K raf dari Birmingham dan K As dari Bristol datang cuti-cuti ke London. Kami berpakat nak berpiknik kat Pleasure Island, Windsor. Awin bawak ayam bbq dan macam-macam lagi. Makasih Awin, bersusah-susah aje. Aku masak kueytiau goreng, nasi goreng dan rendang ayam. Lepas lawatan rasmi ke Windsor Castle, kami bergerak ke rumah aku pulak. Diorang keluarkan bekal yang diorang bawak dari London. Punyer la banyak. Pastu bila nak balik, diorang bagi kat aku. Ada sotong sambal, kari ayam dan macam-macam lagi. Terima kasih wahai tetamuku.
Sepanjang hari kami bersantai kat tepi sungai Thames tu. Tengok bot lalu-lalang, budak-budak berlari-lari sana-sini.
Sepanjang hari kami bersantai kat tepi sungai Thames tu. Tengok bot lalu-lalang, budak-budak berlari-lari sana-sini.
2 comments:
Terima kasih lah jugak kerana sudi melayan makan2 kami. Sedap makan kat umah As ari tu. Hehehe, sampai kena tegur ngan suami. Yg bagi banyak lauk tu K.Raf le. K.As tukang habihkan aje.
K As,
Terima kasih kembali sebab sudi datang. Kami memang suka kalau ada tetamu datang. Meriah sikit umah ni. Nanti datang le lagi.
Post a Comment