Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, 17 January 2009

Moroccan Restaurant

Terkenang ikan bakar Bagan Lalang......

Belakang tu lentil soup yang Alia suka sangat2.

Ni interior restoran ni. Ida kata kat belah belakang wing kiri lagi cantik, tapi aku tak berkesempatan lak.

Gambar ni takde kena-mengena ngan Abu Zaad. Saja je nak tunjuk snow hangat2 tut tut ayam masa Alia nak gi skolah, last week.

Last week aku gi makan kat Abu Zaad, Moroccan Restaurant kat Shepherd's Bush. Ida belanja sempena meraikan hari patah pinggang sedunia. Sebab hari tu kami mengusung CRT tv 28 inci dari umah aku ke umah dia kat Acton. Besar gabak dan berat yang amat. Rasa cam nak patah segala jari-jemariku yang mulus. Kat restoran ni aku makan nasi ngan ayam panggang. Ayamnya sangat sedap tapi nasinya biasa je. Ida cakap kedai ni kalau time lunch hour memang sendat padat dengan manusia. Sedap le tu maknanya.

Alia suka lentil soup. Kiranya Ida punya abis le dia conquer, punyer le sedap sampai lengan baju dia abis tercelup kuah. Kalau aku tau dia suka, dah lama aku buat. Lentil soup tu ala2 kuah kacang dal mak aku je. Untuk pengetahuan korang, mak aku jual roti canai ngan nasi berlauk kat kampung aku di Kelantan. Kalau korang tersinggah ke, sebut le nama aku, musti dapat makan free punyer.

Sebenarnya Ida ni nak lentil soup lain tapi sebab dia tak tau apa nama masakan tu, dia main order je. Bila sampai, lain le pulak, tak seperti yang dia nak. Nasib baik ada Alia, tukang perabih. Sebab dia tak puas ati, dia order lain pulak. Selepas membuat penerangan panjang lebar mengenai menu yg dia kempunan tu, abang Arab ensem ni menggunakan segala imaginasi utk meneka apakah sebenarnya menu yg Ida nak sebenarnya. Nasib baik abang tu bijak. Bila sampai je kat meja, Ida seronok gila. "Ha! Ni la sebenarnya. Baru betul. Tadi tu bukan. Iskhh, Sedap!Sedap!Baru le lena tido aku malam ni dpt makan mende ni" kata Ida. Dialog ni aku reka ok.


Pada korang yang nak makan ayam panggang sedap, datang le ke Abu Zaad ni, okey. Jangan lupa ajak aku sekali.



4 comments:

atie said...

salam ida, oh ye ke??? emmm... apa nama restoran tu boleh kita singgah balik klte nih.....

Asmida Ismail said...

salam atie,

sekamat datang. nama saya As. Ida tu kawan saya. hehehe. Kedai mak saya tu takde nama, kedai kampung je. Betul2 depan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, KB. Nati kito kenal2 deh, nok baco blog atie nih.

atie said...

Selalu gok lalu situ... suami saya ore klte nih..kita ore luar hihihi .Dah link blog As tau, pasni leh tuko2 cerita yer... best ke duk london???belajar ke??? byk nyer soalan hahaha

Anonymous said...

nanti add gambaar banyok2...tapi nak hok come...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :