Umat Islam kat UK menyambut hari raya haji pada hari Isnin, sama macam kat Malaysia. Pagi raya tu aku macam biasa siap-siapkan bekal Alia dan bawak keta ke umah Maswa. Sampai saja kat sana, semua anak dia tak pegi skolah. Siap pakai baju raya lagi. Ada tetamu kat umah dia masa tu. Semua orang pakai baju raya kecuali aku ngan Alia je. Si Alia siap pakai uniform skolah lagik. Rasa bersalah pulak aku. Tapi aku memang plan nak gi opis hari ni sbb Jumaat lepas sv aku dah sibuk tanya pasal progress aku. Lepas makan raya kat umah Maswa (dia masak pasembor, nasi himpit, kuah kacang dan tiramisu) aku balik ke kampus. Jumpa Sofia ngan Tariq. Diorang semua tak gi opis. AKu je yang semangat sorang2. Bila dah semo org tak gi kampus, aku pun malas la. Tengahari tu aku dipaksa masak makan tengahari oleh budak2 ni. Aku pun masak le apa yg ada kat dapur tu. Perancangan asal 2-3 org je tapi memikirkan dah alang2 aku masak, baik aku ajak semua yg Muslim nih. Dalam 2.30pm, siap la kari ayam, nasi putih, Chinese stir-fry, pasta carbonara dan buah-buahan. Aku main hentam je ikut apa yg ada kat dalam dapur aku. Takde tema langsung. Tak plan, kan? Yg syoknya, aku lupa langsung nak hidang air, hatta air kosong sekalipun. Tetamu aku plak baik bebenor, tak complaint pun. Tinggal lagi 3 org tetamu, yang lain dah balik, baru aku perasan aku tak hidang air bila aku tengok Sofia gi amik air kosong kat dapur aku. Oh, teruk betul aku ni. Ha, tu la. Sapa suruh aku masak tiba2? Nasib korang la. Heheh jahat aku ni. Pastu nak cover balik, aku siap buat teh panas power punyer. Berimannnnn (sambil letak tangan ala2 penyanyi nasyid).
Petang tu, lepas amik Alia aku siap2 utk pegi jamuan raya anjuran Student Union pulak.Aku ditugaskan masak Phenni (sejenis masakan tradisional Pakistan). Mana la aku reti. Tapi sebab diorang suruh jugak so aku buat la. Nasib baik menjadi. Kuih ni ala2 bubur santan tapi letak mihun halus. Meriah jugak sebab ramai gak omputih ngan international students yang datang.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan dan saudara-mara di mana saja anda berada. Maafkan segala salah-silap saya. Buat ma, abah dan adik-beradik kat kg, oooo..korang buat bbq ye! Ces, sungguh tidak aci sekali. Takpe, nanti k lo ngan abg lo balik, kita buat lagi power punyer, ok. Moga raya yang akan datang kita akan berjumpa, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment