Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, 2 March 2012

Cucuk sana cucuk sini

Semalam doc suruh aku berpuasa, preparing for a C-sect, if the bleeding continues. Aku lapar giler sebab lunch tak makan sangat pastu tea time pun aku tak lalu sebab sakit pinggang. Sebab lapar punya pasal, masa dinner sampai, aku curi2 makan sikit. Perut bukan takat berdendang sayang masa tu tapi dah masuk heavy metal rock punyer. Lapar sangat.

Bila hubby sampai, aku bgtau la aku makan sikit. Dia pun marah kat aku sebab katanya kalau kena operate, bahaya ada makanan tak hadam. Aku pun takut la. Terus bgtau nurse. Nasib baik nurse dan doc baik hati. Dia kata makan la dulu, lepas dinner baru mula puasa balik. Tapi kalau perlu emergency C-sect, aku kena tunggu at least 6 hours sebelum start procedure. Aku pun apalagi, membaham sampai licin nasi goreng kampung + telur mata kerbau yang hubby bawak.

Petang tu aku dah kecut perut bila doc bgtau nak operate. Nurse datang masukkan IV drip, datang pasang alat CTG (utk monitor pergerakan dan heart beat baby). Doc ambil 2 tiub darah, just in case kalau aku perlu blood transfusion ke hapa ke...at least data pasal darah aku dah ada. By late afternoon, nurse datang off kan mesin CTG. Alhamdulillah baby ok. Aku yang takut lebih2 sampai termenangis jugak le sebab teringat Amanda Holden dan beberapa forumers yg bertarung nyawa sebab placenta previa.

Bangun pagi tu, takde bleeding. Semua ok. By 11am, specialist doc, Dr Hamidah datang dan btau all clear. Boleh off IV drip (dah masuk 2 botol) dan boleh makan macam biasa. Syukur.

Oh, pengalaman sedikit ngeri malam semalam ialah bila IV drip aku tak masuk dalam badan. So kena bukak yang lama, kena cucuk yang baru. Doc (intern aku rasa sbb muda sangat) yang tukang cucuk tu tak berapa lemah-lembut. Dah la sakit gila, rasa macam tercucuk sampai ke tulang (perasaan aku je kot) pastu tak menjadi, dia keluarkan - terus darah aku memancut kena cadar. Bengkak at an instance. Hissss ngeri. Pastu dia cucuk tempat lain pulak. Pakai jarum kecik pulak.

Tapi malam tu nurse perasan IV tak gerak jugak. Lepas consult doc (doc senior), doc suruh cabut dan nanti kena cucuk lain. Ayakkkk!! Lepas tunggu beberapa ketika, nurse tu tanya ok ke kalau dia buat? Nurse ni baik sangat. Sangat peramah dan sangat memahami pesakit. Kalau la semua nurse macam ni, alangkah bagusnya. Aku setuju je dia buat sebab sebelum tu dia dah cuba2 tengok urat aku. Nampak macam she knows what she is doing. Dia cucuk aku, sangat berhati-hati. Berjaya! Mission accomplished! Drip berjalan lancar dan sakit tu pun kejap je.Tak berpanjangan. Terima kasih nurse.

Aku pun tido dengan aman........




4 comments:

sitiezahim said...

ya Allah sampai ada possiblity operate ke? take care kak long huhuhu

Oyis said...

salam,

saya silent reader je. tp bila baca psl placenta previa, rasa terpanggil utk tinggal komen. Saya doakan asmida dan baby selamat insya Allah. saya dulu pon pernah kena PP jg, type II/III. at 27wks bleeding, warded kat hosp serdang seminggu, kena cucuk streroid kat bontot (utk kuatkan paru2 baby) 2 kali jgk, and kena posa 24 hrs in case c-sect. mmg hazab + lapar + dahaga giler. haih, ingat lg. tp after 1 wk dpt discaj, cuma kena bedrest (x masuk keja langusng) sampai bersalin (3 bukan kot MC). Sabar ye asmida, insya Allah semua slmt.

Asmida Ismail said...

siti...setakat ni memang kena bersalin kot tingkap. Tunggu masa je. Kalau PP type 1 boleh vaginal birth. Type 2 ke atas takleh.

Asmida Ismail said...

Oyis.....thanks for stopping by. Tu la kan...seksa jugak penantian ni kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :