Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, 9 October 2010

Mari memetik buah

26 SEPTEMBER 2010

Little people day out hari ni. We head off to Pick Your Own Farm at Esher, Surrey for a hands-on experience. Budak kecik 2 org ni were so excited at the chance of picking out their own strawberries. Tu pun selepas kena pre-warning : jangan petik banyak2, nanti tak habis nak makan. Choose only the big, juicy one. Hahhhaha nasib baik depa dengar cakap.


We are the pumpkin queens.

Do we look cute like this? Aaaaa? Oh..whatever kiddo...

Sea of pumpkins

Sebelum operasi memetik buah, kena operasi bergambar dulu!



Look! We got our own strawberries!

Asha : I got the biggest one.

Can we pick them all? NOPE!

Tenaga kerja bawah umur baru nak memulakan shift. Red berries and black currant...sedap buat juice nih.

Lepas memetik segala buah-buahan mengikut hajat hati kanak2 kecil ni, aku paksa mereka ikut aku petik jagung pulak. They said "We are in a jungle!"

Sebabnya pokok jangungnya besar2, seram bila dok kat dalam tu. Banyak le aku memborong sebab kawan2 kirim. Jagungnya pun besar. 1 tongkol tu macam boleh makan utk 3 orang. Sampai sekarang aku baru makan 2 tongkol. Ada 4-5 lagi dalam freezer! Bila nak abis ni? Buat menyemak ruang je. Tak baik tu...kecik ati jagung. Tarik balik la. Moral : Tahun depan kena petik dengan lebihhhh berhemah......


Merdeka Carnival 2010 at Hertfordshire

25 September 2010

Kami berkonvoi dengan K izan sefamili menuju ke Tun Abdul Razak Research Centre, in Brickendonbury, Hertfordshire. Rakyat Malaysia tak mengira bangsa dan agama, berkumpul kat sini untuk menyambut Hari Kemerdekaan. SPB Yang Dipertuan Agong Tunku Mizan dan SPB Raja Permaisuri Agong menjadi tetamu kehormat.


Gerai-gerai makanan menjual pelbagai Malaysian food.

Mee goreng mamak yang pedas giler..

Afdlin Shauki memeriahkan majlis dengan lawaknya. Yang baju merah tu mamarazzi Egham...Kak Bib.


Anak-anak Malaysia di perantauan.

Alia and her twin sister...Dora the Explorer.


Budak2 ni walau tak kenal pun artis2 Malaysia, sibuk je nak bergambar dan amik autograph. Hehehhe...

Macam serupa tak bebudak 2 orang ni? Alia and Dania.

Selepas seharian melepak kat sana, perut penuh dengan satay mahal (nasib baik sedap!) dan siap tapau macam2 makanan, kami pun berangkat pulang ke istana hinggap di Ascot.

Sekian ceritera untuk kali ini.

Babai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :