Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, 27 April 2009

NI number

Hari ni aku bertungkus-lumus mengerjakan borang DWP (Dept of Work and Pensions). Semata-mata nak dapatkan National Insurance number = NI no. Sebenarnya dah lama dah aku berkira-kira nak apply NI no ni tapi sik bertangguh2 je sbb....sebab apa ye? Sebab aku mmg jenis yg bertangguh2. Hampeh! Dah setahun aku tangguh2. Bukan malas tau, makcik lupooooo....Ingat, lupo, ingat, lupo.

Bila payslip sampai, (aku kuli je-jadik demonstrator kat lab) baru aku perasan depa potong 52 pound sebab aku takde NI no. So sebahagian gaji aku tu depa tolak cukai. Cesssss...banyak tu. Tambah skit lagik boleh beli Fossil F2 yang aku dok terliur tu. Aku apa lagi, secepat kilat mula menelepon Jobcentre, register nama dan hari ni isi borang, hantar terus. Setelah ku memotostat segala pasport, harap2 cepat la aku dapat NI kad tu. Pastu cepat la aku bleh claim duit yg dipotong tuh. Dia bagi claim ke? Tak kira la, akan kutuntut dengan penuh keazaman disertakan ucapan merayu-rayu meminta belas-kasihan.

Buat korang2 (yg tak tau pasal ni...ke aku sorang je?) yang terasa nak keje part-time kat UK ni, sila apply for NI no dulu. Kalu studen, takyah bayar tax langsung. Status NT =No tax. Kalu takde NI no, status BR= ntah, lupa la. Semak sendri kat website DWP. Kalu takde NI, gaji korang dapat tu, kena contribute kat kerajaan UK yg korang sayangi ni...

Sekian makluman utk kali ini.

Ciao!!

Friday, 24 April 2009

New season, new me?


Yeahhh...aku perasan sejak kebelakangan ni my inner spirit dah kembali menjelma. Kalau dulu malas sangat nak gi ofis, lately ni aku rasa semangat pulak. Mungkin sebab musim panas dah menjelma so matahari dalam hidupku pun timbul. Sekarang ni jam 7am aku dah siap2, lepas hantar Alia aku pun berteleku kat meja opis.

Aku dah punggah printer ke opis. Senang aku nak buat keje. Dulu masa winter aku memunggah dari opis ke rumah. La ni dari rumah ke opis lak. Baru aku perasan yang aku mmg dormant masa winter. Konon hajat di hati nak buat keja dari rumah masa winter. Tapi banyak tak buat keja dari buat keja. Tau2 je le...kalau dah ada kat umah, banyak sangat dugaan. Kejap2 main internet, kejap2 terasa lapar...gi masak, kejap2 tgk tv (oopss, bukan kejap, lama!). Kalau kat opis, takde anasir2 jahat tu, so nak tak nak kena mengadap keje gak.

Lagipun mungkin aku rajin sbb dah nak mula projek baru. Next week aku kena pegi pasang diffusion tubes kat Kensington Garden di Central London dan seterusnya ke 5 lagi sites. Sites terakhir di Hesworth Common di West Sussex. Minggu selepasnya kena set up kuadrat aku sebanyak 240 tu. Pastu bermulalah keja menyembur pollutant kat kuadrat2 tu setiap minggu. Banyak wooo...aku rasa mau aku nangis sambil buat keja2 penyemburan ni. Apa taknya, kena jalan kaki, jauh....penat wooo. Pastu bukan masuk utan melenggang, kena angkut segala pollutant2 tu. Ada 6 jenis semuanya. Patah bahu ni ....ayakk ni le dugaan namanya. Takpe la, aku sanggup, janji aku dapat PhD. Susah takpe. Kalau tak susah bukan namanya buat PhD, kan? Tu namanya pegi membeli-belah!

Ok la, harap2 semangat aku ni kekal selama-lamanya! Jangan hangat2 tuttut ayam dah le. Bagi supervisor aku happy pastu boley mintak cuti nak balik Msia. Hubby dah bagi green light dah. Yahooo.....!!

Gambar hiasan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan diriku ini.
Dicopek dari http://www.birchmoth.com.

Mungkinkah aku akan menjadi tidak macho seperti jejaka2 di atas ini?




Friday, 17 April 2009

SIRI 1: I'M BACK...!!!! Masih ada lagi, live and kicking!

Haiyya...lama sudah diriku menyepi. I'm back, man. I'm back. Lama benar tak menjengah rumahku ini. Last entry 2 March. Hoooo lama tu. Bukan apa, my hubby datang, so aku apalagi....a week before dia sampai aku sibuk kemas mana-mana patut (cewah..tapi takde beza pun, sama je kemas ke tak-rumah kecik, alih2 sama je). Bila dia dah sampai, babai le segala internet2 ni. Aku jadik surirumah cemerlang - masak, lepak, jalan2 etc. Masa itu emas, beb. Lost contact ngan alam maya kejap. So ni adalah laporan dan catch up aktiviti2 sepanjang penyepianku itu. Ada 5 siri semuanya (ceh, macam novel pulak). Baca jangan tak baca.

14 APRIL 2009: NENGOK WAYANG - MONSTERS vs ALIENSMonsters vs Aliens

Monsters Inc

Kami ke Slough nak tengok wayang. Saje je bawak Alia, bagi dia happy. Besar rupanya Empire cinema ni. Bertingkat-tingkat. Dah le tu, banyak waktu tayangannya. Kalau tak mau tengok pukul 11.15am, boleh tengok jam 1.30 /2.15/2.45 ...sampai malam. Satu movie siap tayang kat 2 screen/theathre berbeza. Memang spoilt for choice. Kalau kat Leicester Square tu memang logik la tapi ni Slough, bukannya 'bandar' sangat. Tapi semua ada, beb. Monsters vs Alien ni ceritanya ok la. Takde le hebat sangat. Boleh tahan. Aku membayangkan best giler macam cerita Monsters Inc dulu. Kureng sikit tapi not bad at all. At least Alia ada gak gelak2 dan terkejut2.

Abis nengok wayang kami makan chicken briyani kat Khan's. Pastu siap bungkus quarter pounder beef burger lagi. Sedap burgernya tu. Nanti nak gi beli lagi la.

15 APRIL : 'TIL WE MEET AGAIN

My hubby balik Msia petang ni. Aku dah banjir semalam. So hari ni tak banjir dah. Masa kat airport aku cool je. Masa dalam keta nak gi a
irport ada le sebak sikit2 kuar airmata setitik dua. Pastu ok. Kami singgah kat Lee Valley Garden di Cheshunt. Sengaja kami bertolak awal supaya ada masa utk lepak2 before suamiku berangkat. Lunch kat taman Waltham Abbey. Aku bawak bekal ,masak daging goreng, udang (sian suamiku mengopek dekat 1kg udang sorang2) dan pizza. Lepas mkn dan amik2 gambar kami bertolak ke Stansted. Sorry ye, takde gambar sbb amik gambar pakai camera hubby. Mana sempat nak transfer. Lagipun, biarla kat situ. Bagi dia rindu tengok muka aku ngan Alia dalam kamera tu. Hehehe.

Dalam perjalanan balik, ada le banjir sikit2 dalam keta masa driving. Tapi tak le lebat macam dulu. Last time macam empangan pecah. Mem
ang takleh tahan. This time terkawal la sikit. Mungkin sebab suamiku cakap nanti dia datang balik July/August ni, buat sabatikal. Tu la penguat semangat aku. Apa2 pun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Harapan aku agar kami semua dapat bersama kembali, insyaAllah. Love you, bang. Take care!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :