Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, 17 April 2009

SIRI 1: I'M BACK...!!!! Masih ada lagi, live and kicking!

Haiyya...lama sudah diriku menyepi. I'm back, man. I'm back. Lama benar tak menjengah rumahku ini. Last entry 2 March. Hoooo lama tu. Bukan apa, my hubby datang, so aku apalagi....a week before dia sampai aku sibuk kemas mana-mana patut (cewah..tapi takde beza pun, sama je kemas ke tak-rumah kecik, alih2 sama je). Bila dia dah sampai, babai le segala internet2 ni. Aku jadik surirumah cemerlang - masak, lepak, jalan2 etc. Masa itu emas, beb. Lost contact ngan alam maya kejap. So ni adalah laporan dan catch up aktiviti2 sepanjang penyepianku itu. Ada 5 siri semuanya (ceh, macam novel pulak). Baca jangan tak baca.

14 APRIL 2009: NENGOK WAYANG - MONSTERS vs ALIENSMonsters vs Aliens

Monsters Inc

Kami ke Slough nak tengok wayang. Saje je bawak Alia, bagi dia happy. Besar rupanya Empire cinema ni. Bertingkat-tingkat. Dah le tu, banyak waktu tayangannya. Kalau tak mau tengok pukul 11.15am, boleh tengok jam 1.30 /2.15/2.45 ...sampai malam. Satu movie siap tayang kat 2 screen/theathre berbeza. Memang spoilt for choice. Kalau kat Leicester Square tu memang logik la tapi ni Slough, bukannya 'bandar' sangat. Tapi semua ada, beb. Monsters vs Alien ni ceritanya ok la. Takde le hebat sangat. Boleh tahan. Aku membayangkan best giler macam cerita Monsters Inc dulu. Kureng sikit tapi not bad at all. At least Alia ada gak gelak2 dan terkejut2.

Abis nengok wayang kami makan chicken briyani kat Khan's. Pastu siap bungkus quarter pounder beef burger lagi. Sedap burgernya tu. Nanti nak gi beli lagi la.

15 APRIL : 'TIL WE MEET AGAIN

My hubby balik Msia petang ni. Aku dah banjir semalam. So hari ni tak banjir dah. Masa kat airport aku cool je. Masa dalam keta nak gi a
irport ada le sebak sikit2 kuar airmata setitik dua. Pastu ok. Kami singgah kat Lee Valley Garden di Cheshunt. Sengaja kami bertolak awal supaya ada masa utk lepak2 before suamiku berangkat. Lunch kat taman Waltham Abbey. Aku bawak bekal ,masak daging goreng, udang (sian suamiku mengopek dekat 1kg udang sorang2) dan pizza. Lepas mkn dan amik2 gambar kami bertolak ke Stansted. Sorry ye, takde gambar sbb amik gambar pakai camera hubby. Mana sempat nak transfer. Lagipun, biarla kat situ. Bagi dia rindu tengok muka aku ngan Alia dalam kamera tu. Hehehe.

Dalam perjalanan balik, ada le banjir sikit2 dalam keta masa driving. Tapi tak le lebat macam dulu. Last time macam empangan pecah. Mem
ang takleh tahan. This time terkawal la sikit. Mungkin sebab suamiku cakap nanti dia datang balik July/August ni, buat sabatikal. Tu la penguat semangat aku. Apa2 pun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Harapan aku agar kami semua dapat bersama kembali, insyaAllah. Love you, bang. Take care!



7 comments:

3yearshousewife said...

ye lah tinggalkan internet utk bertenet, paham paham...

Asmida said...

Hihihihihi x infinity

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

Salam...

Ooo...ni yang tak update2 tu...niha ...amik ha 5 siri terus ek... nak balas pun tak larat kat semua siri tu hehehehe... tapi memang best la and bahagia sungguh dapat berjalan-jalan..Sure study lepas ni up abis...dapat abang dapat jalan hahahaha.... jangan nangis abang dah balik udah la...

Jalan2 kat Holland tu best betul la... semua gambar cantik2...pakai camera apa ya? Tak la..memang lawa sungguh gambar2 tu belaka... rasa cam nak pegi g...lama dah tak jalan2 jauh2 cam tu...

Asmida said...

ala win....kalau nak puji orangnyer lawa cakap je le. tanya kamera pulak. hikhikhik. sebenarnya mmg kuasa kamera, tu yg bunga nampak cun giler. pakai nikon, model apa tak tau lak. tukang in-charge kamera dah blk msia.

sorry win tak dpt nak gi bbq bwk hubby mcm yg kita plan. masa suntuk sgt. sedar2, dah 3 minggu. doakan dia dpt sabatikal, boleh kita piknik sesama ramai2.

atie said...

oooo abang datang rupanya, bagus2...moga bergembira selalu..

Boyz said...

seronok aliaa........

che'puan Idot said...

di manakah siri 2 dan seterusnya??
kak as, all the best to u!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :