Bertemu kembali....Lama tak update blog ni. Busy dgn R course pastu diikuti dengan serangan virus selsema yang ganas pulak. Ni nak cerita aktiviti kami minggu lepas. Dimulai dgn bday Adam, pada hari Sabtu. Untuk keterangan lanjut sila lawati blog cik Puling dan mama Adam, wokey. Kedua-dua wartawan ni telah cover the story dengan jayanya. Walau pun mihun yang aku masak hari tu sungguh tidak mencapai standard, party tetap berjalan dgn jayanya. Cuaca elok dengan matahari bersinar, nasi ayam sufi yang sedap dan tetamu yg datang pun masing2 bawak juadah yang sedap2. Budak2 ni enjoy le lari sana-sini. Mak2 budak sibuk bergossip-gossipan. Ni recap untuk majlis hari tu ok:- Hishh mak sapa la ni..... Ijal, Widad dan aku. Mak buyung sedang menyembunyikan buyungnya. One for the album....budak2 beratur kat depan, org tua kat blakang! Aikk, naper semua org pandang sana? Ada sesuatu yang menarik, kah? Alia... Alia kenapa sampai berdiri atas meja tu....mama kau tak ajar ke....OK....dah selesai majlis memenuhkan perut, kami jalan2 kat Silwood Park ni. Sempat le snap sikit2. Sebab kami ramai agaknya, rabbit semua lari menyorok masuk lubang. Selalunya penuh merata-rata tempat. Hari tu ada sikit je.
Macam nak wat lari je kek baby Adam ni.... Esoknya, kami lunch kat MAKAN di Portobello Market sebab Ijal janji nak jumpa kawan lama dari Oxford dan Leicester. Seperti biasa aku mengorder kueytiau seafood yang lazat dan kemudiannya order bungkus carrot cake kegemaran aku tu! Memang superb la carrot cake kat sini. Tak caya gi try...memang terangkat.
Lepas makan kami jalan2 ke Westfield. Seronok kat sini, ala2 Mid Valley gitu. Teringat kat Msia sbb aku ngan hubby suka lepak2 kat Mid Valley. Sejak datang UK ni, jarang pegi shopping....student...paham2 jer ler....Kat bawah ni gambar 'family room' a.k.a toilet kat Westfield ni. Kelas gilerr...very spacey dan siap ada LCD tv gitu kat dalam tu. Ada kerusi2 comel untuk budak2 dan couch utk mak budak. Kiut la!
Ni ler family room tu Gambar ni takde kena-mengena dgn Westfield. Ni gambar Alia kat dalam bedroom, kat umah. Macam2 kedai kami kuar-masuk. Aku tak beli apa pun.....tengok2 je. Malam tu kami dinner kat Number One Cafe. Last week kami dah datang sini, ngan Sufi n family. Aku suka betul nasi goreng kampungnya. Pedas dan sedap, macam kat Msia. Sambil tulis ni, terkeluar air liur aku....huhuhu. Pastu kami order aiskrim for desert. Memang penuh perut hari ni...asyik makan je.
Yang belah kiri sekali tu le tokey kedai ni...dia dah 14 taun dok UK. Sangat la ramah sampai naik penat kami nak melayan dia. Posing sketttt Depan booth CBBC. Masa ni diorang tengah shoot program kanak2. Kalau Alia besar skit, aku suruh je dia join sekaki. Ni le desert Alia. Dalam eggman tu ada vanilla aiskrim dan chocolate rice. Dia suka bekas tu je, aiskrimnya tak makan sangat. Tak pe, lain kali aku tak beli dah.
Cak cakk.....jurugambar jemputan dari Msia amik gambar model UK yang tak professional Ni gambar cik Puling dan budak2 ni masa kami kat restoran ni minggu sebelumnya. MIL Sufi belanja....terima kasih banyak2. Ijal tengah mengerjakan muka Alia. Si Alia, apalagi, sepanjang hari perasan muka dia cun lepas dimekapkan. Kembang kempis idung dia sepanjang kami kat Westfield.
Selepas puas dok bergelak-ketawa sehari suntuk, kami pun balik umah kepenatan........ It was worth it, lama dah tak seronok2 over camni.