Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 1 December 2011

Full-paying patient (FPP) Hospital Putrajaya

Credit to : Google

Pregnant ada conflict, nak bersalin pun ada conflict. Hari ni nak share pengalaman tentang FPP untuk bersalin di Hospital Putrajaya. Bear in mind, post ini mengenai FPP a.k.a kita register sebagai private patient untuk mendapatkan private service. Bukan sebagai pesakit biasa.

I was so excited to hear that Hospital Putrajaya ada sediakan private wing. Read many good reviews on it. Bilik best ala2 hotel, boleh pilih pakar perempuan, facilities memang state-of-the-art la. Dalam hati memang nak deliver baby kat sini. So selepas asyik tertangguh, lepas amik darah kat klinik, kami ke Hosp Putrajaya. Sampai pukul 1tghari, kena tunggu pukul 2pm baru ada staff kat kaunter. So sementara menunggu tu, kami lunch dulu. Kafe : Agak teruk berbanding HUKM. Makanan pun tak berapa best, suasana dalam cafe tak welcoming. Cerita pasal FPP, kami diberi penerangan oleh staff dikaunter. Kemudian diminta dapatkan appointment di kaunter O&G. Selepas beberapa lama, kami membuat kesimpulan : Well....nampak gayanya kensel la nak amik FPP kat sini. Why?

1) Waiting time during routine antenatal appointment could be up to 3 hours! Even more than 3 hours pun ada jugak kadang2. ???!!! Bayangkan, kita bayar consultation charge setiap kali pergi (out of office hour harga lebih) + extra charge utk amik darah, scan, etc. Pastu kena beratur lama. You paid premium price, and yet kena tunggu lama. Baik tak payah bayar, pegi sebagai pesakit biasa aje la kan. Alasannya : Ada 4 doktor pakar sahaja di bawah FPP sedangkan FPP patients sangat ramai. Kadang-kadang Dr kena attend emergency case kat labour room, OT etc.


2) Kena register awal=buat check-up awal. Staff kat kaunter kata boleh register as FPP patients paling lambat by 32 weeks. Lewat daripada tu, Dr tak mau terima dah. Staff kat satu lagi kaunter cakap, kena register sekarang (I am 17 weeks), semasa ibu dalam 4-5 bulan. Lewat tak boleh. Pulak! Aku malas nak register awal sebab tak mau menunggu berjam-jam utk routine check-up. Ingat nak continue check-up kat klinik sekarang and dalam 31 weeks tu start check-up kat Putrajaya. Tak boleh pulak, kata staff tu. Isshhh apa pulak dorang ni macam ni? Macam nak paksa-paksa orang masuk awal. I don't mind register awal kalau setiap kali pegi, kita senang hati. Masalahnya I tak sanggup nak tunggu berjam-jam setiap kali pergi.


3) Walaupun we had been assigned our chosen pakar O&G, tak semestinya Dr yang sama akan sambut baby. Sebab ramai sangat FPP patients, pakar ada 4 aje. Kadang2 Dr cuti emergency, ada kes lain etc. So case kita akan diserah pada mana-mana Dr yang available. Tu aku faham la. Tapi yang aku tak berapa setujunya ialah.....cara staff tu terangkan, seolah-olah kes macam ni memang kerap sangat berlaku. Buatkan aku terfikir, macam possibility utk terjadi sangat tinggi. Eh kang penat je bayar ribu-raban tiba2 Dr bukan pilihan pulak yg menyambut baby.


4) Paling membuatkan kami tak selera nak book sebagai FPP patients ialah, staff kat situ berkali-kali menerangkan betapa ramainya FPP patients kat Hosp Putrajaya ni. Kebanyakan perkara yang diterangkan kepada kami, hampir keseluruhannya berkait dengan perkara-perkara negatif. Bila ditanya apa kelebihan private wing hospital ni berbanding private hospital, mereka jawab "hmmmm....entahlah". Dah tu camno? Memang tak convincing.

5) Harga utk wad bersalin RM300 semalamam. Dipanggil executive ward. Tapi kalau ramai yang bersalin masa tu, kita yang sepatutnya dapat bilik seorang, kena share dengan orang lain, jadi 2 orang sebilik. Tapi bayar sama jugak, RM300. Pelik, pelik. Kita mesti la nak service yang dijanjikan. Kalau dah bayar RM300 utk sebilik sorang, kena la dapat sebilik sorang. Kalau dah share sebilik 2 org, kena la kurangkan harga. Logik tak?

Kat sini, pakej bersalin normal (labour room, bilik wad, ubat, consulation etc) dalam RM2000 ++. So sama la jugak dengan private hospital. Tapi kat sini banyak ragamnya. Kalau banyak sangat songehnya FPP ni, lebih baik masuk private hospital je. Boleh masuk bila-bila masa, bawak buku merah/pink tu je or at least surat rujukan dari klinik yang kita buat antenatal check-up. Tak perlu nak register seawal 4-5 bulan.

I was thinking, satu lagi alternatif lain ialah bersalin aje la sebagai pesakit biasa kat Hosp Putrajaya ni. Dengar cerita dari teman-teman yg ada pengalaman bersalin kat sini, layanan staffnya memang tip-top. Semua bilik kat sini, 1st class. Suami pun boleh masuk labour room. Kalau dah macam tu, buat apa kita nak bayar mahal-mahal, kan?

Rasanya pihak pengurusan Hospital Putrajaya kena cari jalan untuk mengatasi masalah ini. Sepatutnya bila ramai yang berminat utk register sbg FPP, hospital kena la pikir jalan utk atasi masalah berbangkit. Banyakkan bilik executive (sbb permintaan memang meningkat) dan buat sistem lain untuk mengelakkan pesakit berbayar terpaksa menunggu terlalu lama. Juga, kalau boleh, sediakan staff yang khusus untuk memberi penerangan yang jelas dan professional mengenai sistem FPP ini. Staff haruslah menerangkan kebaikan2 dan kelebihan skim FPP ini dan pada masa yang sama turut menerangkan mengenai risiko atau unforeseen circumstances yang mungkin berlaku. Kalau masalah ini tidak dipantau dan dibiar berterusan, reputasi FPP Putrajaya akan merosot dan masyarakat akan kembali mendapatkan service di private hospital.

My two cents worth....








4 comments:

sitiezahim said...

fuhh memang padat kak long..tapi betul la, kalau dah cam2 ragam baik bersalin private (alang2 dah ada duit) or besalin biasa aje..huhuhu

atie said...

As dah balik msia ke dan mengandung rupanya, Tahniah.Duk Putrajaya ke skang nih?

Asmida Ismail said...

siti...tu la rasanya bersalin biasa je la. jimat duit (mode haji bakhil).

K Tie, dah balik dah. Mebi end of jan pegi balik sekejap. As dok kat Sepang.

Anonymous said...

sekadar berkongsi pengalaman bersalin FPP putrajaya.. kos yang dikenakan untuk bersalin normal dan tidur satu malam hanyalah rm1200++.

Bilik walaupun kongsi tp masih boleh diterima dengan bayaran rm300 yang mmg jauh lebih murah compare ngn swata. untu anak 1st di private hospital kos rm3.5k ++.

dan time saya register untuk FPP 2011.. adalah apabila kandungan 32 minggu. mungkin nurse yg incharge yg bermasalah yang sedikit sebnayak telah memberiken persepsi buruk pada FPP Putrajaya.

Service yang diberikan dari bermulanya register hingga bersalin sangat puas hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :