Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 16 April 2009

SIRI 5 : EASTER PARADE & IDOT



1 April 2009 : ALIA'S EASTER PARADE
Alia ada persembahan kat sekolah hari ni. Semua pelajar kat skolah tu kena pakai topi easter dan jalan ala2 catwalk atas pentas. So 2 hari sebelum tu aku n hubby ke Egham mencari topi (kosong, kena hias sendiri), itik dan telur utk hiasan atas topi tu. Dah abis beli, kami terjumpa easter bonnet yang readymade kat Clinton's. Cantik lak tu, tak yah susah2 nak hias sendiri. Aku ni dah la sangat tak kreatif, so kami beli sekali lagi. Dah jadik 2 topi. Balik umah, kami hias gak la topi kosong tu, alang2 dah beli. Tapi hasilnya sungguh le tak memberangsangkan. So we end up with the readymade one. Saksikan gambar Alia n frens ala2 malu kucing bercatwalk petang tu...

Alia with her classmates and Mrs Harding, the teacher

Class photo

Singing their heart out

Alia and Nat

Alia with her favourite frens, Huda and Husna

With mama

Grab a pic or two while waiting for Alia

With my hubby and my other baby


1 April 2009 : MAKAN2 KAT UMAH IDOT

Upacara makan2 kat umah Idot. Aku memang suka dtg umah Idot sbb dia terer masak. Ida Cik Puling pun ada. Meriah la gak bila lama tak ketemu. Hari tu ntah kenapa Fuadi mesra alam sangat ngan hubby aku. Dia asyik bertempek je kat atas riba hubby. Apa petanda tu...aku rasa Alia nak dapat adik lelaki kot, hahah. Tunggu taun depan, ye. Taun ni takleh lagi, blaja ntah ke mana. Sabar....(pujuk hati sendiri). Kalau taun depan pun aku busy ngan study, abis blaja ni aku nak twin la (ces, mcm senang je). Janji ngan Idot n Ida jam 6pm, tapi kami bertolak awal sebabnya jam 4.30pm-7.30 mmg jam giler kat M25 ngan M4 tu. Aku mmg tak sanggup mengambil risiko nih. Penah sangkut sekali masa nak gi umah Sufi dulu. Masa tu 1st time nak gi umah dia, kami baru sampai UK so tak tau selok-belok lagi. Perjalanan yg patutnya 1 jam setengah jadi 3 jam lebih. Tak mau ulang lagi.

So jam 3pm lepas abis persembahan Alia, kami bertolak ke East Acton. Sampai sana jam 4.15pm. Sebab masih awal, kami lepak2 kat Westfield. Bila nak balik, ternampak lak promosi kat Boots pasal Nicorette. So kami sangkut sbb pharmacist tu nak buat test la segala. Pastu masa nak gi jemput Ida, siap tersesat2 pulak. Salah turn, apalagi mmg sesat kejap. Takleh cilok2 sbb masa tu peak hour, keta banyak. Hubby aku dah fenin2, stress bawak keta kat London nih. Tension betul dia. Aku cool je, hahaha sbbn
ya aku jadik mem besar je sejak dia dtg ni. Tak mau sentuh steering langsung.

Ok la, sambung citer pasal makan2. Idot masak ikan bilis yg aku order khas sempena keberangkatan aku ke istana hinggap dia ari tu. Ada kambing (masak apa ntah, lupa), kari ikan, salad n papadom. Aku makan bertambah2. Memang tak malu bab2 makan ni. Makasih Idot. Lain kali ajak lagi ye!


With Idot n femli and also Cik Puling

Kat Westfield. Sandar baik punyer nampak!

Ok, tamat sudah kisah aktiviti kami kali ini, dari siri 1-5. Tahniah, anda telah berjaya menghabiskan kesemua siri. Sila beli hadiah untuk diri sendiri. Sehingga ketemu lagi, babai!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :