Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, 23 December 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Sabtu lepas kami sekeluarga pegi Zoo Melaka. My sis anak-beranak pun pegi. Meriah sebab ramai2. Aku pulak, as long as dapat berjalan-jalan suker je hati ni. Walaupun Zoo Melaka tengah ribut-ribut pasal budak kena gigit siamang (sampai masuk paper), tapi kami pegi je. Bagus jugak pegi masa orang lain tak pegi sebabnya takde la ramai sangat manusia. Even tak ramai, pada aku dah ramai dah tu. Dengar cerita, selalunya orang bersesak-sesak kat Zoo Melaka ni.

P/s : Gambar kebanyakannya tak chantek sebab cuaca mendung, kadang2 hujan renyai. Ditambah dengan pakcik photographerku sibuk amik gambar burung dan signboard je. Aku...macam biasa le..paling malas mengambil gambar tapi suka diambil gambar. Boleh gitu?

Alia n Insyirah paling seronok - you could hear them shrieking excitedly tiap kali tengok binatang yang cute2. Yang hudos2 pun mereka terjerit-jerit jugak. Pendeknya apa saja yang ditengok boleh jadi bahan gelak mereka. Aku bawak Phil & Ted sebab dah agak budak 2 orang ni mesti penat jalan kaki jauh2. Mula2 tu aku ok je. Pastu, makcik surrender la. Beratnya budak 2 org ni! Nak terkeluar isi perut aku menolak naik bukit. Sudahnya, letak si Ilham yang umur 2 tahun tu je. Baru ringan.

Sepupu: sorang nak masuk 7 tahun, sorang lagi baru 2 tahun. Tapi nampak macam sama besar. Hmmmphhh...camana la nak kasi Alia ni besar? Bak kata Mr Hubby, skin n bones je.

Pada aku, Zoo Melaka ni agak bagus. Kawasan y
ang luas, banyak binatang dan in most parts, memang cantik dan tersusun. Terutamanya kawasan harimau. Siap ada waterfall dan taman nan indah lagi. Tapi semua tu utk harimau la...bukan utk pengunjung. Untuk pengunjung, ada gazebo, pangkin untuk berehat-rehat. Tapi ada jugak beberapa kawasan yang agaknya terlepas pandang. Ada binatang yang sangat la kurusnya, macam tunggu masa nak mati je. Kebanyakannya haiwan yang hidup segan mati nak sangat ni, originate dari Afrika. Agaknya depa tak suka makanan kat sini (tumbuh-tumbuhan kita tak ngam dengan perut depa agaknya).

Perkhidmatan tren pendek/tram (macam dalam iklan KFC tu) ada disediakan, kalau anda malas nak berjalan kaki. Tapi tak best la sebab tak dapat intai2 haiwan tu dekat2. Boleh je hop on and hop off aku rasa tapi once you get off the tram, alamatnya berjanggut la nak tunggu the next one. So kalau masa banyak, I would suggest pada anda utk jalan kaki dulu and then bila dah habis ronda, naik tram for a brief tour. Zoo ni juga ada night visit. Tapi aku macam seram je nak pegi malam2 sebab.....ishh..tak berani la sebab banyak creepy crawlie dalam gelap tu. Oh titakk.....

Alia riding a pony. Murah je...RM2.

Rambut Syirah n rambut brader tu sama pesen. Sedara ka?

Capuchin

So pada anda yang ada anak2 tu, cuti sekolah yang masih berbaki ni, boleh la bawak anakonda (ooopsss anakanda) pegi zoo. Yang takde anak pun boleh pegi jugak, amik aura anak orang. Yang masih bujang tu, boleh le pegi sambil exercise kaki dan jamu mata, hehheheh.

2 comments:

sitiezahim said...

zoo yg bes, zoo melaka, zoo taiping..zoo lain (termasuk zoo negara) hampeh..haha..tp paling bes a famosa resort..zoo dia mmg superb tapi baya mahel huhu

3yearshousewife said...

hehehe, kami yg dok melaka ni ngelak le nak gi zoo waktu2 ultra busy gini. tapi melaka mmg best kan...pujian utk org dok melaka ;)
apsal tak bagi tau dtg melaka. dr zoo tu ke rumah K.As 30 minit je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :