Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday 23 April 2012

Berpantang

Masa mengandung, aku memang nekad akan berpantang betul-betul sepertimana masa melahirkan anak pertama. Tapi manusia hanya mampu merancang.....

Baby lahir di Putrajaya. Aku nak balik berpantang kat kampung. Sebab Mr Hubby nak settlekan hal-hal pendaftaran kelahiran, hal tukar sekolah Alia, hari ke-3 lepas bersalin baru kami bertolak ke kampung. Being us, setiap kali travel sama ada balik kampung ke, holiday ke.....memang kami ni tak pernah travel light. Penuh la satu kereta walaupun masa tu ada satu anak je. Semua benda nak dibawak....inikan pulak anak dua.

Sama jugak kali ni, macam2 benda aku nak bawak balik. Maklum la akan berkurung sebulan kat kampung jadi aku angkut le segala macam mak nenek. Jadinya dengan barang yang super banyak, tidak dapek la nak travel ikut atas. Nak tak nak, kena la naik keta. Aku ok je sebab travelling with my hubby memang enjoyable. Dia bawak keta macam makan angin. Hahahhaha.  Selalu kalau balik Kelate, 2 hari baru sampai. Berenti sana berenti sini. Kalau dah penat, tido dulu kat hotel, esok sambung balik.

This time around, aku tak dapat enjoy-enjoy sebabnya dalam keta, depa dok makan macam-macam, aku tak boleh. Berenti makan kat kedai pun, aku kena makan ikan kembung bakar kosong tanpa pencicah dengan nasi kosong je. Lupakan aje segala McD, KFC, Pizza, ayam masak pedas, daging kicap ke ikan patin ke. Apatah lagi milo ais atau teh o ais limau. Mau kena pelangkung ngan mak aku. 

Nak singgah tempat2 menarik pun tak boleh sebab orang lepas bersalin mana boleh jalan jauh2 kan. Jadi................bila pilihan terhad, aku nak cepat sampai je la. Mr Hubby nak berenti singgah tido pun aku tak mau. Cuba offer lagi masa aku sihat. Haaaaaa.......baru betul.

Sebut pasal berpantang, mak aku memang ketat amalannya. Masa anak pertama dulu, lepas berpantang, body aku pulih sepenuhnya. Rasa sihat dan bonusnya, aku lebih kurus berbanding sebelum ni.  Memang best la sebab semua baju lama boleh pakai balik. Kali ni, hasrat nak kurus tu nampaknya macam tak menjadi je. Hari ni dah hari ke-21, body aku camtu jugak, perut ada lagi. Rehat pun tak cukup sebab hari ke-5, baby kena jaundice. Hai ke-7, naik tinggi sangat kuningnya sampai kami dihantar ke hospital dengan ambulans. Sepanjang di hospital, aku bannnnnnnnnyakkkkkkk sangat berjalan.  Nak buat macamana, dah terpaksa. Aku gagahkan diri walaupun sebenarnya penat sangat. Demi anak, sanggup je buat apa saja. Tambahan pulak aku tak makan apa-apa jamu atau akar2 kayu sebab takut jejaskan kesihatan baby. Masa Alia dulu, aku memang makan macam-macam. 

Sebab penat sangat, aku hampir2 demam.  Mr Hubby mintak dengan doktor, nak keluarkan baby dari wad. Nak pegi private hospital yang ada nursery so mummy tak payah bersengkang mata berulang-alik jenguk baby. Dia kesian tengok aku yang dah letih sangat2.  Masa kat spital gomen, boleh je kalau aku tak mau duduk ngan baby.  Masalahnya, baby kena severe jaundice so treatmentnya dikira sebagai intensive phototheraphy. Dia duduk dalam UV light dan cotnya ditutup sepenuhnya dengan kain biru bagi memaksimumkan treatment tu. Sebab baby terlindung, aku risau nak tinggal dia kalau2 dia tersedak susu ke apa ke. Nurse memang busy giler sebab baby ramai sangat dan depa terpaksa bagi attention pada kes-kes yang lebih memerlukan. Dah tu, ada jugak nurse yang kasar bukan main.  Sesuka hati je angkat baby sampai aku tengok leher baby tu macam terpusing je. Seram. Tak sanggup aku nak tinggalkan baby aku kat bawah jagaan (atau lack of care) hospital tu. Jadi baik aku duduk jaga sendiri.

Kat private tu, aku tak duduk dengan baby sebab badan dah tak larat. Kat sini tak ramai baby so nurse boleh bagi perhatian yang tak berbelah bagi. Boleh la aku rehat seketika. Itupun, setiap hari kami pegi tengok baby. Nasib baik tak lama, lepas 2 hari dah boleh discharge.

Eh, nak cerita pasal berpantang tapi melalut ke lain pulak. Sepanjang berpantang kali ni, aku macam tak berpantang sangat. Sebab keadaan memaksa. Keutamaan sekarang ialah kesihatan baby. Sekarang dia masih lagi jaundice.  Sejak keluar spital, hampir setiap hari atau paling kurang selang sehari, kena bawak baby amik darah untuk check serum bilirubin (kesian.. sakit baby tu dan penuh lubang kat kaki dan tangan). Jadi aku takde la duduk je all the time macam orang berpantang. Tu yang kalau boleh, aku tak mau jalan kalau tak perlu. Nak duduk je. Tapi sebab orang tengok aku macam sihat je, kadang2 aku terpaksa jugak urus hal2 yang perlu. Rasa nak nangis pun ada. 

Cepat la habis tempoh berpantang ni. Cepat la babyku sihat. Aku nak makan ubat untuk pulihkan badan. Nampaknya hasrat balik kampung untuk 'repair work' nampaknya tak berapa berhasil. Tak apa la. Asalkan baby sihat........

Lepas ni kena doublekan usaha untuk pastikan aku sihat dan fit. Tapi otak aku ni asyik fikir pasal cold drinks je. Sedapnya air batu...teh ais, milo ais. Aisshhhhh macam akan fail je misi nak kurus ni!


Sunday 22 April 2012

The Day

Hari ni, masuk hari ke-20 aku berpantang.  Nak cerita pengalaman bersalin kali ni.

Alhamdulillah, pada tanggal 3 April 2012, jam 4pm, maka lahir lah baby yang sekian lama dinanti. Memang sangat berbeza antara kelahiran pertama dan kedua. Kelahiran pertama, 7 tahun lalu, Alia lahir secara induced at 36 week pregnancy.  Sakit nak menunggu bukaan (os) agak lama....dalam beberapa jam. 

Untuk kelahiran ini, sakit sekejap sangat...dalam 30 minit je.  Tapi sakitnya sangat sangat intense! Proses meneran pun senang sangat, sekali teran je terus keluar. Bidan yang sepatutnya menyambut baby, tak sempat nak pakai gloves, tak sempat nak bukak barang2 (bungkusan hijau yang dah disterilized....entah apa isinya tak pasti la pulak), aku dah nak teran. Terpaksa la nurse yang check bukaan yang sambut baby sebab dia dah siap-siap pakai gloves.

Mr Hubby jadik instructor, membantu aku agar tak lupa buat deep breathing method. Personally, aku beranggapan deep breathing method adalah sangat membantu dalam menahan kesakitan yang teramat sangat tu.  Sebab sakit sangat, aku pejam mata sepanjang kesakitan tu. Tak nampak apa yang berlaku tapi aku dengar kelam-kabut nurse menjerit mintak bantuan. Dengar dia jerit "Tolong, orang kat luar, cepat masuk dalam ni!!".  Masa tu, aku tau keadaan kelam-kabut dan cemas.  Kata suamiku, ada lebih 10 orang yang berlari masuk dalam labour room tempat aku menahan kesakitan tu. 

Aku dengar suara cemas suamiku..."Jangan berhenti bernafas..jangan tahan lama sangat.....breath in....breath out".  Risau dia tengok aku macam berhenti bernafas.  Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya masa tu. Suami aku cemas, dia pun menangis bersama-sama aku. Terharu.  Masa tu aku pakai entonox, gas penahan sakit. Asalnya mintak epidiural tapi sebab nurse cakap aku progressing well, bukaan dah besar so tak perlu sebab jangkaannya aku akan ok without epidiural.  Betul seperti jangkaannya, cepat betul os terbuka.

Aku dengar nurse bising2, check os dan aku dengar salah sorang jawab dalam kelam-kabut "fully dilate, 10cm dah ni!". Terkeju betul dia sebab dia tak sangka aku dah 10cm. Mr Hubby tanya nurse sama ada dah boleh teran ke....dia tunggu arahan sebab selalunya nurse kira 1,2,3.....teran dan sebagainya. Sebab masing-masing panik, nurse pun tak sempat nak berfikir. Aku dengar je dia kata fully dilate, terus aku teran sepuas hati. Alhamdulillah, semua selamat. Rasa bersyukur sangat. 

Baby selamat dilahirkan pada 35 minggu, awal 5 minggu dari tarikh jangkaan. Kira prem baby la tapi Alhamdulillah, beratnya memberansangkan, 2.59kg.  Masalah uri melekat seperti kelahiran terdahulu juga, tidak berlaku kali ini walaupun doktor mengingatkan bahawa risiko untuk berlaku untuk kelahiran ini adalah sangat tinggi. 
  

Terima kasih kepada nurse-nurse yang membantu semasa proses kelahiran. Sesungguhnya jasa mereka akan kukenang sepanjang hayat. Terutama sekali kepada nurse yang terpaksa jadi bidan terjun hari tu. 

Last but not least kepada suamiku yang sangat2 supportive. Sentiasa memenuhi segala keinginanku sepanjang 3 minggu aku di hospital. Sanggup bersengkang mata dan keletihan berulang-alik ke hospital setiap hari, without fail.

Terima kasih semua. Aku bersyukur sangat dengan nikmat yang kuterima ini. Semoga ianya berpanjangan ke akhir hayat.

Sunday 1 April 2012

Lambat lagi ke................

Salam semua,

Masih lagi bersiaran dari Hospital Putrajaya. Warded on 21 February due to bleeding at 29 weeks and after 2 weeks here, was discharged because the problem has resolved. I was having placenta praevia Type 2 at that particular time. Miraculously the placenta moved up and now in the normal position.

I was then back to work and so happy and eager to keep on my daily life as normal as possible. Then fate play its role again. After a few days at work, I was having a 'bloody show' and rushed off to the hospital again. Medical assessment and examination concluded that I was having premature contraction at 34 weeks, jalan dah terbuka 3cm. So warded lagi since 28 March sampai sekarang.

At this exact moment, I am sitting on my bed in the labour room. Been here since 11pm last night. Ingatkan dah nak bersalin. Rupanya belum lagi. Os baru terbuka 4cm. Been like this since 3 days ago. Sebelum ni duduk wad tapi bila dah terbuka 4 cm, cepat2 nurse tolak ke labour room. Kelam-kabut aku menelefon hubby suruh datang hospital. Tunggu punya tunggu, takde progress. Kesian tengok Mr hubby tersengguk-senguk kat tepi katil aku. After 10 jam, doktor decided to send me back to the ward, with caution. Takut terbersalin dalam wad. After a day kat wad, sakit tak bertambah tapi malam semalam, air ketuban bocor. Tu yang dihantar masuk labour room balik.

Aku informed hubby yang aku kat labour room but asked him not to rush over because I am not in intense pain. Sakit sikit2 je. Tak mau jadi macam hari tu. Kelam-kabut ke labour room ingatkan nak bersalin rupanya tidak jugak.

Nurse bagi oksigen dan buat CTG every few hours. Mr hubby datang jugak hospital dan tido kat dalam kereta sepanjang malam. Kesian dia panas dan nyamuk. Jumpa aku sekejap kat labour room sebab nurse tak bagi suami duduk lama-lama. Kalau nak bersalin sangat baru suami boleh teman.


Pagi ni, doktor pakar cakap, kalau contraction bertambah atau bukaan dah jadi besar, doktor akan pecahkan air ketuban. Otherwise, doktor akan biar je nature take its course sebab baby dalam perut tak cukup bulan lagi. Kalau perlu, mungkin aku akan dihantar naik ke wad balik. Hmmmm...aku ni sejak datang sini, dah 3 kali masuk labour room, turn naik dari wad ke labour room tapi jalan (os) lambat sangat terbuka.

Sebelum ni, aku berharap baby stay dalam perut lama sikit tapi sejak berulang-alik naik turun wad dan labour room ni, kena cucuk macam2 (antibiotik sebab amniotic fluid dah leaking), takut dan risau baby kena infection ke lemas ke kat dalam tu, aku mula berfikir, kalau baby nak keluar awal pun takpe la. Dengan harapan baby sihat sempurna. Selagi baby tak keluar, banyak kerisauan dalam kepala.

Baby oh baby...bila baby nak keluar ni............?

Sunday 4 March 2012

The Weeping Me

Hari ni, pagi-pagi lagi aku menangis tengok MHI. Masa tu baru jam 7am. By the time day comes to an end, entah berapa kali lagi aku akan menangis. Oh, dear......

They say that pregnant ladies are very emotional.


Well, I truly agree on that. I even shed a tear on petty things :
- Makanan lambat sampai.
- Kena drive jauh ke tempat keja.
- Payah parking.
- I even cried like mad when Noraniza Idris hugged her sons on her wedding day. Terharu, beb. Aku tak penah suka Noraniza ni. Kutuk lagi ada. Sekarang I kind of understand why she did what she did.


Let alone on big issues such as:
- When doc ordered for a C-sec on me.
- Terfikir kalau aku mati ke, cacat ke due to complications during labour.
- World issues (haa...I never knew that I have this).

Jangan la nak tersalah cakap ke apa, pantas je aku terasa hati. Nasib baik Mr Hubby faham je. During the early days of my pregnancy, I have this feeling that I am incapable of running our house as efficiently as others. Any slight criticism from my hubby seems like a statement of my failure as a mother and wife. Rasa macam I am not good enough. Worse, rasa macam no matter how hard I tried, I WILL never be good enough. Masa tu memang empangan pecah la. Lots and lots of water works, man!

When I was touched or annoyed, I let the steam out on my one and only Mr Hubby. Kesian dia. Bila aku dah ok balik, I keep reminding him that I wasn't myself - it was the hormones talking. So just ignore the hurtful remarks I made earlier on. Luckily, dia faham.

Sekarang ni, aku rasa nak nangis sebab lepas makan ubat tadi, ubat tu terasa macam ada je kat tekak aku. Lepas telan ubat tu, aku rasa nak termuntah. Worse, tangan aku tempat kena cucuk tu, bengkak dan sakit sikit. Aku tak mau bukak sebab nanti kena cucuk tempat lain pulak. Selagi boleh tahan, aku tahan dulu. Kalau dah sakit sangat baru aku bgtau nurse. And.....this makes me want to cry.





Friday 2 March 2012

Cucuk sana cucuk sini

Semalam doc suruh aku berpuasa, preparing for a C-sect, if the bleeding continues. Aku lapar giler sebab lunch tak makan sangat pastu tea time pun aku tak lalu sebab sakit pinggang. Sebab lapar punya pasal, masa dinner sampai, aku curi2 makan sikit. Perut bukan takat berdendang sayang masa tu tapi dah masuk heavy metal rock punyer. Lapar sangat.

Bila hubby sampai, aku bgtau la aku makan sikit. Dia pun marah kat aku sebab katanya kalau kena operate, bahaya ada makanan tak hadam. Aku pun takut la. Terus bgtau nurse. Nasib baik nurse dan doc baik hati. Dia kata makan la dulu, lepas dinner baru mula puasa balik. Tapi kalau perlu emergency C-sect, aku kena tunggu at least 6 hours sebelum start procedure. Aku pun apalagi, membaham sampai licin nasi goreng kampung + telur mata kerbau yang hubby bawak.

Petang tu aku dah kecut perut bila doc bgtau nak operate. Nurse datang masukkan IV drip, datang pasang alat CTG (utk monitor pergerakan dan heart beat baby). Doc ambil 2 tiub darah, just in case kalau aku perlu blood transfusion ke hapa ke...at least data pasal darah aku dah ada. By late afternoon, nurse datang off kan mesin CTG. Alhamdulillah baby ok. Aku yang takut lebih2 sampai termenangis jugak le sebab teringat Amanda Holden dan beberapa forumers yg bertarung nyawa sebab placenta previa.

Bangun pagi tu, takde bleeding. Semua ok. By 11am, specialist doc, Dr Hamidah datang dan btau all clear. Boleh off IV drip (dah masuk 2 botol) dan boleh makan macam biasa. Syukur.

Oh, pengalaman sedikit ngeri malam semalam ialah bila IV drip aku tak masuk dalam badan. So kena bukak yang lama, kena cucuk yang baru. Doc (intern aku rasa sbb muda sangat) yang tukang cucuk tu tak berapa lemah-lembut. Dah la sakit gila, rasa macam tercucuk sampai ke tulang (perasaan aku je kot) pastu tak menjadi, dia keluarkan - terus darah aku memancut kena cadar. Bengkak at an instance. Hissss ngeri. Pastu dia cucuk tempat lain pulak. Pakai jarum kecik pulak.

Tapi malam tu nurse perasan IV tak gerak jugak. Lepas consult doc (doc senior), doc suruh cabut dan nanti kena cucuk lain. Ayakkkk!! Lepas tunggu beberapa ketika, nurse tu tanya ok ke kalau dia buat? Nurse ni baik sangat. Sangat peramah dan sangat memahami pesakit. Kalau la semua nurse macam ni, alangkah bagusnya. Aku setuju je dia buat sebab sebelum tu dia dah cuba2 tengok urat aku. Nampak macam she knows what she is doing. Dia cucuk aku, sangat berhati-hati. Berjaya! Mission accomplished! Drip berjalan lancar dan sakit tu pun kejap je.Tak berpanjangan. Terima kasih nurse.

Aku pun tido dengan aman........




Tuesday 28 February 2012

Akak cleaner

Ni entry panas hati.

Aku sejak mula-mula masuk wad ni, memang rasa tak selesa dengan akak cleaner sorang ni. Apa taknya....dia masuk bilik 7-8 kali sehari. Tak penah ketuk pintu ke hapa. Tiap kali dia masuk, aku terkejut beruk.Ye la, kita dok baring2, tiba2 ada orang masuk bilik. Dalam sehari, 7-8 kali jugak tersentak dan terkejut sebab dia main terjah je. Even nurse dan doc pun reti nak ketuk pintu sebelum jenguk kita kat bilik. Pastu...apa la motipnya masuk cuci bilik sampai berkali-kali? Musykil......

Mula-mula aku sabar je le sebab fikirkan aku tak lama kat sini. Malas nak komplen2 segala. Dah seminggu kat sini dan nampak gaya memang lama kat sini, aku mula le ambil tindakan. Aku cakap ngan akak tu, tak payah la masuk kerap sangat.Masuk sekali cukup. Dia bangkang2 cakap aku. Aku cakap A dia cakap B. Malas aku melayan. Pastu dia buat muka bengang tiap kali masuk bilik aku. Dia dah kurang masuk, kalau dulu 7-8 kali, sekarang ni dalam 3-4 kali je. Tapi perangai tak ketuk pintu tetap ada. Pastu buat keja cam cincai-boncai je. Boleh dia terjatuhkan tumbler air aku pastu tumpah le air tu, menitik atas beg netbook aku. Dia buat donno je. Takde nak mintak maaf ke apa ke. Aiisssssshhhh geramnya aku ni.....!! Rasa nak marah2 je. Dia buat muka selamba je.

Cleaner yang shift malam pun, lebih kurang sama jugak. Ok sikit la dari yang pagi punya cleaner. Ni pun spesies tak reti nak ketuk pintu jugak. Bayangkan aku dah tido, dah padam lampu segala, dia boleh masuk senyap2. Bila aku tersedar, tengok2 ada orang tercegat sebelah aku dalam gelap. Mau tak tercabut jantung aku! Pastu masuk lagi dan lagi dan lagi. Aku nak tido!!!! Tapi yang ini, bila aku cakap masuk sekali je dia dengar. Esoknya dia masuk sekali je.

Aku call company dia (Radicare), nak buat aduan. Berkali-kali call, takde orang angkat pun. Habis tu camno? Company ni setahu aku reputasi baik. Tapi takkan takde ajar tatasusila nak masuk bilik orang kat staff depa? Even staff yang hantar makanan (caterer hospital), tau je nak ketuk bilik sebelum masuk, senyum segala. Kenapa buat work plan yang kena masuk bilik pesakit sampai 7-8 kali? Kena masuk cuci bilik pesakit walau dah malam dan pesakit dah tido?

Aku malas dah nak tgk muka dia. Sesetengah manusia ni, bila kita tengok, sejuk hati. Sesetengah manusia pulak, bila tengok je, menggelegak isi perut segala.



Sunday 26 February 2012

Wad 2A

Salam semua,

Masuk hari ni dah hampir seminggu aku menghuni Wad O&G Hospital Putrajaya. Hampir setiap hari juga aku menghitung detik masa dan mengira-ngira, mencongak dan meramalkan perkembangan baby. I have this big worries that my baby will be delivered prematurely. Aku tau ramai baby yang boleh survive walau lahir awal. Tapi bila Dr cakap kalau lahir seawal 30 minggu (which I am at), baby tak kuat, boleh jadi macam-macam komplikasi terutamanya masalah pernafasan, masalah mata, ginjal dan pencernaan yang tak sempurna. Worst case...berlaku pendarahan otak yang boleh menyebabkan cerebral palsy. Nauzubillah.

Last week, berat baby approximately 1.4kg. Itu estimation through ultrasound. So ada plus minus 400g kata Dr. Realistically kalau bb lahir sekarang, beratnya boleh jadi 1kg atau 1.8kg. Aku harap sangat bb ok, berat ok, organ semua ok. We have been waiting for more than 7 years for this baby. Semoga penantian ini berakhir dengan kegembiraan.

Oh, well.....bunga dari my hubby, peneman sepanjang aku berkampung kat wad ni. The only thing that 'bring a life' to this room.


Saturday 25 February 2012

I'm in!! Officially joining the club...not by choice, by force.

Salam semua,

Bersiaran secara langsung dari wad. So I am officially joining the club of mum with risky pregnancy. Sudah 4x pregnant, 2x gugur, 1 survived but not without complications (bersalin awal, retained placenta, induced) and this time, placenta previa pulak. Luckily, type 1 je walaupun at first Dr was convinced it was type 2.

Alkisahnya, I was persistently having this mild stomach cramps since last week. Jumpa Dr kat poliklinik ukm, tpt aku buat routine check up. Baby, amniotic fluid semua ok.

Yesterday, rasa letih - not unusual sbb mmg selalu letih pun lately nih ;-) . Tertido sambil lipat kain. Oh, yes....I have been doing tonnes of laundry for the past few weeks! Sorting n preparing all those bb stuffs. Bangun tido, pi toilet, alamak.....ada 'bloody show' la pulak. Sikit je tapi risau jugak sbb baru 29 weeks. Placenta previa pulak tu.

So ptg tu kami ke hospital putrajaya. Lepas scan segala, kena admit. Kena cucuk ubat utk kuatkan paru-paru baby, just in case. As a precaution kalau2 bb decided to come out early. Harap2 biarla lmbt sikit. At least 32 weeks. Skrg berat bb baru dlm 1.4kg.

Harap2 semuanya ok. Hang in there, my precious little angel. Mummy rasa ok je, mild discomfort but nothing heavy or unbearable.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :