Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 2 February 2009

It's not just snow, it's the heaviest snow in 18 years!!

Fancy skiing in Swiss Alps? No worries, Swiss is here in your backyard! Just get the tudung periuk out of your kitchen and yarrribaaa!!!!! Snow is here...and it is here to last (at least for a few more days). Saksikan aksi2 bebudak ni main snow.




Time ni lebat, nak bukak mata pun susah. Keta aku sangkut time ni la.




Rombongan Cik Kiah nak gi main snow










Dua rakan sekelas, Alia dan Asha


Dari petang semalam snow turun dan semakin lebat menjelang tengahari. Aku cam biasa la pagi2 nak hantar Alia ke umah Maswa. Punyer la tebal salji kat atas keta aku. Naik kebas tangan aku dibuatnya, membuang snow yang bertapa kat atas keta. Sampai je umah Maswa dia kata sekolah tutup. Aku lak berkejar balik Silwood sebab ada appoinment ngan sv pagi ni. Sesampai je kat opis baru aku perasan takde satu keta pon kat tempat parking. Kuketuk bilk sv, tak berjawab. Sah dia tak datang. Penat je aku stay-up semalam dan terkejar2 gi hantar Alia ke Egham.

Dah sv takde, aku gi umah Maswa balik, nak amik Alia. Sebelum tu kitorang gi Royal Holloway University dulu, lepak2 amik gambar. Sue yg baru sampai dari Msia beberapa minggu lepas pon ikut gak. Budak2 ni suka giler. Berguling-guling kat atas salji tuh. Memang lebat sungguh! Masa kitorang nak balik, salji tu turun makin lebat. Kat London dan kebanyakan tempat di UK, pengangkutan awam lumpuh. A ku bawak keta pun kadang2 tehuyung-hayang. Ngeri dibuatnya. Nasib baik keta aku ada ciri2 keselamatan, so yakin la jugak sikit. Kalau bawak keta lama Ford aku tu, sure aku tak kuar mana2 sebab keta tu ringan semacam je. Silap hari bulan menggelincir macam roller skates lak. Dalam radio sibuk cakap "Do not travel at all". "This weather is nightmare". Alamak, kalu snow camni 5-6 hari, caner aku nak gi beli stok makanan nih? Ayam, telur semo dah abis dalam fridge tuh. Alamak, kebulur le aku camni. Tidakkkkkkkk!


2 comments:

atie said...

Sedih pulak as kata kebulur...masak maggi ke...eh maggi ada ke kat sana hahaha.

Banyak gambar...suka tau

3yearshousewife said...

Yaaribaa, yaaribaa, tudung periuk kena beli baru tak? Almaklum lah kalau yang sledging tu mak2 budak...

K.As

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :