Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, 17 April 2009

SIRI 4 : HOLLAND

3 April 2009 : HOLLAND

Malam sebelum berangkat aku tido 1 jam je sbb sibuk masak2 utk bawak bekal. Pastu kena bangun jam 3am. Aku masak nasi goreng, buat mushroom omelette, ayam goreng, sayur campur, chicken filling for pita bread etc. Kena bangun awal sbb nak bertolak 4.30am. Nak kejar train kat Liverpool Street jam 6am. Pastu naik kapal jam 8am. Dah siap semua, kami pun berangkat.

Malang tidak berbau, kami sangkut kat M25. Ni bukan sangkut biasa2 tau...ni betul2 sangkut. Jam giler....sungguh giler sehinggakan keta tak bergerak langsung, highway tutup. Kami takleh patah balik sbb keta melambak2 kiri kanan dpn belakang. Semua org terperangkap. Siap matikan enjin keta bla bla bla. Hati dub dab dub dab takut tak sempat sampai, nak kejar kapal lak. Dari setengah jam jadi sejam, jadi 2 jam..akhirnya deka
t 3 jam kami kat situ! Perjalanan yang patutnya 2 jam jadi 5 jam lebih!! Dalam hati mmg frust giler yang amat. Penat je bangun awal2 pagi, penat je masak banyak2. Tapi aku perasan yg aku agak cool jugak la. Kenapa ek? Mungkin sbb hubby ada kat situ, tenang le sikit rasanya. Kalau tak, maunya aku menjerit atau nangis sorang2. Dari gelap malam sampai ke cerah pagi kami kat situ. Terlepas kapal le jadinya.

Nak marah pun tak tau nak marah kat sapa. Dah terlepas kapal hari tu, kami kena naik kapal esoknya. Kena bayar extra 50pounds. Pastu nak balik umah, jauh. Lagipun takut jam lagi kat highway esoknya. Makcik keciiiwa! Dah le percutian bajet, ada lak perbelanjaan luar jangka nih. Haiyooo. Hubby aku cakap, ada le hikmahnya tu. Apa hikmahn
ya? Hmm hikmahnya kami dapat tido hotel hari tu. Takde le hotel glamer mana pun. Premier Inn je. Tapi puas hati le sbb harganya 49 pounds semalam tapi biliknya best. Besar, selesa dan cantik! Mmg hikmah betul la. Walaupun duit melayang tapi we had a good time there. Bak kata iklan Mastercard - life is priceless, cewahhh. Pastu kami jalan2 sekitar Harwich tu. Pegi pantai, pegi shopping etc. Hikmah le tu namanya.

Alia having her 'me-time' at Harwich

Really love this one. Yeah, one for the album!

In the hotel room at Premier Inn.

At Harwich International Port

Esoknya kami naik kapal. Terubat kecewa smlm bila tengok kapal yang gigantic tuh. Mmg jakun kejap. Aku recommend sapa2 yg nak gi Holland try le naik kapal Stena Line ni. 7o pounds sorang, return (harga termasuk train dari London Liverpool Street Station/train dari East Anglia, kapal dan train ke mana2 station di Holland). Jangan lupa amik cabin. Best sebab cabinnya ada katil, meja, kerusi dan en suite bathroom lagi. Cabin bayar extra. Tapi berbaloi. Kat dalam kapal ni ada cinema, playroom utk budak2, 2 restaurant, shopping area ( perfume, mekap, rokok etc murah kat sini). Ada gak sikit2 baju, beg, spek designer labels tapi tak le banyak.

The ship - Stena Britanica by Stena Line

In the cabin- note the foods...we will never go hungry

Like father like daughter?

The alleyway

In the restaurant

Sempat gak kami tido sejam dua pastu bangun merayau2 dalam kapal, kuar amik gambar dan aktiviti2 yang seangkatan dengannya. Alia layan tengok citer katun kat playroom. Kalau datang masa school break, Stena Line siap sediakan clown dan mascot utk layan bebudak ni. Masa inward journey, mmg ramai org. Outward journey, tak ramai orang dan kapalnya lagi cantik. Restaurantnya lebih besar, playroom banyak barang2 utk budak2 ni conteng2 dan cabinnya marvellous! En suite bathroomnya cantik. Si Alia siap mandi sambil gosok2 lantai lagi, jadik amah tak bertauliah kejap.

Outside deck


Three of us, together


Alia with Curious George-the mascot

Me and my baby

Always know where you are going...kang sesat

Alia and ayah at the video arcade

Alia scribbling down and playing around at the kid's playroom

Time for lunch!!

Perjalanan naik kapal dari Harwich ke Holland dalam 5-6 jam. Bunyi macam lama je kan. Tapi sebenarnya tak terasa masa berlalu! Sedar2 eh, dah nak sampai? Memang tak terasa letih. Lepas tido, mandi, jalan2. Pastu disembark. Turun kapal muka fresh je. What a great journey!

Holland , here I come!

U know what this means? Well, I don't..

Here we are... in Holland.

Welcome to Holland!
Kawan aku yg sangat baik hati, Salmah (nama manja Ama) menunggu kami kat train station. Percutian ni mmg kami tak plan sebenarnya. Sejak last year Ama ajak aku gi umah dia kat sana. Banyak kali dia ajak. Pastu this time Ama kata bulan Jun ni dia nak balik Msia dah. Ni je peluang nak datang. Baik datang sekarang, lagipun tulip2 dah nak kembang. Kebetulan pulak hubby aku datang so kami pun pegi le ke sana. Ama ni kawan aku dari matrik lagi. Dia mmg baik hati. Mak bapak dia pun baik (sebab tu le dia baik). Aku ingat lagi masa aku tido umah Ama,(masa tu aku umur 19 taun), ada satu malam tu jam 3am, mak Am
a bangun suapkan aku ubat batuk sbb aku dok terbatuk2. Masa tu aku dah besau. Rasa mesra sangat bila mak dia suap camtu. Aku rasa last time org suap aku masa aku umur 4 taun kot (tidak termasuk suapan oleh suami okey sbb masa tu aku belom kawin lagik).

Sepanjang kat sana, Ama dan suaminya Azmi melayan kami dengan sangat baik. Makan, tido, jalan2 semua diorang uruskan. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa korang tu. Alia seronok sakan sbb ada geng nak main. Puas le dia bergelak ketawa ngan abg Naqib dan Pika. Sampaikan bila masa nak balik, dalam train dia cakap "I miss my fren. Abg Naqib and other one". Dia selalu lu
pa nama Pika. She refers to Pika as "my other one fren". Dah balik umah baru tau sebut Pika. Suka dia tengok gambar Pika kat dalam komputer.

Alia and Pika

Seems Alia is ready to be a kakak, isn't she?

Our wonderful host, Ama and Azmi

1st day kami ke taman tulip, Keukenhoff. Taman ni buka dari 19 March-21 May je. So pada saper2 yang teringin tu cepat2 datang. Kalau terlepas tunggu taun depan lak. Masa kami sampai tu tak banyak lagi bunga kembang. Tapi ok la sbb tamannya besar dan selain bunga ada lagi mende2 lain yg menarik cam tasik, windmill, persembahan burung etc. Seharian jugak nak menjelajah taman ni. Kurus la kejap kaki makcik asik berjalan je. Balik dari sana kami singgah kedai Turki. Makan ayam goreng ala KFC dan burger. Best, hilang jap kerinduan nak makan burger. Ok, ni gambar2 kami kat taman tulip tu. Saksikannn....

At the entrance


Aaaahhhhh.......


Georgous looking petals

Putih, suci murni

Fierry red tulips




Love is in the air...

My heart melt



Why a long face, Alia?






They are gorgeous, aren't they? I mean the tulips, not orang2 in the pic.


I could be here forever




So beautiful, could be mistaken for Japan.


The fountain


Me and my ever permanent job- tolak pushchair


Alia and abg Naqib at animal farm, chasing all those animals

Windmill (reminded me of the windmill gheeblend tv ad).

Once upon a time, the Dutch use the windmill for all sorts of thing - anything, you name it.

Pastu kami gi Botanical Garden, dipanggil Hortus Botanicus. Hubby aku suka la bab2 lawatan ilmiah ni. Teruja dia nengok pokok2 yg dia penah baca dan penah ajar kat student. Sempat lagi tu soal aku pasal pokok2. Maklum la kami ni sama2 dalam bidang botany. Ada yg aku dapat jawab tapi banyak yg aku dah lupa. Last time belaja pasal pokok ni taun 2002. Dah 7 taun tinggal, dah berkarat.

The entrance to Hortus Botanicus

Rows of plants

Hortus Leiden 1977

The famous Linnaeus. A must-known figure for botanist.

Lepas abis sessi amik gambar dan megganggu-gugat katak ngan ikan kat taman tu, we headed to Leiden town. Pekan ni aman damai, ada tempat piknik tepi sungai dan yang paling best kat Holland ni merata2 boleh jumpa basikal! Sana-sini org naik basikal. Pelbagai rupa, bentuk dan saiz. Minah elegant skirt pendek ngan spek Prada pun naik basikal, jejaka ensem pakai kot siap ngan tie pun naik basikal. Pastu kat basikal tu, ada pulak diletakkan kotak macam2 bentuk dan saiz untuk budak2 kecik. Ala2 beca tapi versi moden. Ada gak yang letak kotak ala2 keranda kecik, ada gak kotak mcm bot, siap ada kerusi kecik lagi. Amazing! Seronok aku tengok. Lucu pun ada. Tapi yang pastinya aku terpegun.

An evening in Leiden




2-storey bicycle parking

At Leiden Central, waiting for our train to Amsterdam

The 2-storey express train

2nd day pulak. Hari ni kami naik train ke Amsterdam, pastu naik bas ke Volendam. Volendam ni ada banyak seafood best2. Kami makan kat satu restaurant depan laut. Meriah. First time aku merasa makan kibbeling. Kibbeling ni sebenarnya pieces of cod yang dimasak battered style. Lepas makan Ama dan Azmi tunjuk tpt2 nak menyopping. Kami bernasib baik sbb ada satu kedai ni mmg murah. Sempat le aku beli ole-ole utk keluarga di Msia dan kawan2 kat London. Takde apapun sangat, beli mug ngan fridge magnet je......suami aku belikan Alia singing bird dalam cage (burung plastik je) sebab dah lama dia mintak burung. Masa nak gi Holland hari tu, dia menangis suruh ayahnya tangkap burung kat Harwich. Dia cakap "I want to bring it home". Ish...ingat senang ke nak tangkap burung? Hapa raaa....

Wooden shoes, amongst Dutch traditional heritage

Ayah and Alia at Volendam

Ama and family in Dutch traditional costume

An afternoon in Volendam

Balik dari Volendam, kami singgah tinjau2 bandar Amsterdam. Amik2 gambar sana-sini pastu naik train balik Leiden. Sempat lagi singgah kedai kebab tu. Yang menariknya kebabnya diletak dalam giant burger bun. Tapi bukan roti burger biasa, liat sikit tapi sedap. Aku suka (aku ni semua makanan pun suka). Sempat jugak makan Swirl's iaitu coklat-starwberry ice-cream yang diletak 8 ramuan lain sebagai topping. Boleh pilih apa2 je mcm kacang, white coklat, milk coklat, fresh melons/strawberries, waffle pieces, smarties dan macam2 lagi. Pastu balik umah Ama, makan lagi! Mana boleh tolak, beb. Memang boncit perut asik makan je.

Amsterdam's version of Trafalgar Square

Penarik beca versi moden

Amsterdam, the heart of Holland

At Rotterdam Central

Amsterdam's famous shopping area

ICE (InterCity Expres) - fast train to Germany

Esoknya kami bertolak balik ke London. Sedih sbb dah berakhir percutian yang menyeronokkan ni. Tapi pada masa yang sama excited sebab nak naik kapal lagi. Yihaaaaaaa!!!!
At Hoek van Holland

My hubby suddenly interested in Dutch political crisis? Oh, nooooo!

Having the final taste of kibbeling before leaving Holland

All good things must come to an end.....so did our vacation. I treasured every single moment of it.




3 comments:

3yearshousewife said...

Alia nampak berisi sikit. bestnyer gi kuekenhof, kl K.As mau guling2 ala hindustan kat tepi batas tulip tu kot, hehehe....

Asmida Ismail said...

tu pun kitorang nyaris gak nak guling2. kontrol perasaan je sbb ramai pelancong time tu, hahahah.

New Leaf said...

The tulips are gorgeous sis. Vibrant colours, gambar semua nampak cantik sangat.. Hope you had a wonderful time..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :