Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, 1 July 2009

Brunch ala Melayu

Kali ni kitorang pegi Long Walk, Windsor. Awin dan Mulia sebagai penganjur telah mewajibkan masing-masing bawak makanan berunsur Melayu je. Makanan ala-ala orang putih diharamkan terus hari itu. Setelah pecah kepala memikirkan apa yang patut aku masak, akhirnya aku masak lemang segera dengan daging beriani. Akan tetapi daging berianiku tidak berapa menjadi. Menu paling menggugat hati bagi aku pada hari itu adalah rendang daging dan hati oleh Su. Memang sedap. 1st class!!
Tolong...tolong...hidupku dihujani dengan pelbagai makanan! Tidak mampu ku tepis dugaan ini.
Rana dan suami bersama 2 hero mereka. Rana ni dari Iraq. Hari tu dia bawak masakan kambing, ala-ala kebab kambing caserol berkuah ala-ala sos tomato gitu. Betul ke aku ni?


Lepas makan kami ramai-ramai jalan kaki ke Windsor Castle, jauuuuuhhhh giler. Dah la baru lepas makan, perut penuh, cuaca panas giler lak tu.
Rombongan bapak-bapak kontrol kool.
Antara menu hari tu - nasi lemak, bubur ayam ala McD, lempeng pisang, pulut kuning, rendang daging, lemang, masakan kambing Iraq, kek pisang, keropok, air bandung dan sebagainya.

Alia makan bubur ayam 2 mangkuk!
Aku makan dengan khusyuknya....

Su siap bersila lagi......santai abih
Adib, suami penganjur merangkap si penjaga teh tarik

Penganjur brunch kami hari tu - Mulia dan Su

Budak-budak ni leka main layang-layang
Sekali-sekala dapat lepas bebas..........
Group photo..siap meniarap lagi. Posing sakan pakcik makcik ye
Dah hampir petang baru kami berangkat pulang. Tu pun sebab nak hujan. Kalau tak, maunya sejam dua lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :