Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, 16 January 2009

Hutang Tag Dari Sheri

Ni hutang yang telah berkurun, baru sekarang sempat buat. Sori ye Sheri. Jangan serik nak hntr lagi, wokey!

Soalan: Nyatakan 5 kedai yang anda pantang jumpa mesti nak masuk dan beli barang.

Sebenarnya sejak dok UK nih, aku downgrade myself.....dah tak mampu dah nak gi designer boutique nih segala (macam la kat Msia selalu pegi!). So kedai cikai2 je yang menjadi pilihanku....Antaranya ialah:

1) Julian Graves
Aku suka sangat dried fruits kat sini macam apricots, prunes, mango etc. Paling suka ialah unsalted cashew nuts. Susah nak dapat yg natural nih. Selalunya mesti salut honey atau bergaram. Dulu masa aku mengamalkan gaya hidup sihat (konon) aku memang selalu beli stok kat sini. Kalau keluar rumah tanpa bekalan dari Julian Graves ni, nanti aku merapu makan macam2 mende yg tak berkhasiat. Pastu kat sini selalu ada Grapevines (magazine) utk kanak-kanak.

2) Debenhams
Aku suka bahagian perfumenya sebab diorang selalu jual dalam bentuk gift set. Kalau kat tempat lain, gift set tu ada banyak masa time sale je. Kat Debenhams ada all the time. Pastu bahagian kosmetik pun camtu. Untuk orang macam aku yang memang hantu perfume ni, sesuai sangat la. Tapi kak Ina Glasgow lagi terer....dia tu bapak punya hantu perfume. Punya ler banyak perfumenya, boleh bukak kedai! Awas kak Ina, nanti kastam ingat kak Ina seludup buat berniaga lak. Kihkihkih.

3) Mothercare
Biasa le...kedai wajib utk orang yg beranak-pinak. Kalau tak beli pun, dapat tengok dan belek2 pun ok. Cerita pasal anak2 ni, aku dari dulu lagi kempunan nak beli pushchair (dan jugak car seat) yang elok sikit utk Alia. Dia ni kalu gi jalan2, WAJIB bawak pushchair sebab dia jenis yang malas jalan dan suka tido. Meleleh air liur aku tengok pushchair cantik2 macam Sufi punya. Ko tak nak perturunkan kat aku ke? Kihkihkih. Disebabkan harga pushchair yang MAHA mahal tu jadi aku pendamkan je hasrat tu. Nanti sebelum aku balik Msia, aku mesti beli 2 bijik. Untuk anak aku yang akan datang. Single sebijik dan sebijik lagi yang 2 tingkat tu. Walaupun Alia takde adik lagi, aku beli je dulu...bak kata orang "pandang ke hadapan". Muahahahah. Untuk pengetahuan korang, aku tak pregnant tau, tu perancangan masa depan je.

3) Primark
Ni departmental store yang jual semua benda dgn harga yg sangat2 murah. Aku suka sangat. Kat tempat aku baru bukak Primark besar, suka la aku. Sufi,
sampai sekarang aku rasa bersalah sebab bawak kau pegi Primark kat Hounslow yang hampeh tu. Rupanya kat Slough pun ada, 4 kali lagi besar dari Hounslow. Aku tak tau masa tu. Kesian kau, dah la tergesa2 nak balik Msia time tu. Kat Primark ni, barang2 kanak-kanak sangat murah dan banyak pilihan. Inilah syurga membeli-belah bagi pendatang halal macam aku. Tapi owang putih pun suka gi Primark! Al-maklum la, keadaan ekonomi kat UK jatuh merudum. Banyak kilang kena tutup, pekerja kena buang. Kilang Honda kat Swindon tutup pengeluaran selama 2 bulan mulai Feb ni. Besday aku bulan Feb ni...saje je bagi peringatan awal kat orang2 yang berkenaan :) Honda cakap takde permintaan, stok keta berlambak-lambak sebab tu berhenti operasi 2 bulan. Kenapa dia tak jual lelong je keta2 dlm gudang tu ek? Boleh le aku beli 2-3 bijik buat mainan Alia ke. Selain Honda, company tradisi British macam Woolworth dan Wedgewood pun gulung tikar. Banyak company besar2 macam Barclays, BT, Virgin etc tergugat. Beribu2 orang kena buang keje. Alhamdulillah la kami semua tak terjejas.

4) Matalan
Kedai ni nak kata bagus sangat tak le jugak. Bajunya agak mahal sikit tapi kadang-kadang tu ok jugak. Hari tu kebetulan ada sale sakan, aku borong la 5 helai. Kalau takde sale aku jarang le menyinggah kedai ni. Lagipun kedainya tak le besar sangat jadi tak banyak pilihan.

5) E-bay
Ni kedai kegemaran aku! Aku rasa aku boleh dok depan komputer 2 hari berturut-turut kalau menghadap e-bay. Apa2 barang yang aku nak beli, aku carik kat e-bay dulu. Lepas tu kalau takde atau mahal, baru aku gi beli kat kedai. Boleh dikatakan kebanyakan barang2 aku beli kat e-bay. Dari lipstick ke kasut, baju, barang letrik, jam, segala la. Aku suka beli kat distributor sebab ada warranty n guarantee macam kat kedai. Sekarang aku dok berkenan jam tangan Fossil yang ada diamond2 tu. Berkenan sangat. Tapi setakat berangan je le. Jam tangan aku dah tamat riwayat (abis bateri je tapi aku tak tau nak pegi tukar kat mana) jadi kat sini sbb tak mampu pakai Fossil atau apa2 branded item sekalipun, aku resort to pakai jam tangan cap kapak je....

Itulah dia, alkisah spending spree aku kat sini. Aku kena jimat2 dok negara orang ni, sebab kalu susah sapa nak tolong? Kaum-keluarga jauh.....

Tag untuk 5 orang berikutnya, inilah mangsa-mangsa aku:
1. Viruspadu (kalau dia baca blog aku-walaupun aku rasa dia tak baca-takpe, nanti aku hantar amaran keras kat dia kalu dia tak baca).
2. Halwafy -Hepi Birthday!!!
3. Ezwin
4. Mangsa aku seperti biasa ialah kak Ina Glasgow
5. takde dah la...tu je.

Okey dokey....



3 comments:

viruspadu said...

acik baca haaa hikhik

kojap eh acik siapkan tag tu

iina said...

adeihh ko tag akak lagik ke.. ingat ko mention nama jek.. waaaaaaa takpo akak jawab k

Asmida Ismail said...

viruspadu,

akhirnya berjaya gak aku menjemput paksa celebrity sban menjenguk blog cikai aku. hehehe

k ina,
As memang sengaja mau k ina susah ati. hahhaha. suka hatiku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :