangat org Arab. Semuanya bergaya-gaya. Kasut tumit tingginya ala2 artis, jam yang mereka pakai penuh diamond2 gitu. Aku tak tau mana datang org2 Arab ni sebab aku tak pulak ternampak diorang kat sekitar Ascot/Egham nih. Diorang duduk kat kawasan org kaya kot. Ascot dan kawasan sekitarnya ni memang ala2 posh area gitu. Jangan terkejut, Phill Collins (ke Elton John?) dok kat sini, pastu dorang cakap Julia Rais dok kat Virginia Waters, Sultan Pahang dok kat Ascot sebab ada istana hinggap kat sini beserta kerabat2nya. Sebab tu le rumah kat Ascot mahal giler. Aku jugak yang teraniaya. Selalu gak berharap agar orang istana tiba2 ajak rakyat Malaysia Ascot ke tempat mereka, makan-makan. Mana tahu, depa jadikan aku keluarga angkat ke...hehehe.

Sambung pasal open house, kat rumah Zamri (isterinya Maswa), kami dijamu lemang, rendang, laksa Pahang dan kuih-muih. Masa tengah makan, Kak Mas call ajak pegi umah dia. Aku bawak Sofia sekali ke rumah Kak Mas. Dia masak lontong, rendang ayam dan lain-lain. Rumah ke-3 hari tu aku ke rumah Ida di Acton. Dia ni memang terer bab2 masak. Ada nasi himpit rendang ayam, kuah kacang dan yang paling aku suka ialah sambal ikan bilisnya. Memang lain daripada yang lain. Aku rasa kalau aku hidup makan nasi putih dengan sambal ikan bilis Ida je, dah cukup. Memang best. Aku siap amik resepi lagi.

Kemudian kitorang ke Open House Malaysia High Commission. Pertama kali aku drive masuk ke Central London. Sekali masuk kena bayar 8 pounds. Pertama kali aku belajar nak bayar C-charge. Silap pulak tu. Nasib baik kesalahan aku kecik (silap satu nombor pada plate no keta). Bila sampai surat saman, aku call dan di cancelkan denda 50 pounds. Masa kat open house tu kami makan macam2. Alia paling suka makan sate. Siap melompat2 sambil cakap yahoo sambil makan. Aku pulak yang rasa pelik. Seingat aku kat Malaysia dulu dia takde le suka sangat sate. Mungkin sate ni familiar bagi dia kot. Mengingatkan dia pada Malaysia.

Malam tu kami tido rumah Ida. Bibik Sufi pun ada sama. Esoknya aku balik Silwood, kemas rumah sebab aku pindah dari tingkat atas ke tingkat bawah. Jam 3 pagi baru tido. Malam kedua aku tidur lewat lagi sebab nak settlekan rumah sebelum Ida sampai dari Malaysia. Aku punya la kepenatan sampai terlewat gi amik Ida kat airport. Maap sangat2. Kecewa betul aku. Kecewa dengan diri sendiri. Kesian Ida tu. Dah la pertama kali sampai UK. Aku tak sengaja. Memang penat giler.
Lepas amik Ida, aku bawak balik umah, makan. Lepas tu bawak dia gi amik kunci umah kat Hammersmith. Lepas tu gi tengok umah kat East Acton. Malam tu aku ajak Ida tidur umah aku. Aku takut dia sunyi. Esoknya aku bawak dia gi open house rumah kak Izan. Makan lagi. Ada nasi dagang, kari ikan tongkol, kari ayam, laksa Johor, kuih-muih dan macam2 lagi.

Beberapa hari selepas tu ada open house kat rumah Kak Mas, umah Maswa dan umah Kak Asma dan jugak open house kat MSD. Memang 1-2 minggu tu penuh dgn open house. Puas la makan makanan Malaysia yang dah lama tak ketemu. Hilang segala rindu kat makanan Malaysia.

Buka Puasa

Bulan puasa hari tu aku ajak geng2 Pakistan datang buka puasa rumah aku. Budak2 tu selalu ajak aku buka puasa kat tempat diorang. So kali ni sempena bulan Ramadhan, aku ajak diorang pulak. Banyak jugak aku masak-nasi beriani, kari ayam, sayur, sphaghetti bolognaise, nasi goreng (sebab aku risau nasi beriani tak cukup), roti canai segera, kek, kuih raya adik aku Yana kirim dari Malaysia. Lepas tu Dr Khalid bawak sebekas besar pakoras (kuih traditional Pakistan, macam jemput2 tapi agak keras dan pedas). Seronok la tengok diorang makan.

Malaysian Restaurant

Kalau tiba-tiba terasa nak makan makanan Malaysia ketika melawat Windsor Castle atau Legoland Windsor, datang le ke restaurant KERANAMU. Jumpa ni pun secara tak sengaja. Kawan aku, Senai nak balik Switzerland sebab dah abis buat attachment kat Imperial. So aku nak belanja dia makan. Dia kata nak makan makanan Malaysia. Aku cakap ngan dia takdenya kedai Malaysia kat tempat aku tu. Tiba2 TomTom tunjuk, ada! Aku pun terkejut. Kami semua excited. Tapi kedai Cina, so makan vegetarian food je le. Lagipun Senai ni memang vegetarian. Sesuai la tu. Kami makan tomyam sayur, sweet sour tofu, vegetable curry. Sedap sweet and sour tofu tu. Lepas tu Senai belanja kami naik merry-go-round ala2 London Eye tu. Best!

Carvival




Carnival ni dah lama, masa bulan puasa hari tu. Aku dan Sofia bawak anak masing-masing sebab nak bagi budak-budak ni happy. Kami masuk pertandingan buat costume pakai kertas. Ramai yang puji kreativiti aku buat kipas atas belakang alia. Macam costume raja-raja zaman dulu. Hehehe. Seronok budak2 tu. Makan macam2 jenis kek, main games, ada nyanyi2 lagi. Aku ngan Sofia dok telan air liur tengok makanan sedap2. Puasa beb...pastu Sofia cakap kita bawak balik la ye. Terliur sangat la. Aku pun apalagi setuju sangat. Dengan liciknya kami buat konon2 budak2 tu punya makanan. Simpan sebab tak habis. Sebenarnya simpan utk ibu-ibu yang kelaparan nih.

Jalan-jalan Seharian




Aku tido umah Ida, bertolak petang Jumaat tu. Malam makan nasi ayam panggang kat King's Kebab. Alia makan chips. Btw org UK panggil chips, org US panggil fries. Chips besar macam kentang goreng kat Nando's, fries macam yang McD punya tu. Esoknya lepas makan nasi goreng (Ida masak, aku kan tetamu, heheh), kami ke Portobello Market. Housemate Ida dari China, namanya Luna pun ikut sekali. Aku bawak Ida naik tube. Pertama kali Ida naik tube. Sejuk giler kat sana. Pastu siap hujan renyai-renyai. Sebab terlampau sejuk aku belikan gloves dan scarf utk Alia. Utk aku? Aku siap beli jaket baru lagik. Sejuk sungguh. Lepas tu kami makan kat restoran Malaysia ni. Nama kedainya MAKAN. Ha, memang makan betul. Aku order kueytiau goreng dengan teh o ais limau. Siap order dessert lagi-carrot kek. Ni le carrot cake paling sedap pernah aku makan setakat nih. Memang kelas A punyer. Ke aku yang lapar sebab tu rasa cam sedap sangat?

Lepas tu kami ke King's Mall. Aku beli handphone baru, Nokia N85. Dapat free sebab aku beli monthly package 35 pounds sebulan (lepas tu refund, tak sesuai). Lama jugak aku kat situ sampai aku naik bosan. Lepas tu pegi Sainsbury sebab Ida nak beli bahan-bahan utk research dia. Pastu pegi balik kat MAKAN restaurant tu sebab Sufi, Dila dan Faizah nak jumpa. Dila dan Faizah blaja kat University of Leeds. So, aku makan lagi. Kali ni laksa Singapore dan mee goreng dengan sweet sour chicken utk Alia (aku jugak yang makan esoknya). Tuan kedai ni org Terengganu. Melayu. So sapa2 yang pergi Portobello Market, sila singgah kedai ni. Rugi kalau tak singgah.

Ofisku

Kali ni aku nak tunjukkan ofis aku. Gambar kat tepi ni work station aku. Patut dalam bilik ada 3 org. Sarah tu org UK, duduk kat East London. Umurnya 35 ke atas kot. Dia jarang2 ada kat bilik sebab rumah dia jauh. So dalam seminggu dia datang1-2 kali je. Sorang lagi tu Alicia, budak Sepanyol. Memang budak lagi. Comel orangnya. Dia datang bawah biasiswa Erasmus. Buat projek setahun je. Aku rasa dia baru abis degree kot. So kiranya bilik ni aku la mendominasinya. Suka la aku kalau dua2 orang tu takde. Boleh aku buat bilik tu macam harta sendiri. Tengok tu, telefon atas meja aku. Macam harta aku sorang je. Hahaha.

Makan kebab Pak Arab



Ida bawak aku makan kebab kat King's Kebab di East Acton. Depan rumah dia je. Kami makan doner kebab. Ida belanja. Lepas tu aku bawak balik nasi dengan ayam panggang utk Alia. Sedap kebabnya. Memang banyak utk sorang makan. Tapi disebabkan aku lapar gila so habis jugak la. Terima kasih Ida....lain kali belanja la lagi. Hikhik.

Snow datang awal



Aku memang menantikan snow memandangkan ramalan cuaca menyatakan malam ni salji akan turun. Tunggu punya tunggu akhirnya aku tertidur. Esoknya bangun pagi, aku dikejutkan oleh panggilan telefon oleh Ida. Dia cakap "K As, kat sini salji tau!". Aku cepat2 bukak tingkap. Sah!! Salji dah turun. Alia seronok. Terus pegi ambil gloves dan boot. Tapi aku tak bagi dia main lama-lama sebab nak kena hantar dia ke rumah Maswa. Lagipun salji dah settled, bukan tengah turun. So tak best sangat nak main-main. Lagipun pagi ni aku kena pegi South Kensington, ada kursus. Kata sv aku, tak pernah lagi Snow bulan Oktober, memang jarang2 berlaku ni. Krisis iklim...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :