Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 12 July 2010

Safari Park

Our first encounter with the wild! Up close and personal!

We spent a day at West Midland Safari Park, in Birmingham. Quite interesting especially for Alia. Tempat ni sangat besar, so kalu sapa2 nak gi sana, I would suggest pegi pagi2 lagi. Banyak aktiviti tapi kami sempat tengok Sea Lion show dan melawat safari je. Pastu pegi kejap ke Leisure Park.



Apa nama haiwan ni, ye? Lupa pulak. Hubby aku ada bgtau tapi aku lupa dah. Haiwan ni macam arnab tapi lebih besar, macam kangaru tapi lebih kecil. Lompat2 macam kangaru.

Rusa...depa datang makan kat tangan. Aku tak berani....bila rusa tu datang dekat, aku campak makanan tu.


Bengal tiger

Cheetah


Harimau putih sedang merenung masa depan.

Unta...besar, kan. Walaupun bulunya huduh tapi muka unta ni cute...

What a sight....

Mula-mula hubby aku konon nak tunjuk macho, dia panggil2 binatang ni. Sekali binatang ni datang dekat betul, nak masuk kepala dalam keta...haa...baru semua gabra. Cepat2 roll up the window. Alia dah jerit-jerit masa tu. Sempat le meleleh air liur binatang ni kat cermin keta.


Aku suka ni...Sea Lion show. Very entertaining.




Lepas abis menjelajah safari park, kami kelaparan. Pegi ke city centre, makan di restaurant pak arab. Sekali, datang satu dulang besar berisi nasi n pasta, kat atas tu ada 1/4 ayam dan daging kambing. Satu dulang lagi, salad. Terkejut kami tengok. Boleh makan 4 orang! Kami kekenyangan sampai tak larat nak bangun. Gambar dalam hp hubby...tak dapat nak tunjuk sajian gergasi ni.

Orait, sehingga berjumpa lagi......




Work n Play

Balik dari Cornwall, kami bergegas kemas barang sebab aku kena pegi fieldwork kat Edinburgh pulak. On the way tu, singgah jumpa Dar kat Newcastle. Lepas makan segala (thanks to Mara n wife), kami bertolak ke Haven di Seton Sands. Caravan kami betul2 menghadap laut! Cantik tapi takleh mandi sbb sejuk giler. Shingles all over, bukan sandy beach. So buat cuci mata jer le.

Bergambar kat entrance, sebelum balik. Suka la tempat ni...

On the way nak balik Ascot.

Singgah semalam kat Leeds sebab kami tak larat nak drive berterusan. 9-10 jam tu....sapa larat? Sempat le bersauna segala...hilang penat terbongkok-bongkok kutip algae dalam hujan. Kalau camni selalu kan best. We had a time of our life, here. Walaupun kat Msia tak heran ngan Holiday Inn, kat sini kira terer jugak le sbb selalunya kami dok Travelodge je...hotel budget.

Jalan2 sekitar bandar Edinburgh, termasuk muziumnya. Besar! Aku rasa ada 7 tingkat kalau tak silap.

Edinburgh Castle dari jauh.

Kat muzium. Alia pakai baju org istana zaman dulu. Lepas tu kami kena bebel ngan staff kat situ. Katanya baju tu bukan utk pakai, utk tayang je. Mana la kami tau sebabnya ramai org dok pakai baju tu utk amik gambar. Kami pun ikut le.....

At the caravan site. Aku suka caravan style holiday sbb boleh masak, ada living room utk lepak2 dan beromantika (cewahhhh) dan ada banyak aktiviti for kids. Ada nyanyi2, dancing2, games, segala macam la.

Alia with the casts from the Seton High Musical. She enjoyed the play very much.

Bergambar ngan Dar n Ja'a sefamili, sebelum depa balik. Tinggal le kami meneruskan sisa2 percutian kat sini dan juga menghabiskan makanan yg depa tinggal. Dar, aku tau kau nak kasi aku bertambah kembung, kan. Apapun, aku seronok dapat bersama mereka. Dar, kawan aku dari zaman UKM. Housemate n teman gossip. Zaman cintan-cintun kat kamsis dulu. Masing2 tgh bercinta dgn pasangan masing2 time tu. Oh, I miss the old days...miss geng2 aku yg gila2 and very supportive tu.

Ni antara posing wajib bila 2 beranak ni bergambar sama. Alia suka dok atas bahu...perasan tinggi la tu.

Bandar Edinburgh dari roof top. Kami kat roof top terrace di National Museum of Scotland.

Aku suka tengok biri2 yang banyak sungguh kat Scotland ni. Very adorable.

Selepas siap perbincangan dgn researchers dari Centre of Ecology & Hydrology, hubby bawak aku naik bukit ni. Cantik, tapi yang spoilnya, banyak ta*i kambing......

Serene..........

Kegemaran suami aku...kincir angin.



Hujan pulak masa aku bertungkus-lumus amik sample algae. Apakan daya, aku kuatkan semangat mengharungi hujan panas ribut petir segala. Bukan senang nak buat PhD......woii. Nasib baik my laling hubby ikut sama tolong aku, walaupun he retreat himself into the shed just 5 minutes after we start the work. Takpe, janji dia dia sanggup teman aku. Thanks jugak to Dar n Ja'a yang sukarela bawak Alia berenang bersama Damia. Suka budak-budak 2 org ni main air.

All in all, aku seronok pegi cuti2 kali ni. Sekarang ni my laling dah balik Msia. Until we meet again, my love. Psstt..suamiku dah bagi green light nak cuti2 ke europe bila dia datang Feb nanti. Aku nak pegi Spain dan Greece, boleh? Can't wait. Sementara tu, aku kena tekun dan cepat2 siapkan research aku. Lepas tu baru boleh beronggeng-ronggeng. Yihaaaa.............sementara tu study study study stado....that is my new mantra.


Weekend Break in Cornwall

We had this break in May. Cuaca sekejap ok, sekejap hujan. Masa pegi Land's End (terletak paling hujung di english island, hujan rintik2 sepanjang hari. Esoknya, cuaca cerah ceria.

Kat Minack Theatre...cantik, kan.

Ni kat pantai yang kami singgah on the way ke Plymouth.




Kat Eden Garden.


Robot dari binaan alat-alat elektrik yang terbuang. Ada tv, microwave, radio, typewritter etc. Genius!

Cuaca mendung, hujan rintik2, habis lensa kamera pun berbintik2.

Domes for different biomes kat Eden Project.

Kami nak tractor train ni...best!

The best part is tiket masuk tu valid for 1 year, the worst part is...aku lupa nak activate card tu so tak dapek le nak pegi lagi...unless beli tiket baru yang harganya agak mencobek poketku...



Widad datang! Yahooo!!

Seronok dapat jumpa Widad. Seorang sahabat yang baik, lucu dan waras, hehehe. Aku bertuah kerana dikelilingi oleh kawan2 yang sangat baik. Alhamdulillah.

Cheeky Wardah with mom and dad.

Femli Widad bergambar kat kebun sayur kami...

Depan muka pintu pun kena amik gamba jugak. Ada org cakap rumah aku ni proper English house.. :-). Sekarang dah pindah masuk kampus, duduk flat ajer.....


Nanti kita jumpa lagi ye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :