Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday 30 November 2011

Complaint

My sis belanja makan pizza at Domino's on Sunday. And yesterday, I make a point to go online and lodge a complaint on Domino's Pizza first thing in the morning (morning sangat la). So far Domino's has been on top of Pizza Hut (at least in my opinion) but my experience on Sunday was not a good one. The First Class (nama dia mmg tulis 1st class) Chicken Perfection pizza was not up to my expectation. The pesto sauce was really really bad. There were 5 of us on Sunday treat but none of us could stomach the pizza. Nasib baik kami order jugak pizza lain, chickens and what-not.

Despite the not-so-yummy pizza experience, my little princess was asking for pizza for lunch, again. So I went online and ordered 2 regular pizzas (Ultimate Hawaian and Metasaurus) that comes with onion ring and banana kaya pizza.
No more 1st class pizza for me this time. Just the normal hand tossed pizza. Since pizza is not delivering in my area, I went and pick it up at 7-11 Cempaka. Received within 20 minutes. Not bad. The delivery guy was polite and courteous. 5 star there.

Back to my complaint, I received a call from their customer service staff less than 1 hour after an online complaint.
And later on during the day, I received another call, this time from their Nilai branch manager. They wanted to improve the taste of their 1st Class Chicken Perfection since they have received several other similar complaints. Thumbs up for taking customer complaints seriously. 4 star here.

Now it's back to the pizza. My verdict : OMG, it was awesome!! Cheesy rich topping and lots and lots of pepperoni, chicken and pineapple. Plus the sauce on Metasaurus was creamy and sweet. Delicioso!!
Memang puas hati. Toppingnya memang lebat, bukan jarang2. Full. Crammed of macam2 kat atas tu.

Gambar yang diambil 5 jam selepas pizza sampai. Sebab tu tinggal separuh chicken, separuh pepperoni. Aku pulun 4-5 slices kot, hahhaha. Sedap tu memang la sedap tapi mana habis sorang makan woiii. Alia makan 1 keping je. Hubby tak mau makan pizza, nak nasik jugak. Tapi esoknya membaham pizza 3 keping, for breakfast.

Ni banana kaya pizza yang dia suka sangat. Dia sorang makan sampai separuh. Bravo!

What I like most about Domino's pizza is the crust won't turn hard rock, even the day after or even after reheating them in the microwave/oven. So I will definitely stick to Domino's for our fix of pizza.


Tuesday 29 November 2011

Milk for mom-to-be

Disclaimer : This post is based solely on my personal views. Just sharing my thought with those in the same boat. Credit pictures to Google search.

It has been almost 7 years since the last time I get myself into the trouble of finding the right milk for pregnant lady. How time flies
and I am left in the dark when it comes to milk. My impulse buy was Anmum Materna. No specific reason on why I've chosen this brand. I guess it was because it is everywhere. Unlike any other brand, you'll find it difficult to get hold of. But most kedai walau sekecil mana pun, memang jual Anmum. So Anmum Materna it is. The milk was left in the cupboard, untouched....for about a week. I just don't feel like drinking any milk. Then on one fine day, I had a glass of it. Well....my verdict was : I don't like it. Not to my liking. After a couple of days, I tried again and again but yep....still I don't like it. So that's it. I strike it off the list.

Then I was on the road again, driving from one place to another, looking for different brand. I hop on and off from one shop to the other before decided on Dumil Mama. Bough a small 200g packet for a try as I do not fancy the idea of the money going down the drain for a RM50++ milk. I have read in some anonymous blog that she could not stomach any milk, even the most popular ones until she tried on Dumil Mama. So I guess it is worth a try. I will post an update on it later.


I also received a small packet of Friso Gold Mum from my sis who work in a hospital. Have not tried that one as well. I have high hope that either one of it (Dumil or Friso) will have a decent taste so I could keep having them for the sake of my baby's healthy development. Otherwise I have to resort to loads and loads of multivitamins. I am on Obimin Plus + Obical at the moment. Gosh, they are huge! Well, that is for another post.


I am also in the look out for EnfaMama. Does anyone has any experience with Enfamama? Do share with me. Kalau sedap, I nak pegi beli.

In the mean time, keep yourself happy and healthy, mom!

Friday 25 November 2011

I want one!

It's 3 o'clock in the morning. Makcik tak boley tido!!! Sebabnya petang tadi dah tido 3 jam. Malam jadi burung hantu pulak. Entah kenapa dalam dok baring2 nak tunggu ngantuk, teringat pulak kat satu travel system yang sejak dulu aku berkenan. First time tengok orang pakai kat IKEA Wembley, kira-kira 1 tahun yg lepas. Jatuh cinta pandang pertama. Masa tu dia pakai iCandy Peach in Black Jack (yang kaler kelabu kebiruan tu). Memang cantik giler la! Aku pulak berkenan yang kaler ni:

iCandy Peach in sweet pea
Credit pics to Google search

Memang lawa betul. Aluminium chasisnya memang berkilat2, bling bling gitu. Pastu aku suka sbb boleh buat macam2 positions. Kira boleh pakai dari newborn sampai 4-5 tahun. Berbaloi la.

Pram/bassinet for newborn

Ni kalau ada anak kembar atau kalau ada anak yang jarak dekat...boleh le sumbat sekali harung.


Yang ni infant car seat utk twins. Kalau takde twins, nak letak anak sedara ke anak sepupu ke atau anak jiran pun boley. No problemo.


Ni pulak dua carrycot. Org British panggil carrycot, American panggil bassinet. Nak panggil pram pun boley. Suka hati la Senah.

Yang ni pulak kalau ada toddler ngan baby, boleh letak baby kat car seat kat belakang nun. Si abang/kakaknya duduk depan. Best, kan?


Ni versi newborn baby ngan toddler. Ishh pendek kata, macam-macam kombinasi la boleh buat. Mabeles!!

Yang tak mabelesnya ialah ongkosnya, buuu. Malas la nak cakap berapa harganya sbb dah sah-sah diriku tak mampu. Dapat berangan cukup la. Kalu aku cakap ngan sang hubby, aku tau dah jawapannya....."Suka la tu mereka-reka". Tu je la slogan suamiku bila aku mengada-ngada nak yang bukan-bukan. Hahhahaha. Padan muka aku.

Aku ni memang pramaholic. My hallway kat UK was cramped with pushchairs. Logik la sbb masa tu I was staying in a 1-bed flat je. Sekarang dah balik Msia, aku sumbat semua dalam stor. Memang ada niat nak jual, daripada sitting there gathering dust, baik le aku jual. At least somebody could make use of it. Pastu boleh le aku usha-usha iCandy Peach pulak (iCandy lain tak minat). Hohohho. Lagi bagus kalau pasni dapat anak kembar....heaven. Hmmmmphhhh...berangan lagi. Ada hati nak pregnant lagi tu. Hari tu dah serik sebab tak sanggup muntah pening loya segala. Sekarang dah sihat sikit, mula la mereka-reka.........














Wednesday 23 November 2011

I feel much better now...........

The routine morning sickness (walaupun mabuk sampai ke malam) seems to subside. Alhamdulillah. Just a queasiness every now and then. But the severe headache persist. Takpe la...at least some of the uncomfortable symptoms is slowly dissappearing.

Last week was a busy one sebab my aunt datang rumah bersama-sama 4 orang anaknya. Rajin la aku mema
sak. Anak sedara aku- Insyirah, tak mau balik ke rumahnya di Seremban 2. Nak duduk ngan aku. Bagus jugak, buat teman Alia berkawan-kawan. Dah dekat seminggu dia kat sini.

Last 2 days aku dah kemas sikit2 baju-bajan ya
ng berkotak-kotak kat luar bilik. Nanti bila dah lagi cergas, aku nak menyelongkar kotak2 dalam stor pulak. I'm looking for my belly tube! a.k.a belly band Sekarang ni kalau pakai seluar, nampak je terbonjol2. Huduh. Kalu letak belly tube ni at least nampak le senonoh sikit.

Picture : credit to Google.

I have my maternity jeans ready..nicely
sit in my wardrobe. Baju2 yang ketat kat perut semo aku dah masuk kotak, jumpa lagi lepas bersalin (if it still fit la kan). Hajat nak shopping baju2 je belum terlaksana. I kept waiting for the right time and it has never come. Tiap kali nak pegi, rasa malas je. Hubby ajak pegi Sogo. Aku kurang gemar le. Aku nak beli yang murah2 tapi nak beli banyak2 sebab aku jenis yang tak teliti bab2 jaga baju ni.

Makan dah takde masalah sangat. Selalu jugak tak lalu makan tapi bila jumpa makanan yang aku suka.....siap! Semalam aku terasa sangat nak makan patin masak tempoyak. Dah siap beli ikan patin, daun kesum segala, tinggal tempoyak je yang takde. 2-3 kedai aku terjah tapi hampa. Keciwaaa. Lepas tu aku decide nak makan daging masak hitam pulak. Gigih la aku menggodek internet mencari recipe. Kol 10pm baru siap masak. Aku makan 2 pinggan penuh! Sampai tak boleh bergerak dah lepas tu, perut penuh. Memang ikut nafsu sungguh. Puas hati dapat makan tanpa paksaan. Lebih kurang macam ni le rupa daging aku tu semalam. Yummmmmmm!!

Credit to Qistina for the pic.

Esok nak gi klinik lagi, dr nak check darah pulak. Aku ni sebenarnya suka pegi klinik dan hospital. Memang sejak dulu2 lagi camtu. Rasa tenang je kalau dapat bau hospital. Psycho!

Thursday 17 November 2011

3rd ultrasound

We headed off to bangi for antenatal check up, yesterday afternoon. Quite a handful for the doc sbb ramai expectant ptg tu. We were so excited to see our precious little baby on the monitor. We are expecting a baby boy!

Syukur alhamdulillah. Sebenarnya bg kami, boy ke girl x kisah sgt, as long as the baby is fit n healthy. Sihat sempurna. Boy is definitely a bonus sbb dah ada girl. Alia was hoping for a baby girl. Merajuk sekejap bila dpt tahu baby boy. Hmmmmm.....dh tgk bb nanti, mesti dia ok. Next visit, lagi 5 minggu.

Hari ni jugak aku dh submit chapter 1-5 of my 2nd draft. Tinggal 3 more remaining chapters, masih dgn sv. Harap2 dpt submit ASAP. Kalau boleh nk g viva sebelum kandungan 7 bulan. InsyaAllah.

Monday 14 November 2011

Snow white in the house

My lotter pagi2 lagi berangan dgn dressing up activitinya. Walau dress tu dah koyak pun, dia tetap pakai. Memang hobinya berangan jadi princess je. Asyik tukar baju je.

On my part pulak, even baru 15 weeks along in my pregnancy, my body has widen so much, byk baju tak muat. I bought 2 lovely dress kat KB tapi dua2 tak muat! Kalau mcm ni, by the time perut besar akupun otomatik jadi mak gajah. Haiyyyyo...manyak susah lor. Lepas ni kena exercise la pulak. Paling malas time preggy ni.


Thursday 10 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Korban, semua!

Kami sekarang kat kampung, ada kat sini since 1st day raya. Seronok dapat makan sup rawan ngan sup perut buatan ma. Memang sejak balik, selera makan dah ok. Tak le berselera macam sediakala (dulu pantang tengok, mesti habis semua makanan depan mata) tapi at least aku makan le 2x sehari. Malam memang tak lalu nak makan sangat walau perut lapar. Mulut je yang tak mau bekerjasama menelan makanan.

Alhamdulillah jugak sejak balik ni aku dah mula ada mood nak buat keja2 tesis yang lama terbengkalai. Memang sebelum ni malas tahap Gaban. Sekarang dah sikit2 momentumnya kembali.

Sepanjang kat kampung ni sempat jugak aku berurut, menghilangkan lenguh-lenguh badan. Cumanya sakit kepala je yang masih ada. Harap2 lepas ni hilang la semua pregnancy symptoms yang membantutkan semangat ni. Biar aku sihat seperti sediakala, InsyaAllah.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara-mara dan sahabat handai.

Saturday 5 November 2011

Blame it to hormonal changes

My tummy is rumbling.....it's past 4 in the evening and I haven't had anything for lunch. In fact I'm not hungry. I'm ravenous. Ironically my tastebud is temporarily dysfunctional. No gourmet cuisine could tempt me....so far.*sigh* Lapar!!!!!

Thursday 3 November 2011

Little life inside me

Dengan penuh rasa syukur dan gembira, kami ingin mengumumkan bahawa kami kini sedang menanti kehadiran seorang lagi cahayamata. Alhamdulillah, our prayer has been answered. Minggu ni fetus baru berumur 13 minggu. Minggu depan jumpa dr utk scan, masa kandungan berusia 3 bulan setengah.

Sejak mula-mula dapat tahu mengenai kehamilan ini pada minggu ke-7, hati melonjak-lonjak gembira dan nak cepat-cepat habaq kat satu dunia. Tapi terpaksa tahan hati, tunggu baby dalam perut tu besar sikit. Al-maklum la, di awal-awal kehamilan memang rasanya dalam 25% akan alami keguguran secara semulajadi. So setelah dah masuk trimester kedua ni, rasanya boleh la bagitau semua orang. Itupun, mulut ni gatal, ramai jugak yang dah aku bgtau. Excited giler!

Hampir 4 tahun kami menangguhkan hasrat utk menimang cahayamata memikirkan aku sibuk dengan PhD. Betul kata suamiku, kalau pregnant abis la study sebab aku mabuk teruk. I was not convinced. Aku rasa aku mabuk sikit2 je. Sekarang bila aku dah betul2 pregnant, terkadang tu rasa alamak.....kalau macam ni punya seksa, aku tamau pregnant lagi dah! Seksanya fizikal dan mental!

Di awal kehamilan, memang penatnya satu macam. Letih sangat. Berdiri nak basuh pinggan pun tak boleh. Rasa berpinar bijik mata ni. Menggeletar. Masak jauh sekali. So kami makan kedai je la. Sang hubby pun risau takut aku pengsan sorang-sorang kat rumah. Alia tu walaupun ada, bukannya dia tau nak buat apa2 kalau aku pengsan. Penah sekali tu, aku pitam, dah gelap mata, aku cakap ngan dia..."Cepat!! Bgtau ayah, mama nak pengsan!" Masa tu hubby kat tingkat atas. Si Alia ni boleh tanya aku balik "What is pengsan?". Adoiii...lebih baik aku pengsan dulu. Alia tengok je aku terjelepuk atas sofa, takde perasaan. Lepas dah pulih, puas la aku menerangkan kat dia tentang segala langkah-langkah keselamatan dan kecemasan.

Sebab risau kat aku, hampir setiap hari le sang hubby mengangkut kami anak-beranak ke ofisnya. Malu jugak aku ni tapi buat muka donno je le. Tapi seronok jugak sebab lepas balik ofis selalunya kami merewang-rewang le pulak. Shopping, tengok wayang, hari2 dinner kat luar. Lepas embryo dah jadi fetus, penat dah berkurang. Masih ada penatnya (sampai ke hari ni) tapi takle teruk sangat macam dulu. Tapi datang pulak masalah lain. Masalah pening loya la pulak. Yang ni memang buat lemah badan. Aku plan lepas raya Puasa hari tu, terus nak concentrate buat thesis corrections tapi asyik loya2 je, buat apa pun tak boleh. Sakit kepala, sakit badan segala. Masa tu terasa seksanya pregnant ni. Macamana la orang boleh pregnant tiap2 tahun tu? Tabik spring betul la.

Tapi ada jugak hari-hari yang aku rasa ok, macam hari ni. Bangun pagi rasa ok, tak sakit badan. Lepas breakfast, aku muntah. Lepas tu start buat keja tesis sampai 3pm. Then start sakit kepala. Tido jap. Jam 4pm bangun jemur kain pagi tadi punya. Makan lagi. Lepas tu mengadap blog. Lepas abis ni, aku nak sambung buat tesis balik. Harapnya tercapai le.

Walaupun penangan hormon kehamilan ni hebat, aku gembira. Kami semua gembira dengan kehamilan ini. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :