Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 15 January 2009

Data oh data

Bertemu kembali,

Kali ni aku nak berbahasa Melayu pulak. Sebabnya ada seorang insan prihatin yang menegur aku. Katanya dulu aku pernah tulis dalam salah satu post yang aku nak menulis blog ni dalam bahasa Melayu, nak bagi kaum-keluarga dan saudara-mara kat kampung baca. Tiba2 tulis bahasa English pulak. Orang yg prihatin tu ialah suamiku yg tercinta. Biasa la...dia editor tak bertauliah utk blog aku nih. Aku ni sebenarnya menulis ikut mood. Sebab tu kadang2 Melayu kadang2 English. So maapkan lah ye.

Ok la, cerita tentang kehidupan pulak. Semenjak 2-3 minggu ni aku sibuk buat analisis untuk data kerjalapangan. Hai, susahnya nak buat Biostatistik nih. Tu la, dulu masa buat Degree tak belajar betul2. Sekarang baru menyesal. Dulu masa 3rd year ada satu subjek ni nama Biometri. Lecturer yg mengajar tu memang baik hati (dia ada anak lelaki hensem...masa tu kami budak2 lagi). Aku dan geng2 borak aku selalu duduk seat paling belakang sebab senang nak borak2. Kalau kelas lain kami duduk tengah2 (tak mau dok depan sbb yg dok depan tu budak2 nerd-ni alasan je, sebenarnya kalau dok depan tak boleh tido takut lecturer nampak). Tapi sebab Biometri ni sangat la susah nak paham (in fact tak faham langsung) so kami awal2 lagi memilih time Biometri ni utk buat benda2 lain. Si Intan tulis surat/sajak (memang hobi dia sejak dulu- dia nak jadi penulis), aku conteng2 lirik lagu kat note pad dan Nazrul dok baling2 bola kertas kat org bawah. Sorang lagi kawan aku (lupa nama dia) selalu dok bentang bisnes plan
dia (skim piramid-aku nyaris nak join, nasib baik cepat insaf) time Biometri ni. Amaran : Adik2 yang baca blog ni, jangan tiru perangai kakak ni tau. Tak baik. Masa belajar, belajar betul2. Duduk row paling depan ok. Kalau kena tempias air liur lecturer lagi bagus. Berkat, kihkihkih.

Sekarang ni bila aku tak pandai nak buat statistik, baru nyesal. Tapi yang peliknya, bila result keluar kami semua dapat gred yg sangat ok. Tak sangka langsung.

Sekarang ni, data aku tak siap2 jugak sebab aku tak confident dgn analisis yg aku buat. Puas la aku dok menung data tu lama2, baca buku statistik 5-6 bijik pun aku masih tak yakin analisis yang aku buat tu tepat. Dah siap buat, print, pastu tak confident, tukar. Siap. Tukar. Buat lain. Tukar. Begitulah seterusnya. First time aku hantar kat supervisor ari tu, dia kata separuh analisis yang aku buat tu betul, separuh lagi ubah kepada method lain. Kawan2 yg sama2 buat PhD kat sini pun cakap bab statistik ni le yg paling susah. Diorang cakap "We all hate statistics". Aku tu benci jugak tapi statistik ni bahagian paling penting dalam result. Tanpa statistik, data yg diambil tak reliable dan bias. Ada sorang member aku tu hari2 nangis bila ngadap data. Aku rasa dah 2 minggu dia nangis. Tiap2 hari Ahad petang dia mesti call aku mencurah kesedihannya. Katanya method apa nak pakai, sesuai ke dgn data dia? Ada kaitan ke dgn parameter yg diambil? Significant ke tidak? Mcmana dgn linear regression? ANOVA? Correlation? GLiM? Penin penin.

Kat sini diorang pakai software yg aku tak penah dengar pun. Namanya 'R'. Kat Malaysia dulu pakai SPSS ke MVSP ke atau kalau zaman dulu2, MINITAB atau MATHLAB. Nak tanya org pun susah sebab data setiap org lain2 so pendekatan pun lain. Sikit2 boleh la diorang ajar. Selebihnya aku kena mentelaah sendiri le jawabnya. Aku paham konsep tapi tak reti nak kaitkan dgn data aku. Maknanya aku tak paham betul2 le konsepnya kan? Ish..kompius betul. Harap2 tak lama lagi aku terer la bab2 statistik nih. Boleh la aku mula tulis laporan. Senang sikit hati aku. Selagi analisis tak siap nampaknya selagi itulah aku dok macam ni je. Adoiii...selepas setahun kat sini baru aku mula terasa payahnya buat PhD nih. Kawan2 dan keluarga semua, doakan aku berjaya ye. Doakan aku rajin, bijak, fokus, cemerlang, pantas, tekun dan segala-galanya yg positif tuh! Hati aku ni berdebar je tiap2 hari selagi tak siap statistik nih. Ayooo...manyak susah lor!

R oh R kenapakah kau susah sangat utk dipahami...........
Tak boleh ke present data pakai graf2 biasa je........... oh statistik, kenapalah kau wujud?!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :