Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, 1 July 2009

Birthday

Alia pegi birthday party kawan sekelas dia. First party kat rumah Nat. 2nd party kat rumah Asha. Dua-dua adalah classmate Alia. Sejak hari tu dia asyik tanya....when is my birthday, mama? Are we going to have a party? Aku jawab "Later, tunggu ayah datang". Tu adalah jawapan automatik a.k.a preset answering machine in me, whenever aku tak tau nak jawab tricky questions dari Alia.

Birthday girl, Asha with her mom and Alia
Themed party..these girls looks lovely
Nat's party. Alia tak mau amik gambar. Nat is the cheekiest girl of the three. So so cute.

Sebab kawan-kawan sekelas dia buat birthday party, Alia masih dok tanya-tanya aku bila nak buat party utk birthday dia. Ikutkan hati memang nak buat tapi sebab hubby kat Malaysia rasa tak best pulak. So nanti aku buat jugak, insyaAllah. Saja bagi budak-budak ni suka. Tunggu hubby datang Ogos ni. Yang bestnya, tanpa disangka-sangka Cik Ida beli birthday cake utk Alia. So sweet! Hepi si Alia.

Terima kasih daun keladi Cik Ida!!! Nanti bagi la lagi!!

Comel kan kek ni. Alia suka sangat.

Alia dan Fuadi..celebrate her birthday in quiet.

BBQ Rumah K Mas

Bbq ni dibuat sempena menyambut K Mas. Dia balik ke Malaysia and then datang balik sini untuk vacation. Ramai jugak yang datang hari tu. Meriah la. Sesekali dapat berkumpul ramai-ramai macam ni memang best sebab bukan selalu dapat jumpa. Dah tu masing-masing memang terer masak. Bila tengok masakan orang lain, aku naik malu pulak. Sungguh tidak berbakat sekali aku ni. Huhuhu. Malas cakap la. Korang layan gambar aje le.
Ayam bbq hasil kepakaran K Izan. Aku dah tempah K Izan utk bbq umah aku nanti! Jangan jeles.
Mak-mak dara duduk dalam rumah je...lepas makan 2nd round baru kitorang serang bahagian luar pulak.
Ini le komuniti Malaysian kat kawasan ni. Dari Ascot, Egham, Windsor, Ashford dan Croydon.
Terima kasih kepada tuan rumah - K Mas dan Fadhil
Ni laksa meletup hasil air tangan K Bib. Aku tak sempat merasa...waaaaaaaaaaaaa. Ramai yang puji sedap pulak tu. Ni yang tambah merana hatiku ini!
Kumpulan bapak merancang nak cilok ayam bbq.....mesyuarat bawah pokok supaya tidak disyaki.

Yang ini pun aku tak sempat rasa...........
Yang ini aku sempat rasa sebab nasi goreng memang peveret. Hish, tak sudah2 dengan nasi la Mek As ni. Insaflah, insaflah.
Ni feveret Alia. Dia makan banyak!! Baru aku tau dia suka kek lapis rupanya. Takpe la, balik Msia nanti aku beli banyak-banyak. Bukan senang nak jumpa makanan yang dia suka.
Ni le antara menu memuaskan nafsu makan kami hari tu. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup le ye untuk tatapan korang. Kang ada yang menangis lak.

No wonder aku makin gemuk...bukan salah aku, salah keadaan! Kalau tak makan kesian pulak. Membazir itu amalan syaitannnnnnn...... (Inilah hujah membela diri yang paling kukuh buat masa ini).

Rumahku penuh sawang !!

Sudah hampir 2 bulan aku tak mengemas rumah!! Dah penuh sawang dah. Bukan apa, aku busy sangat dengan research project yang baru ditambah dengan aktiviti-aktiviti bersosial kat sini. Tiap kali aku nak berblog je, rasa bersalah timbul sebab report tak siap-siap lagi. Sebelum ni aku kononnya bersungguh-sungguh nak menyiapkan upgrade report. Pastu sv aku cakap, bulan Oktober baru boleh upgrade sebab bulan Ogos dia merayau ke South Africa, bulan September sepanjang bulan dia kat South Ken. So bulan October baru ok. Bila dah tau camtu, aku pun jadik malas. Dalam otak aku, nanti la siapkan report tu...lambat lagi (syaitan menghasut mindaku yg suci ini).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :