Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, 9 December 2008

Cafe Halal di Hammersmith Hospital & London Tour lagiiii

Ni gambar dua org model tgh tunggu bas. Alia berkelubung, kesejukan. Ida sengih kat camera ke kat brader Mat Salleh? Aku? Aku jadik photographer tak rasmi weekend tu.

Minggu lepas aku ada kursus statistik kat South Ken. Ni adalah kursus aku yg terakhir selepas bertungkus-lumus pegi macam2 kursus dalam sebulan dua ni. Sebelum tu aku call Ida, ajak dia makan kat spital dia. Sebabnya dah banyak kali Ida nak ajak aku makan kat cafe ni tapi tak berkesempatan je. So hari tu kami pegi le makan. Sedap jugak. Ingat nak makan ayam panggang tapi tersilap pulak, terambik chicken wrap. Apa2 je la. Janji ayam. Pastu kami duduk kat tempat strategik, depan Christmas tree. Tengok gambar aku bersama menu makan tengahariku, pastu gambar Ida ngan pokok Krismasnya.

Pastu weekendnya aku pegi umah Ida. Ida kata nak gi shopping. Aku ok je, lagipun aku memang berniat nak jumpa Ida, nak celebrate si besday gurl. Kami gi Oxford Street, Trafalgar Square dan Victoria Street. Punyer la ramai org kat Oxford Street tu. Memang terasa kemeriahan Christmas yang tinggal beberapa minggu lagi. Ala2 meriahnya Malaysia nak menyambut Hari Raya. Kebetulan pulak hari tu ada parade, movie launching etc so memang meriah. Alia suka sebab banyak Santa dan Santarina. Seperti biasa, aku jadi pengutip belon free untuk Alia. Suka tengok Alia gembira.

Alia kat dalam tube ngan Cik Ida

Macam mesra lak ngan bear nih. Jgn jeles.

Dah penat jalan2, kami pegi Spices & Grills Restaurant. Aku order ayam panggang dan nasi putih, Ida order ayam jalfrezi dan cheese nan. Mango lassi sebagai pelengkap. Makan kat sini seronok, affordable and tasty. Pastu balik umah Ida, cake time! Upacara memotong kek dengan roomate Ida- Luna dan Pettia. Lepas kenyang, tido. Malam tu hubby call ucap smat hari raya. Dia kata dia nak bertolak blk kg dah. Seronoknya. Aku suka jalan2 naik keta ngan hubbyku......Hmmm semoga selamat di perjalanan. Kirim tolong makankan sate, boleh? Ok, kat bawah ni gambar2 masa dinner malam tu.

Mana gambar aku, ni? Menyesal lak tak suruh brader Pakistan tu amikkan gambar kitorang.

Mana ganbar besday gurl nih? Ha...ni dia. Maap ye Ida. Gambar ni blur. Agaknya photographer kena letak jawatan.

Selamat ulangtahun, Ida. All the best, ya!

1 comment:

Anonymous said...

kehkehkeh..baru perasan kak as dh upload gambar kiter...

yg tak bestnya..sebab pakai tebal sangat, baju cam balut nangka jer..tidaaaakkkkk...malu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :