Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday 21 January 2009

Seronok

Hari ni aku seronok sebab matahari bersinar terang je. Aku perasan matahari dah mula menunjukkan mukanya sejak 2-3 hari lepas. Waktu yang sama tahun lepas, sejuk giler lagi time2 camni. Pastu aku seronok sebab aku dah nampak sikit2 tentang statistik yang selama ini dok beku dalam kepala aku. Nampak sikit je tapi dah hepi. Ye la, selama ni aku tak nampak langsung. Yillek. Sekarang nampak cahaya sikit di hujung terowong tu walaupun cahayanya sebesar duit 50 sen je. Report tak buat lagik. Takpe, la slow2. Kata arnab, lambat tapi sampai. Jangan jadi macam monyet, cepat tapi tak sampai2 sebab tidur tengah jalan. Sajer je nak menyedapkan hati.

Pastu aku hepi sebab aku dah basuh semua baju yang berkoyan-koyan tu, dah lipat semua, dah clearkan barang2 antik lagi kuno dalam stor. Sesetengahnya aku jual kat e-bay, sesetengahnya aku buang, sesetengahnya aku sedekah kat orang. Lapang la sikit stor tu. Siap spring cleaning ku kali ni. Summer comes early dalam kamus aku. Yihaaaaaa!! Make way for the summer wardrobe, kehkeh keh.

Toys Alia tu pun aku nak jual je. Aku dah put aside pastu dia nampak, terus dia nangis bila aku cakap nak jual. Kesian pulak aku tengok. Pastu buat sepah je, toys merata-rata. Penah le beberapa kali aku (dan Alia jugak!) tersepak/terpijak/tersadung toys dia pastu jatuh tergolek. Time tu mau je aku buang semua tapi tak sampai hati lak. Rumah dah la kecik, satu bilik je. Takde tempat nak simpan. Hmmm..

Kejap lagi aku nak gi Sunningdale, amik Widad kat train station. Bestnya! Lama tak jumpa. Dulu ada le Widad datang beberapa kali , kami borak macam 100 tahun tak jumpa. Best sebab Widad ni gila2. Memang asyik gelak je le kerja kami. Widad ni kawan/opismate masa keja kat UiTM. Lepas tu dia berpaling tadah, pindah ke USM lak. Sekarang dia buat PhD kat East Anglia. Widad cakap dia dah gemuk sbb pregnant (Si Widad ni memang slim melim, miniature gitu). Aku cakap kat dia, gemuk sbb pregnant takpe, ada alasan. Aku paling suka pregnant sebab boleh makan apa saja, hahhaha. Masa tu sebut apapun suami aku akan carik. Boleh mengada-ngada. Kalau time lain, sori la. Tu bab yang best la. Bab yang tak best ialah aku muntah, pening, loya, sakit kepala yang over. Tu yang tak best. Lain2, best!

Cakap pasal suami, teringat pulak masa kat Msia suami aku suka layan Alia mandi buble kat paddling pool. Lokasinya kadang2 dalam bathroom, kadang2 kat porch, penah sekali kat dapur masa aku tgh masak. Abis berair dapur aku. Apa motifnya tah. Selalu aku tak layan le sbb aku banyak keja lain. Suami aku tunggu Alia main sambil dia baca buku. Suami aku ni bapak segala ulat buku. Kadang2 berjam2 Alia main, sampai biru sebab sejuk. Rindunye saat-saat tue! Baik suami aku ni. Sajer je puji bagi dia kembang sikit. Mana tau sebab kena puji, dia pos hadiah bday kat aku nanti, kihkihkih. Dah la tak jumpa, takleh celebrate, anggaplah hadiah pengganti diri, cewahhh! Bang, kalau pos perencah nasi goreng tu tak kira sbgai hadiah tau....tak aci.

Ok la. jumpa lagi nanti. Ciao!!


7 comments:

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

Bestnya ada kawan datng...kim salam kat kawan tu yer... ni mesti citer cam 200 tahun ...sebab last time 100 tahun...heh!

atie said...

As,tadi de singgah tapi x sempat komenlah berkejar g kerja...baru ni sempat nak ucap .....SALAM... harap matahari kan terus memancarkan as....

Kak Teh said...

Asmida, kunjungan balas drp kak teh. Dan terima kasih kerana sudi menjenguk blog kak teh. Kak teh pun ada banyak baju nak basuh dan yang basuh tak terlipat.

De' Sal said...

Salam buat As,takkan suami lupa hadiah birthday lak,tambah pula berjauhan camni.kalau k Sal dah nangis dah.

Ms J said...

igt suami akak ade skali kt sini..akak wat phd ape?statistic ke?kak as ade facebook x???

Anonymous said...

salam asmida...

hai! saya asmida jugak..dok surf kat internet, sekali terjumpa org yg full name sama dgn saya ;-)

Asmida Ismail said...

sori semua, busy betoi 3-4 hari nih. seronok melayan tetamu.

ezwin
memang best borak2, terasa macam remaja pulak asyik dok terkehkeh gelak2.p/s: as dah buat dah roti telur tuuuu.

atie
kalau balik kelate, roger2 la. boleh jumpa, ek.

kak teh,
sila hantar baju2 tu kat sini ye. 5 pound selai, hehe. k teh, best makan durian nampak!

k sal
udah kering airmataku ini.....malas dah nak nangis. cewah...ala2 tabah la konon.

joely,
buat biology tapi banyaknya kena pakai stats. takde facebook la. lama dah berhajat nak buat. aik tertannguh jek.

asmida asmida
kehkehekeh kita serupa. wat club nak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :