Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, 1 July 2009

BBQ Rumah K Mas

Bbq ni dibuat sempena menyambut K Mas. Dia balik ke Malaysia and then datang balik sini untuk vacation. Ramai jugak yang datang hari tu. Meriah la. Sesekali dapat berkumpul ramai-ramai macam ni memang best sebab bukan selalu dapat jumpa. Dah tu masing-masing memang terer masak. Bila tengok masakan orang lain, aku naik malu pulak. Sungguh tidak berbakat sekali aku ni. Huhuhu. Malas cakap la. Korang layan gambar aje le.
Ayam bbq hasil kepakaran K Izan. Aku dah tempah K Izan utk bbq umah aku nanti! Jangan jeles.
Mak-mak dara duduk dalam rumah je...lepas makan 2nd round baru kitorang serang bahagian luar pulak.
Ini le komuniti Malaysian kat kawasan ni. Dari Ascot, Egham, Windsor, Ashford dan Croydon.
Terima kasih kepada tuan rumah - K Mas dan Fadhil
Ni laksa meletup hasil air tangan K Bib. Aku tak sempat merasa...waaaaaaaaaaaaa. Ramai yang puji sedap pulak tu. Ni yang tambah merana hatiku ini!
Kumpulan bapak merancang nak cilok ayam bbq.....mesyuarat bawah pokok supaya tidak disyaki.

Yang ini pun aku tak sempat rasa...........
Yang ini aku sempat rasa sebab nasi goreng memang peveret. Hish, tak sudah2 dengan nasi la Mek As ni. Insaflah, insaflah.
Ni feveret Alia. Dia makan banyak!! Baru aku tau dia suka kek lapis rupanya. Takpe la, balik Msia nanti aku beli banyak-banyak. Bukan senang nak jumpa makanan yang dia suka.
Ni le antara menu memuaskan nafsu makan kami hari tu. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup le ye untuk tatapan korang. Kang ada yang menangis lak.

No wonder aku makin gemuk...bukan salah aku, salah keadaan! Kalau tak makan kesian pulak. Membazir itu amalan syaitannnnnnn...... (Inilah hujah membela diri yang paling kukuh buat masa ini).

3 comments:

3yearshousewife said...

Lain kali sebelum tangkap gambar kasi ngap dulu makanan tuh. baru le tak terlepas peluang.
Amboi2 sekali tulis entri, hambik ko berlambak2.

Asmida Ismail said...

Hahahah...agaknya diriku in termasuk dalam kategori penulis blog berkala, boleh tak? Update 2 bulan sekali, hihi.

Ms J said...

beshnyer laksa...ritu nk mnkn sgt...wat sendiri jer..tp bhn2 xcomplete....mkn sekali jer..terus xbuat dah...dah xlalu pulak nk mkn air tgn sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :