Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Sunday, 11 September 2011

Farewell Party - July 2011

My friends in Egham, Staines and Windsor has kindly arranged a farewell party for those leaving the UK. Thank you very much, from the bottom of my heart. It was a really joyous one. Lots of laughter and tidak ketinggalan plenty of foods. Macam-macam ada. Semuanya pandai memasak. Bila berjauhan, nak tak nak kena belajar. Kalau tidak, tak dapat la merasa makanan Malaysia. Kat Malaysia bukan main lagi, dapur pun menjengah sekali-sekala, kat sini, memang bersilat kat dapur le jawabnya, hehehhe.

The leavers.....Syida, K Lina, Maswa and me.

One special gift from my beloved friends.

Prezzies for the White Elephant. This game is great!!! I love it!


To all my friends in London........Selamat Hari Raya dan semoga berjumpa lagi. Kenangan bersama anda semua tetap bersemadi dalam hatiku.

Love,
As dan famili.

Friday, 9 September 2011

Athens, Greece - May 2011

Hmmm..malasnya nak mengupdate blog tapi kena buat jugak sbb dah lama bersarang kat draft je. Pegi untuk conference sebenarnya, sambil2 tu ambil peluang jalan2 jugak. Nasib baik ada Ida, peneman sepanjang kat sana. Kalau sorang2 je, tak kuasa makcik nak pegi.

Asalnya aku takde la excited pun nak pegi....memang sampai saat nak bertolak tu pun, aku berbelah-bagi. Pegi pun separuh hati je. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tak sangka pulak conference tu menarik. Dapat buat network dengan beberapa researchers yang aku minat nak collaborate. Athens pun cantik dan damai. Berbaloi la.



Hotel kami terletak in the heart of the city centre. About 5-10 mins walk to the train station and eateries. Memang easily accesssible. Biliknya pun not bad la...

Teksi-teksi di bandar Athens...atau nama Greeknya Athena.


Graffiti banyak di kawasan ni.....

Pemandangan dari puncak Acropolis (kalau tak silap). Aku serah bab2 merangka jadual berpoya-poya pada Ida sebabnya aku sibuk fokus pada aku punya presentation. Lagipun aku bukan la niat nak berjalan sangat, more to academic purposes tapi dah abis present je, mula la mood berpoya-poya datang membuak-buak.



Sempat jugak kami melencong ke pulau yang paling hampir dengan Athens. Rasanya nama pulau tu Aegina. Dalam 40 minit perjalanan naik feri. Masa naik feri ni aku dah seronok. How I love the oceans!


Pulau ni kecik aje. Kami sewa moto utk ronda pulau tu. Tak sangka, darah minah rempit masih tebal dalam jiwaku, walaupun dah bergelar mak orang. Sakan la kami menjelajah pulau hari tu. Sampai hitam le tangan aku dek panas mentari...sebulan-dua pun tak hilang lagi kesannya. Tapi takpe, puas hati.

Airnya jernih.....kalau aku bermalam kat sini, mau jugak aku terjun mandi kat dalam ni tapi memandangkan kami ni buat day trip je takde la bawak baju spare segala. So berangan je la yang mampu.


Ni pemandangan dalam train laju kat Athens. Yang aku kagumnya, train station mereka sungguh bersih, teratur dan kemas. Tak boleh nak dibandingkan dengan underground tube kat London tu. Jauh panggang dari api.

Kat sini...adatlah banyak monumen2 dan bangunan2 lama. Aku tak berapa minat sangat historical places ni...tapi to show some respect to Athens, aku amik jugak la gambar ni.


Ngan Ida kat dalam train pelancong. Ala, tren macam dalam iklan KFC tu. Kami ronda2 bandar Athens. Kat depan kami ada sekumpulan pelancong dari Brazil. Ternganga mulut depa tengok kami yang pakai tudung. Aliens...siap amik gambar ngan kami.

Ni restaurant tempat kami minum petang....ala2 kedai kat pulau di Malaysia.

Pulau ni terkenal dengan olives dan pistachios. Yang jeruk ada, sira ada, yang macam dodol pun ada. Kami sempat le menjenguk ladang olives dan pistachio dari jauh.

Yang ni nampak sedap....aku beli la. Sekali makan, aduhaiii...masinnya pistachio ni! Boleh kena darah tinggi dibuatnya. Yang sira pun aku beli...lembik2 la pulak. Huh!

Idan ngan ros yang besar sungguh. Kagum aku melihatnya. Tengok la, sekuntum bunga tu hampir sama ngan sebijik muka Ida! Kalau la ada ros camni kat depan rumah, alangkah!

Tadi gambar cik Ida berbahagia bersama bunga, ni pulak gambar cik Ida menderita menahan sakit. Jatuh tangga kat hotel di Athens, sampai London Gatwick apot, terus tak boleh jalan, kena papah dan kena dapat special attention dari paramedic. Kesian dia.....kiranya beberapa hari lepas tu, bertompang le, pakai tongkat. Glamer you..........

Poppies yang tumbuh melata kat pokok2 olives. Cantik sangat.

Shot dari jauh. Sungguhhhhh cantik! Rasa cam nak guling2 kat sini tapi takut pulak kena halau ke...kena tembak ke...kang tak pasal2 la pulak.


Ni dia 2 minah rempit veteran yang menjelajahi Aegina Island dalam 1 hari sahaja. Ha!Ha!Ha! (gelak jahat).

Menu minum petang kat Pulau Aegina. Sotong tu frozen punya aku rasa sebab tak fresh...tak sedap. Tapi sebab waiternya sangat peramah, kumakan jua sotong tu sampai licin. Sempat jugak aku mintak kain alas meja (ala2 napkin besar) berpetakan Greece sebagai cenderahati. Baik mamat tu.

Our 1st dinner in Athens. Tipah tertipu sebab konon-kononnya nak makan best...so kami order ikan. Sekali......yang datang ialah ikan bakar yang kecik dan maha tawar. Ala-ala makanan orang bersalin gitu. Side dish ialah Greek salad (nasib baik sedap), fries dan nasi yang keras dan besar2 bijinya, tak fluffy. Huwaaaa.....

Greek salad- dilimpahi dgn olive oil (aku tak biasa la kalau oily sangat ni...walaupun tau baik utk kesihatan) dan goat's cheese. Sebab takde pilihan, makan jugak la. Tapi tomato, cucumber dan bawangnya memang super fresh!

Ni la ikan bakar yang tawar dan takde sos langsung tu. Kering je.....sedih.

Sesi makan yang ni best...masa ni kat Aegina island. Kami makan kat tepi pantai. So romantika. Kalau la Mr Hubby ada...alangkah kembangnya hatiku. Dah la setting tepi pantai dgn angin sepoi2 bahasa, makanannya pulak sedap banget!

Kami makan seafood pasta masa kat pulau- memang sedap! Tengok la mussels, sotong ngan udang besar ala2 lobster tu. Makan panas-panas pulak tu. Aishhh sambil tulis ni pun meleleh air liur aku. I want one right now!!

Ni pulak seafood pasta kat bandar Athens, versi lain sikit, more to carbonara sauce. Sedap jugak. Memang orang sini pandai masak pasta la.

Ni nama cafe yang kami makan tu. Kalau ada yang melancong ke Athens, kami recommend ke restaurant ni sebab makanannya sedap dan harganya berpatutan. Dapat free ice-cream for desserts, disamping layanan staffnya yang mesra.

Selamat tinggal Athens, sehingga berjumpa lagi!!

Enjoying Summer - May 2011

Summer..... a jolly good season to catch up with friends whilst enjoying the outdoor activity - particularly a trip to the Windsor Great Park. We had a good long walk....almost 3km long, filled up our tummy with finger foods and relaxed under the colourful panorama of the lake. What a bliss!!


Alia and Taha, Farida's son.









First time dengar skunk cabbage. Nak tau macamana rupanya?

Ni la rupanya...kat belakang kiddies ni...besar. Tak pasti la pulak bau busuk ke tak tapi budak2 ni cakap bau busuk.


Barisan kanak-kanak.

Barisan ibu-bapa. Kesian Zamri, kepalanya terpotong separuh. Alia yg amik gambar.....



Selepas meronda taman ngan Farida, kami pegi BBQ kat Silwood. Burger kat sini selalunya memang sedap tapi selalu sangat aku dapat makan sikit je sebab ramai students so agak berebut2 la. Aku pulak sbb dah tua, malas la nak buat gelojoh, kan. Agaknya sebab tu le makanan terasa sedap je...sebab aku dapat sikit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :