Buat kaum keluarga dan rakan-rakan, dukacita dimaklumkan bahawa siaran blog Diari Asmida akan tergendala buat beberapa waktu. Hheheh, bukan apa, supervisorku yang selama ini membiarkan aku terkapai-kapai kelemasan, kini telah mula menebarkan jaring untuk menyelamatkanku.
Sejak aku mula2 sampai kat sini dia percaya je kat aku. Amatlah jarang dia suruh aku hantar report ke, hantar result ke or at least hantar research progress. Orang lain aku dengar tiap2 minggu jupa sv, siap kena hantar reviewed journal tiap kali jumpa. Takpun hantar le apa2 yang dibaca sepanjang minggu tu. Sv aku sangat la baik, satu-satunya mende yg penah aku hantar ialah Study Plan masa mula2 register dulu. Eh, silap. Penah gak dia suruh aku hantar result utk initial survey yg aku buat kat Silwood dulu. Lepas tu senyap. Memang dia baik hati. Aku pulak.....bila sv tak suruh, tak tanya, aku rileks la walapun dalam hati selalu risau. Risau sebab aku tengok org lain tunggang-langgang buat keja, aku lak macam takde keja. Risau risau. Aku bukan reti nak mereka-reka cari keja sendiri. Aku ni pahat......
Alhamdulillah, sejak balik cuti Krismas ni, dia sangat rajin. Selang sehari dia nak jumpa aku, tunjuk result dan hantar progress report. Aku pun apalagi. Kalau dia rajin sekali, aku rajin 10 kali. Semangat beb. Baru la aku terasa hidup aku ni berguna sikit sebagai pelajar. Kalau tidak, hidup aku kat sini macam suri rumah je - hantar anak sekolah, amik anak, hantar klinik, beli groceries, shopping online (aktiviti wajib-aku sudah ketagihhh, waaa tulunnn tulunnn) dan masak-masak.
Ok la, esok aku kena jumpa sv lagi. Kalau semuanya beres, tak lama lagi aku dah boleh bergerak buat next projek pulak. Kaji algae kat Thursley Common dan stesen pencemaran kat Scotland. Tu pun kalau dua2 kawasan tu masih wujud stesennya. Kalau tak, kena carik alternatif lain.
Ok la, aku nak sambung buat data analisis nih. Dah lebih seminggu aku mengadap graf. Dah berpinar mata aku tapi sebab semangat punya pasal, aku layan la. Berenti jap update blog supaya segar balik mata aku ni. Orait, sambung keja. Semangat nih!!
Ni le meja tempat aku bersarang.
Nampak gelas besar tu? Haa..tu wajib adoo. Nampak plastik bawah meja tu? Tu hasil tuaian Cik Ida lepas shopping kat Swindon.
Ni le peneman aku supaya tak ngantuk. Tapi termengantuk gak....ampunkan taburan serbuk coklatku yang tiada seni itu.
Inilah cappucino yang terpaksa kutelan demi membukakan mataku. Alu tak suka kopi!!