Aku sangat jarang memasak tapi memandangkan dok kat negara orang ni susah nak dapat makanan tertentu, jadi mau tak mau terpaksa belajar memasak. Kalau tak, kempunan. Weekend selalunya masa untuk aku memasak stok untuk bekal Alia ke sekolah. Resepi paling senang ialah carrot and banana muffin. Aku cedok resepi ni dari kak Ina. Ubah suai dari kek ke muffin. Aku memang sceptical bab-bab memasak kek/kuih-muih sebab aku memang tak terer. Dah beratus kali cuba. Alhamdulillah, menjadi. Sejak dari hari itu, aku asyik memasak muffin ni je. Lagipun Alia tak jemu-jemu makan. Asyik mintak je. Aku pun buat banyak2, masuk dalam freezer dan reheat dlm microwave bila nak makan. Sonang kojo makcik.
Keropok lekor lekor yang indah paras dari rupa...tengok rupa macam dah jadi tapi rasanya agak kureng sikit lorrrrr.
Mini doughnut wit chocolate topping.
Roti berinti sardin
Mini doughnut wit chocolate topping.
Roti berinti sardin
Chef in the making. Suka betul Alia bila aku serah tugas meletak coklat chip kat atas adunan pada dia. Belum abis tugas, dia dah bawak lari coklat chip dan ratah depan tv. Selepas menjerit-jerit minta dipulangkan, baru dia datang sambung tugas balik.
Ni adunan mentah. Aku rasa aku ada amik gambar yang dah masak tapi dah ilang.....
No comments:
Post a Comment