Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

MY PRECIOUS

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, 1 July 2009

No 1 Cafe

Aku, Maswa, Su dan Mulia ke Shepherd's Bush, membeli stok ayam daging. Lepas beli benda-benda wajib ni, kami ke No 1 Cafe. Upacara makan-makan bermula lagi. Puas hati la makan hari tu, upah penat membeli ayam tadi. Paling best ialah teh ais ala Thai. Memang terangkat! Lain sikit dari teh ais kat Malaysia. Cuba la, mesti tak menyesal punyer.
Kerabu manggu...oooops kerabu mangga. Brader orang putih tu berulang-kali dok cakap kerabu manggu. Kalau kami gelak kang dia kecik ati pulak. So kami gelak dalam hati je le. Selama ni aku tak suka sangat kerabu mangga sebab masam. Kali ni kerabunya sedap sebab mangganya manis, pastu ada kacang. Best!
Nasi goreng kampung. Hidangan wajib kalau aku datang sini.
Sate ayam. Dapat le 2 cucuk sorang. Boleh le hilangkan kempunan kejap. Apa-apapun, akan ku terjah Sate Kajang Hj Samuri nanti aku balik Januari ni. Pasti!!
Po'tek pilihan Mulia. Boleh la tahan.
Kangkung belacan. Kami makan licin sehingga batang-batang kangkung pun kami telan. Maklum la bukan senang nak jumpa kangkung kat UK ni.
Ni menu pilihan Su dan Maswa. Ikannya sedap. Lain kali aku nak order yang ni la. Tungguuuuu..........

Ini la Su dan Mulia. Rakan berpoya-poya aku. Bersama anak daranya, Sofia.
Aku dan Maswa. Aku order 2 air....yang ni 1st round. 2nd round teh ais ala Thai. Kat Msia aku n hubby memang masing-masing order 2 air. So kalau kami makan kat restaurant ke gerai ke, memang ada 4 air atas meja kami. Bikin malu saja.
Inilah rupanya teh ais ala Thai yang digilai ramai tu. Nyamannnnnn!!

Sekian liputan dari No 1 Cafe, Dalgarno Garden, London.

1 comment:

3yearshousewife said...

Menggoda sungguh le gambar makan2 nih. Sungguh sampai hati As, huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :