Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, 1 July 2009

Trip to Belgium and Luxembourg

Percutian ini diketuai oleh Cik Idot. Dia dapat voucher percuma. Kami bayar penginapan (caravan) murah je, aku rasa 8 euro untuk 4 hari 3 malam. Kalau tak silap la. Sudah lupa. Tapi yang pasti tak sampai 25 euro pun. Makan kami masak sendiri sebab kat caravan ni ada dapur, pinggan mangkuk segala.
Cik Ida, aku, Idot dan Faiz. Kanak-kanak 2 orang tu tak nampak muka, hehehe
Posing ala-ala artis gitu


Kat tepi highway, sempat lagi snap sekeping dua
Alia jadi model Cik Ida

Terer tak aku berlakon jadi patung? Konon nak tiru gaya patung kat belakang nun
Kat depan Atomium, salah satu tourist attraction kat Belgium ni
Sayup mata memandang minah ni

Tak dapat pegi Paris, dapat berangan kat mini Champs-Elysees ni cukup la.

Ni kat Luxembourg
Nak naik Eurostar - first time. Tak le semegah yang diwar-warkan

Tiga sahabat

Kuih ni ala-ala kuih kat Malaysia. Manisnya yang amatttttt...lebih manis dari kuih orang-orang Kelantan.

Ni pun kat Luxembourg

Cantik tempat ni tapi orang-orangnya sangat tak peramah. Garang giler!!
Di declare sebagai The World Heritage
Panca sitara era baru

Ni kat Dochamps, dekat dengan tempat kami menginap

Breathtakingly amazing
Posing dalam caravan sebelum bertolak balik

Ni le caravan kami dan keta sewa merangkap restaurant dan katil sepanjang perjalanan kami yang jauh tu

Anak daraku berposing manja

Makan homemade ice-cream di tengah-tengah bandar Brussels

Ni among authentic dish kat sini aku rasa sebabnya jeling kiri-kanan, kebanyakan pelanggan (mostly tourist), makan menda mussels dalam periuk ni. Alia tak mau makan, dia nak tolong pegang bekas besi tu je, buat isi shells.

Lagi gambar naik Eurostar.............

Posing kat depan alfresco diners konon...........

One for the album

Antara kedai coklat yang terkenal kat sini. Kami tak mampu nak beli.....mahal!!

Tram yang tak ramai penumpang. Bandar ni tak sibuk, tak ramai orang sangat

Sila pimpin tangan anak anda. Tu kot signboard tu tulis


Alia dan Fuadi, dua kanak-kanak riang menemani pengembaraan kami

Kat Atomium

Mini Europe





Sebelum balik, agenda paling penting ialah membelah duit dengan membeli coklat. Hajat di hati nak bawak balik Msia buat kaum-keluarga. Malangnya anak daraku (dan emaknya) sangat suka coklat jadi sehingga ke saat ini, dilaporkan hanya tinggal 2 kotak sahaja lagi. Memandangkan aku akan balik Msia Januari nanti, nampak gayanya sangat la tipis harapan bagi coklat itu untuk menjengah mentari bumi Malaysia........


Brunch ala Melayu

Kali ni kitorang pegi Long Walk, Windsor. Awin dan Mulia sebagai penganjur telah mewajibkan masing-masing bawak makanan berunsur Melayu je. Makanan ala-ala orang putih diharamkan terus hari itu. Setelah pecah kepala memikirkan apa yang patut aku masak, akhirnya aku masak lemang segera dengan daging beriani. Akan tetapi daging berianiku tidak berapa menjadi. Menu paling menggugat hati bagi aku pada hari itu adalah rendang daging dan hati oleh Su. Memang sedap. 1st class!!
Tolong...tolong...hidupku dihujani dengan pelbagai makanan! Tidak mampu ku tepis dugaan ini.
Rana dan suami bersama 2 hero mereka. Rana ni dari Iraq. Hari tu dia bawak masakan kambing, ala-ala kebab kambing caserol berkuah ala-ala sos tomato gitu. Betul ke aku ni?


Lepas makan kami ramai-ramai jalan kaki ke Windsor Castle, jauuuuuhhhh giler. Dah la baru lepas makan, perut penuh, cuaca panas giler lak tu.
Rombongan bapak-bapak kontrol kool.
Antara menu hari tu - nasi lemak, bubur ayam ala McD, lempeng pisang, pulut kuning, rendang daging, lemang, masakan kambing Iraq, kek pisang, keropok, air bandung dan sebagainya.

Alia makan bubur ayam 2 mangkuk!
Aku makan dengan khusyuknya....

Su siap bersila lagi......santai abih
Adib, suami penganjur merangkap si penjaga teh tarik

Penganjur brunch kami hari tu - Mulia dan Su

Budak-budak ni leka main layang-layang
Sekali-sekala dapat lepas bebas..........
Group photo..siap meniarap lagi. Posing sakan pakcik makcik ye
Dah hampir petang baru kami berangkat pulang. Tu pun sebab nak hujan. Kalau tak, maunya sejam dua lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :