Salam semua...
Haaaa....as promised, here's recap aktiviti2 kami masa balik bercuti mid Januari lalu. Lega sangat dapat balik jumpa mak ayah dan adik-beradik. 2 tahun tak jumpa, terubat rindu dapat jumpa mereka. Entah bila dapat ketemu lagi......
Masa dalam flight dari KB ke KL, rasa syahdu pulak....terbayang harapan ibu bapa dan sanak-saudara terhadap diri ini. Mampukah aku merealisasikan impian mereka? Mampukah aku mengatasi cabaran dan ujian dalam menimba ilmu di bumi asing ini? Apapun, ku letak sepenuh harapan pada Yang Maha Berkuasa.
Tak mau la cerita yang sedih2, mau cerita yang hepi2 je. 2 tahun aku mengidam satay kajang Hj Samuri dan nasi beriani Ghazal, akhirnya kami bersatu jua...hehhehe. Terima kasih buat hubby yang bersungguh-sungguh bawak aku pegi mengadap 2 makanan kegemaranku ni. Pastu bukan sekali, aku rasa 2-3 kali gak kami pegi. Ye la...kat London kira telan air liur je le kalu kempunan nak makan. Alang2 dah sampai kat Malaysia, apalagi...santap sepuasnya, hihhi (no wonder aku sekarang membelon...).

Durian (fav aku) dan sate kajang Hj Samuri (fav jugak...apa agaknya yg bukan fav ni?. Kami mencari durian sampai ke Dengkil. Punya la semangat tu. Tapi berbaloi la sbb memang sedap durian ni.
Pastu, sebelum balik London, sempat gak kami ke Genting Highland. Ni kiranya our 6th visit kot, hahahhah (berlagak, ...org lain hari2 pegi Genting pun tak heran). Kami suka gi Genting sbb lokasinya tak jauh sangat, cuaca best dan tempat ni happening. Makanan pun best kat sini! We spent 3 days here and Alia was very happy to learnt that she got to swim, too. We had the unlimited-all-park pass, so kami main2, sampai midnight. Malam dah penat, tido...simpan tenaga utk esoknya pulak. Alia was very eager to hop on each and every ride on offer but she was refused sbb tak cukup tinggi........
Ni le tempat kami makan....1st time makan kat sini tahun 2005 kot. Masa tu Alia kecik lagi. Kami pegi dengan Rudy & JJ, ala...deejay Hitz.fm tue. Kira revisited la ni.....mengenang zaman muda2 dulu, kihkihkih. This time Alia dah besar, boleh makan banyak sikit. Aku memang bagi A++++ kat Coffee Terrace ni sebab kat sini ada macam2. Ada makanan Melayu, Cina, Nyonya, Western, Japanese, Indian dan jugak dessert yang pelbagai warna, corak dan rasa. Memang spoilt for choice. Kami makan sampai nak pecah perut, hihihi. Semua nak rasa, tapi amik secubit2 je. Test dulu. Kalau sedap, baru kami gi amik penuh pinggan, hahah.
Kami makan Ipoh Hor Fun (selama ni dengar je-sbb kat highway nak gi Ipoh ada satu iklan besar pasal hor fun ni. Masa tu tertanya2 apa kebenda la hor fun ni. Sekarang baru tauuuu). Pastu kami makan yong tau fu, char kuey tiau, satay ayam dan kambing, sushi, teppanyaki, miso sup, nasi putih with kari ayam dan ikan, caesar's salad, chicken roulade, grilled lamb and chicken, pakora dan macam2 lagi. Haa...jangan terkejut tgk list panjang ni! Tu tak masuk dessert lagi. Alia paling seronok sebab dia boleh makan aiskrim sepuasnya....macam2 flavour ada pastu boleh letak topping sendiri - dia letak melted chocolate and chocolate rice. Pastu makan ABC pulak. Aku pulak try macam2 kek, pastu makan bread n butter pudding pulak. Kenapa aku gemuk? Sila salahkan Coffee Terrace ye.....

Ma dan abah serta Ngah bersama anak-anaknya, di apot KB, menghantar aku ke KL. Che (moyang Alia) pun ada jugak masa ni.
Alia dan Insyirah...tengah main pantai kat PD. Sempat jugak kami ke PD sebab Alia memang teringin nak main pantai. Kat UK ni, pantainya sejuk beku.
Ni gambar Alia masa kenduri kawin Nasreena di Sg Buloh. Suka la dia dapat pakai baju ala2 princess ni.
Kat kenduri kawin ni Alia jumpa K La semula. Alia biasa la...mula2 jumpa, suam2 kuku. Suruh bergambar pun dia masam mencuka. Pastu bila jumpa 2nd time, dia sibuk lak membontoti K La.
Alia bersama pak ngah Afiq dan tokma. Masa ni kami singgah beli strawberry kat Cameron Highland masa dalam perjalanan ke Sg Buloh, dari Kelantan.
Ni gambar kami masa celebrate birthday aku. Muka berpeluh2 sebab baru balik dari town pastu masuk dapur, tolong ma masak utk budak2 kecil ni. Terharu sangat bila hubby beli kek dan bawak kami ke town. Rasa disayangi sangat. Terima kasih, bang. Perempuan macam tu la kan...even bende kecik mcm beli kek pun, boleh buat hati cair.
Birthday cake, hadiah dari suamiku. Dia kata tak mau tulis 'isteri tersayang ke?' Aku pulak mau tapi malu...takut nanti org kg aku muntah, hihhi. Simpan dalam hati je le.
Alia jakun sbb dapat makan goreng pisang. Almost tiap2 petang ayah Su Azim gi beli goreng pisang utk Alia. Pastu malamnya pulak ayah su gi beli nasi lemak for dinner. Kadang2 mee goreng atau mee rebus. Sejak balik kg ni, Alia makan banyak. Suka hati aku. Ayah su memang rajin.
Alia ronda2 naik moto ngan tokbah dan Syira. Suka betul budak2 berdua ni. Masa kat apot, Alia mintak kebenaran utk bawak Syira ke London. Hmmmm...aku ni lagi la, kalu boleh nak bawak semua sanak-saudara.....
Sampai2 je kat LCCT dari London, aku pekena Prosperity burger. Pastu masa kat Batu Gajah, hubby bawak kami makan kat Pizza Hut. Lepas gian nak makan makanan halal puas2. Kami makan sphagetti bolognaise dan pizza. Haaa...puas hati. Lepas tu takleh terkenang2 dah. Tunggu abis blaja baru boleh makan balik.
Suami aku bersila lendik, kata org Kelantan. Tengah teman Alia main bouncy castle, masa balik kg kat Batu Gajah.
All in all, aku sangat gembira dapat balik ke kampung halaman. Terima kasih buat semua yang menjadikan kepulangan kami suatu kepulangan yang menggembirakan. Ma dan abah yang disayangi...terima kasih tak terhingga. Yana dan Je yang banyak membantu kami. Terima kasih Yana kerana menjadi teman borakku. Juga buat Asrul, Asraf, Afiq, Azim dan Anis. Ngah, Mok Ude, Cik, Ayah Cik, ayah Ngah dan mok adik sekeluarga. Terima kasih gak buat Anuar dan Alya yan g menjenguk kami. So happy to see u guys. Juga buat Chor dan abg Omar yang selalu menyambut kami dengan pelbagai makanan yang hebat. Teringat nasi kerabu yg super yummy tu! Terima kasih buat mak (yang bagi kursus pendek utk menantunya-masak kari kepala ikan) dan bapak di Batu Gajah.
Tak terucap dengan kata2, terasa bertuahnya diri ini kerana dikelilingi kaum-keluarga yang disayangi. Terima kasih semua!!!! Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Sementara itu, ku doakan yang terbaik untuk kalian semua. Semoga Allah merahmati hidup kita semua.
Entry kali ini ditujukan khas buat anda semua.
Salam sayang dari kami di perantauan.

3 comments:
sakan aktiviti makan2.
salam...
blog walking :) suka baca2 diari maya orang di kala tiada kerja nak dilaksanakan... :)
K as...memang kami makan2 je balik kg ari tu.
penahatiku...thanks for dropping by.
Post a Comment