Masa mengandung, aku memang nekad akan berpantang betul-betul sepertimana masa melahirkan anak pertama. Tapi manusia hanya mampu merancang.....
Baby lahir di Putrajaya. Aku nak balik berpantang kat kampung. Sebab Mr Hubby nak settlekan hal-hal pendaftaran kelahiran, hal tukar sekolah Alia, hari ke-3 lepas bersalin baru kami bertolak ke kampung. Being us, setiap kali travel sama ada balik kampung ke, holiday ke.....memang kami ni tak pernah travel light. Penuh la satu kereta walaupun masa tu ada satu anak je. Semua benda nak dibawak....inikan pulak anak dua.
Sama jugak kali ni, macam2 benda aku nak bawak balik. Maklum la akan berkurung sebulan kat kampung jadi aku angkut le segala macam mak nenek. Jadinya dengan barang yang super banyak, tidak dapek la nak travel ikut atas. Nak tak nak, kena la naik keta. Aku ok je sebab travelling with my hubby memang enjoyable. Dia bawak keta macam makan angin. Hahahhaha. Selalu kalau balik Kelate, 2 hari baru sampai. Berenti sana berenti sini. Kalau dah penat, tido dulu kat hotel, esok sambung balik.
This time around, aku tak dapat enjoy-enjoy sebabnya dalam keta, depa dok makan macam-macam, aku tak boleh. Berenti makan kat kedai pun, aku kena makan ikan kembung bakar kosong tanpa pencicah dengan nasi kosong je. Lupakan aje segala McD, KFC, Pizza, ayam masak pedas, daging kicap ke ikan patin ke. Apatah lagi milo ais atau teh o ais limau. Mau kena pelangkung ngan mak aku.
Nak singgah tempat2 menarik pun tak boleh sebab orang lepas bersalin mana boleh jalan jauh2 kan. Jadi................bila pilihan terhad, aku nak cepat sampai je la. Mr Hubby nak berenti singgah tido pun aku tak mau. Cuba offer lagi masa aku sihat. Haaaaaa.......baru betul.
Sebut pasal berpantang, mak aku memang ketat amalannya. Masa anak pertama dulu, lepas berpantang, body aku pulih sepenuhnya. Rasa sihat dan bonusnya, aku lebih kurus berbanding sebelum ni. Memang best la sebab semua baju lama boleh pakai balik. Kali ni, hasrat nak kurus tu nampaknya macam tak menjadi je. Hari ni dah hari ke-21, body aku camtu jugak, perut ada lagi. Rehat pun tak cukup sebab hari ke-5, baby kena jaundice. Hai ke-7, naik tinggi sangat kuningnya sampai kami dihantar ke hospital dengan ambulans. Sepanjang di hospital, aku bannnnnnnnnyakkkkkkk sangat berjalan. Nak buat macamana, dah terpaksa. Aku gagahkan diri walaupun sebenarnya penat sangat. Demi anak, sanggup je buat apa saja. Tambahan pulak aku tak makan apa-apa jamu atau akar2 kayu sebab takut jejaskan kesihatan baby. Masa Alia dulu, aku memang makan macam-macam.
Sebab penat sangat, aku hampir2 demam. Mr Hubby mintak dengan doktor, nak keluarkan baby dari wad. Nak pegi private hospital yang ada nursery so mummy tak payah bersengkang mata berulang-alik jenguk baby. Dia kesian tengok aku yang dah letih sangat2. Masa kat spital gomen, boleh je kalau aku tak mau duduk ngan baby. Masalahnya, baby kena severe jaundice so treatmentnya dikira sebagai intensive phototheraphy. Dia duduk dalam UV light dan cotnya ditutup sepenuhnya dengan kain biru bagi memaksimumkan treatment tu. Sebab baby terlindung, aku risau nak tinggal dia kalau2 dia tersedak susu ke apa ke. Nurse memang busy giler sebab baby ramai sangat dan depa terpaksa bagi attention pada kes-kes yang lebih memerlukan. Dah tu, ada jugak nurse yang kasar bukan main. Sesuka hati je angkat baby sampai aku tengok leher baby tu macam terpusing je. Seram. Tak sanggup aku nak tinggalkan baby aku kat bawah jagaan (atau lack of care) hospital tu. Jadi baik aku duduk jaga sendiri.
Kat private tu, aku tak duduk dengan baby sebab badan dah tak larat. Kat sini tak ramai baby so nurse boleh bagi perhatian yang tak berbelah bagi. Boleh la aku rehat seketika. Itupun, setiap hari kami pegi tengok baby. Nasib baik tak lama, lepas 2 hari dah boleh discharge.
Eh, nak cerita pasal berpantang tapi melalut ke lain pulak. Sepanjang berpantang kali ni, aku macam tak berpantang sangat. Sebab keadaan memaksa. Keutamaan sekarang ialah kesihatan baby. Sekarang dia masih lagi jaundice. Sejak keluar spital, hampir setiap hari atau paling kurang selang sehari, kena bawak baby amik darah untuk check serum bilirubin (kesian.. sakit baby tu dan penuh lubang kat kaki dan tangan). Jadi aku takde la duduk je all the time macam orang berpantang. Tu yang kalau boleh, aku tak mau jalan kalau tak perlu. Nak duduk je. Tapi sebab orang tengok aku macam sihat je, kadang2 aku terpaksa jugak urus hal2 yang perlu. Rasa nak nangis pun ada.
Cepat la habis tempoh berpantang ni. Cepat la babyku sihat. Aku nak makan ubat untuk pulihkan badan. Nampaknya hasrat balik kampung untuk 'repair work' nampaknya tak berapa berhasil. Tak apa la. Asalkan baby sihat........
Lepas ni kena doublekan usaha untuk pastikan aku sihat dan fit. Tapi otak aku ni asyik fikir pasal cold drinks je. Sedapnya air batu...teh ais, milo ais. Aisshhhhh macam akan fail je misi nak kurus ni!