Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, 8 August 2009

Legoland

Hari Khamis lepas aku, Su dan our baggages head off to Legoland. Aku membayangkan tempat ni best gilo...tapi mungkin not my cup of tea kot (of course, it was meant for kids). Tempatnya sangat besar, menarik tapi yang tak bestnya ialah aku kena beratur panjang. Tu yang maleh tu. Kami pegi lak time cuti sekolah. Memang berduyun-duyun manusia kat sini.

Memang dari dulu niat nak beli annual pass bila suami aku datang. Unlimited access. Boleh pegi bila-bila masa sebab dekat ngan umah. Tapi nasib baik tak beli sebab pada aku not worth the money kalu bayar mahal-mahal pastu kena beratur lama-lama. Baik aku spend the money dengan pegi holiday kat mana-mana rather than worn myselff out, waiting in the long queue. Apa-apapun, seronok jugak la. Kalu bawak anak-anak besar i.e 8 taun ke atas memang seronok giler sebab banyak rides yang menarik. Kami yang bawak anak dara kecil ni, limited rides le sebab dorang kecik lagi, takut nak naik. Dah tu kami malas nak beratur panjang-panjang. Penat woooo. Alia sampai tertidur atas bahu aku, masa tgh beratur. Sapa yang susah? Makcik jugak.....

Legoland Windsor yang tersohor tu. Tiketnya aku rasa dalam 37 pounds dewasa. Budak2 dalam 23 pounds. Ni aku agak-agak je. Aku masuk free..jangan jeles ye.

Arrrghhh...indahnya idup ini bila disirami air ujan tiruan!!!!

2 orang anak dara sunti berjalan penuh keayuan ke arah paddling pool.

Yeayyy...dapat lesen memandu! Pasni boleh bawak keta !!!

Sapa nak lesen keta??? Angkat tangan!
Alia penyebab traffic hari tu. Dia pandu sangat la berhemah yang amat sampai ramai yang membontoti.

Belajar memandu....seronok depa ni.

Sebelum masuk ke litar pemanduan, kena ada oral test dulu. Jerit 'Legoland' sekuat hati.

Muka-muka menahan sabar, pura-pura senyum. Tengah beratur tunggu turn.

Tengok muka Alia. "Air apa ni?". Mungkin tu la kot dia pikir dalam kepala. Dari awal lagi she was not convinced yang air kotak ni ialah apple juice sebab takde gambar apple kat depan kotak....so typical. Tesco marketing team kena take note nih.

Wowwwwwwwwwww!!!! Alia macam sungguh terpegun je.

2 frens in a train.

Ramai yang kata Legoland is amongst the best place for kids....mungkin aku pegi salah waktu kot....

MONET in the Garden

Sekolah Alia menganjurkan 'Monet in the Garden Open Afternoon'. Ibu bapa digalakkan datang ke sekolah untuk menyaksikan hasil kerjatangan anak-anak masing-masing. Seorang pelukis tempatan (lupa dah nama dia) datang ke sekolah beberapa hari sebelum tu untuk mengajar cara-cara melukis kepada budak-budak ni. Mereka kena pakai baju ala-ala artist dan pelukis tu pretend himself as Monet, the famous artist. Hari tu juga ada jualan ice-cream, jus dan kek. Serta free land train ride for the youngs and the young at heart.

3 kawan sekelas - Alia, Asha and Nat.

Ni hasil lukisan Alia. Nama dia salah eja. Balik rumah aku bagi kursus intensif camana nak tulis betul2. Sekarang dia dah pandai dah eja nama sendiri dengan betul, tepat dan benar.

Ni le lukisan Alia. Not bad, eh.

Lukisan pelajar2 digantung sekeliling padang. Ibu bapa dibawa menaiki train untuk meninjau lukisan-lukisan anak-anak mereka. Great idea and it was fun, too!

The land train.

Alia n Asha. Sebelum naik train, makan ice-cream dulu.

Toot toot...off we went to the land of amazing arts.

Sports Day at Englefield Green Nursery School

Setelah 2 kali ditunda sebab hujan akhirnya sekolah memutuskan untuk mengadakan ari sukan ni dalam dewan. Hari tu Alia merajuk sebab aku tak bagi sticker kat dia. Aku jadi referee. Mana-mana studen yang sampai ke garisan penamat akan diberi sticker. Ada 4 referee. Alia dah dapat sticker dari referee lain jadi aku takleh bagi more sticker to her. Dia main merajuk pulak...sepanjang acara berlangsung dia bermuka semacam. Pastu pegi duduk bertempek ngan cikgu dia, dia tak mau join dah......

Dengan Mrs Harding, Ms Galbraith, Mrs Summerton dan Mrs Mills, di hari terakhir persekolahan term ini. Bulan September ni Alia dah masuk Reception Class, upgrade sikit dari Nursery Class. Dah besar anakku ni.

Acara yang melibatkan ibu dan anak.

Acara untuk kaum bapa.

Sesi pujuk-memujuk peserta yang merajuk.

Ready.....get set...go!

Egg and spoon race. Alia terpaksa dipimpin oleh cikgunya. Kalau tidak, dia tak mau join. Tu pun join dengan muka muncung je.

Antara rakan Alia.

Nat lari penuh perasaan.

Alia and Mrs Harding.

Run! Run! Run for the sticker! Kalu kat Msia dapat gak tupperware ke...sweets ke...kat sini dorang bagi sticker je.

Barisan peserta-peserta acara sukan pada hari itu. Seingat aku ada 3-4 orang yang nangis sepanjang acara nih. Cikgu-cikgu hari tu terpaksa jadi tukang pujuk. Kids *sigh*. Well, that's kids for you.






Graduate School of Life Sciences & Medicine (GSLSM) Summer Symposium

Aku pegi symposium ni lama dah, awal bulan July ari tu. Hajat di hati nak tinjau2 taun ni, taun depan nak hantar poster sendiri lak, insyaAllah. Aku tak enjoy sangat sebab ada 3 je poster yang ada kena-mengena ngan bidang aku.

Ngan kawan aku yang kini dah 3rd year...nak abis dah......taun depan giliran aku lak. Tapi kenapa aku rasa cam aku ni baru 1st year je? Berdebar pulak pikir pasal projek nih.

Poster yang menjadi pilihan juri tahun lepas.

Yang ni pun among the award-winning poster gak.

Kawan-kawan, doakan aku berjaya dapat PhD tahun 2011 nanti. Aku takut laaaaaaaaaaaa!!

Hari Memasak Sekampung

Aku sangat jarang memasak tapi memandangkan dok kat negara orang ni susah nak dapat makanan tertentu, jadi mau tak mau terpaksa belajar memasak. Kalau tak, kempunan. Weekend selalunya masa untuk aku memasak stok untuk bekal Alia ke sekolah. Resepi paling senang ialah carrot and banana muffin. Aku cedok resepi ni dari kak Ina. Ubah suai dari kek ke muffin. Aku memang sceptical bab-bab memasak kek/kuih-muih sebab aku memang tak terer. Dah beratus kali cuba. Alhamdulillah, menjadi. Sejak dari hari itu, aku asyik memasak muffin ni je. Lagipun Alia tak jemu-jemu makan. Asyik mintak je. Aku pun buat banyak2, masuk dalam freezer dan reheat dlm microwave bila nak makan. Sonang kojo makcik.

Keropok lekor lekor yang indah paras dari rupa...tengok rupa macam dah jadi tapi rasanya agak kureng sikit lorrrrr.

Mini doughnut wit chocolate topping.

Roti berinti sardin

Chef in the making. Suka betul Alia bila aku serah tugas meletak coklat chip kat atas adunan pada dia. Belum abis tugas, dia dah bawak lari coklat chip dan ratah depan tv. Selepas menjerit-jerit minta dipulangkan, baru dia datang sambung tugas balik.

Ni antara muffin yang menunggu giliran utk dimasukkan dalam oven. Ada banyak lagi tauuuu.

Ni adunan mentah. Aku rasa aku ada amik gambar yang dah masak tapi dah ilang.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :