Hari ni, masuk hari ke-20 aku berpantang. Nak cerita pengalaman bersalin kali ni.
Alhamdulillah, pada tanggal 3 April 2012, jam 4pm, maka lahir lah baby yang sekian lama dinanti. Memang sangat berbeza antara kelahiran pertama dan kedua. Kelahiran pertama, 7 tahun lalu, Alia lahir secara induced at 36 week pregnancy. Sakit nak menunggu bukaan (os) agak lama....dalam beberapa jam.
Untuk kelahiran ini, sakit sekejap sangat...dalam 30 minit je. Tapi sakitnya sangat sangat intense! Proses meneran pun senang sangat, sekali teran je terus keluar. Bidan yang sepatutnya menyambut baby, tak sempat nak pakai gloves, tak sempat nak bukak barang2 (bungkusan hijau yang dah disterilized....entah apa isinya tak pasti la pulak), aku dah nak teran. Terpaksa la nurse yang check bukaan yang sambut baby sebab dia dah siap-siap pakai gloves.
Mr Hubby jadik instructor, membantu aku agar tak lupa buat deep breathing method. Personally, aku beranggapan deep breathing method adalah sangat membantu dalam menahan kesakitan yang teramat sangat tu. Sebab sakit sangat, aku pejam mata sepanjang kesakitan tu. Tak nampak apa yang berlaku tapi aku dengar kelam-kabut nurse menjerit mintak bantuan. Dengar dia jerit "Tolong, orang kat luar, cepat masuk dalam ni!!". Masa tu, aku tau keadaan kelam-kabut dan cemas. Kata suamiku, ada lebih 10 orang yang berlari masuk dalam labour room tempat aku menahan kesakitan tu.
Aku dengar suara cemas suamiku..."Jangan berhenti bernafas..jangan tahan lama sangat.....breath in....breath out". Risau dia tengok aku macam berhenti bernafas. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya masa tu. Suami aku cemas, dia pun menangis bersama-sama aku. Terharu. Masa tu aku pakai entonox, gas penahan sakit. Asalnya mintak epidiural tapi sebab nurse cakap aku progressing well, bukaan dah besar so tak perlu sebab jangkaannya aku akan ok without epidiural. Betul seperti jangkaannya, cepat betul os terbuka.
Aku dengar nurse bising2, check os dan aku dengar salah sorang jawab dalam kelam-kabut "fully dilate, 10cm dah ni!". Terkeju betul dia sebab dia tak sangka aku dah 10cm. Mr Hubby tanya nurse sama ada dah boleh teran ke....dia tunggu arahan sebab selalunya nurse kira 1,2,3.....teran dan sebagainya. Sebab masing-masing panik, nurse pun tak sempat nak berfikir. Aku dengar je dia kata fully dilate, terus aku teran sepuas hati. Alhamdulillah, semua selamat. Rasa bersyukur sangat.
Baby selamat dilahirkan pada 35 minggu, awal 5 minggu dari tarikh jangkaan. Kira prem baby la tapi Alhamdulillah, beratnya memberansangkan, 2.59kg. Masalah uri melekat seperti kelahiran terdahulu juga, tidak berlaku kali ini walaupun doktor mengingatkan bahawa risiko untuk berlaku untuk kelahiran ini adalah sangat tinggi.
Terima kasih kepada nurse-nurse yang membantu semasa proses kelahiran. Sesungguhnya jasa mereka akan kukenang sepanjang hayat. Terutama sekali kepada nurse yang terpaksa jadi bidan terjun hari tu.
Last but not least kepada suamiku yang sangat2 supportive. Sentiasa memenuhi segala keinginanku sepanjang 3 minggu aku di hospital. Sanggup bersengkang mata dan keletihan berulang-alik ke hospital setiap hari, without fail.
Terima kasih semua. Aku bersyukur sangat dengan nikmat yang kuterima ini. Semoga ianya berpanjangan ke akhir hayat.
1 comment:
tahniah kak long :D
Post a Comment