Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, 28 February 2012

Akak cleaner

Ni entry panas hati.

Aku sejak mula-mula masuk wad ni, memang rasa tak selesa dengan akak cleaner sorang ni. Apa taknya....dia masuk bilik 7-8 kali sehari. Tak penah ketuk pintu ke hapa. Tiap kali dia masuk, aku terkejut beruk.Ye la, kita dok baring2, tiba2 ada orang masuk bilik. Dalam sehari, 7-8 kali jugak tersentak dan terkejut sebab dia main terjah je. Even nurse dan doc pun reti nak ketuk pintu sebelum jenguk kita kat bilik. Pastu...apa la motipnya masuk cuci bilik sampai berkali-kali? Musykil......

Mula-mula aku sabar je le sebab fikirkan aku tak lama kat sini. Malas nak komplen2 segala. Dah seminggu kat sini dan nampak gaya memang lama kat sini, aku mula le ambil tindakan. Aku cakap ngan akak tu, tak payah la masuk kerap sangat.Masuk sekali cukup. Dia bangkang2 cakap aku. Aku cakap A dia cakap B. Malas aku melayan. Pastu dia buat muka bengang tiap kali masuk bilik aku. Dia dah kurang masuk, kalau dulu 7-8 kali, sekarang ni dalam 3-4 kali je. Tapi perangai tak ketuk pintu tetap ada. Pastu buat keja cam cincai-boncai je. Boleh dia terjatuhkan tumbler air aku pastu tumpah le air tu, menitik atas beg netbook aku. Dia buat donno je. Takde nak mintak maaf ke apa ke. Aiisssssshhhh geramnya aku ni.....!! Rasa nak marah2 je. Dia buat muka selamba je.

Cleaner yang shift malam pun, lebih kurang sama jugak. Ok sikit la dari yang pagi punya cleaner. Ni pun spesies tak reti nak ketuk pintu jugak. Bayangkan aku dah tido, dah padam lampu segala, dia boleh masuk senyap2. Bila aku tersedar, tengok2 ada orang tercegat sebelah aku dalam gelap. Mau tak tercabut jantung aku! Pastu masuk lagi dan lagi dan lagi. Aku nak tido!!!! Tapi yang ini, bila aku cakap masuk sekali je dia dengar. Esoknya dia masuk sekali je.

Aku call company dia (Radicare), nak buat aduan. Berkali-kali call, takde orang angkat pun. Habis tu camno? Company ni setahu aku reputasi baik. Tapi takkan takde ajar tatasusila nak masuk bilik orang kat staff depa? Even staff yang hantar makanan (caterer hospital), tau je nak ketuk bilik sebelum masuk, senyum segala. Kenapa buat work plan yang kena masuk bilik pesakit sampai 7-8 kali? Kena masuk cuci bilik pesakit walau dah malam dan pesakit dah tido?

Aku malas dah nak tgk muka dia. Sesetengah manusia ni, bila kita tengok, sejuk hati. Sesetengah manusia pulak, bila tengok je, menggelegak isi perut segala.



2 comments:

sitiezahim said...

buat aduan kat pihak hospital la...

Asmida said...

Tu la.....harusssss.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :