Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Sunday 2 October 2011

Sports Day

July 2011

Berkesempatan menghadiri Sports Day kat sekolah Alia. Aku kalau tengok anak sendiri kat aktiviti sekolah, mesti terharu punyer. Dulu masa Alia naik pentas untuk peragakan topi untuk Easter Bonnet Parade tu pun, mengalir jugak air mata aku. Masa Sports Day ni pun kuar air mata. In fact, masa Open Day kat sekolah anak Win di Windsor, aku nangis jugak tengok budak2 kecik menari. Hisss...apa kena ntah.

Yang tengah tu, Guru Besar sekolah- Mrs Cochlin.

Ini Mrs Thompson...baik orangnya. Katanya Easter (bulan April) tahun depan dia nak datang Msia, melawat anaknya yang mengajar di International School. Kalau tak silap kat Sekolah Seri Inai. Kalau sempat, boleh jumpa dia lagi.


Alia tengah concentrate tu...egg and spoon race.

Kat bawah khemah...kepanasan.

Ni budak2 nursery. Sekolah ni ada sekolah rendah sekali dengan nursery. Nursery mula masa umur 3 tahun, Reception - 4 tahun dan Year 1 umur 5 tahun. Ada yang 6 tahun sebab sesi mula bulan September. Kita kat Msia mula bulan Januari.

Yang kat belakang dukung anak tu, my good friend Catherine. Tengah dukung anak kecilnya, Alice. Cute sangat dua-dua orang ni. Kami amik turn hantar dan amik anak dari sekolah. Lega la sikit.

Lepas habis acara untuk budak2 sekolah, ni acara lari untuk ibu-ibu pulak. Alia tanya kenapa aku tak join sekali? Ishhh...malu la I...I kan pemalu, you!

Ini acara lari utk utk bapak2 pulak. Yang hujung sekali baju biru tu, Orlando - suami Catherine. Bolivian. Bila aku sebut nama dia, mesti terbayang Orlando Bloom dalam Pirates of the Carribean tu. Walaupun tiada persamaan langsung, kecuali pada nama.

Ketua dan penolong ketua rumah, menerima piala kemenangan. Kat sini, budak2 diberi sticker bila menang. In fact, aku rasa semua yg amik bahagian dapat sticker. Teringat dulu masa aku kecik2, lepas sukan berbondong-bondong bawak balik tuppreware kecik sbb sekolah bagi hadiah tupperware. Tupperware cap siam je pun.

Recap...STONEHENGE

JULY 2011

Masa nak pegi Wales hari tu, kami menyinggah kat Stonehenge sekejap. Duduk intai dari luar je memandangkan kami kesuntukan masa dan kesuntukan ongkos. So tengok gambo ajer le ye.




Batu-batu ni dipercayai dibina masyarakat dahulu-kala, untuk dijadikan kawasan perkuburan orang-orang berpengaruh, ratusan tahun dahulu. Wajib amik gambar kat signboard...tipikal pelancong yang melencong. Wajah interprem...

Recap lagi....WALES

JULY 2011

Masih lagi cerita masa kat UK...maklum la makcik ni lambat mengupdate. Cerita dah basi tapi kena masuk blog jugak sebagai kenangan di hari muka. Ni nak cerita masa kami gi Wales dulu.

Rasanya dalam bulan Julai kot. Pegi melawat kawan hubby kat Cardiff so dalam perjalanan tu kami singgah2 le. Sempat le pegi 3 shopping outlet, dapat le beberapa pasang kasut utk setiap orang sebab masa tu tengah sale.

Yang paling unik kat Cardiff ni ialah bahasanya la. Nak sebut pun terbelit-belit lidah ni. Dorang ada bahasa sendiri tapi kebanyakan generasi muda dah tak berapa pandai cakap bahasa ibunda ni. Mostly cakap English je. Tapi yang bagusnya papan tanda rasmi masih menggunakan dwibahasa so secara tak langsung dapat la belajar jugak.

Gambar kami main snap je sebab kesuntukan masa.

Orang Welsh yang seksi-meksi nak tunjuk tatu, kat depan grocery store a.k.a kedai runcit. Bayangkan kalu org kita pegi beli sardin pakai camni...fuyoooo....mau ikan sardin pun lari lorr.

Orang Melayu yang penat menjelajah 3 outlet tapi hasil tuaian tak seberapa. Menyesal tak beli Osprey masa tu. Sampai sekarang terkenang-kenang. Takde rezeki...

Akhir kata, kami nak ucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami. Walaupun depa dah nak balik Msia dan barang2 depa semua dah dihantar naik kontena tapi sudi jugak menerima kunjungan kami. Dalam desperado itu, sempat jugak tuan rumah masakkan nasi ayam utk kami. Terima kasih daun keladi, ada masa jemput la ke rumah kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :