Have a break

SELAMAT DATANG

Welcome readers,
Saya menghargai kunjungan anda. Let's get connected and see the world through each other's lenses.

FARAH ALIA

Lilypie Kids Birthday tickers

FARAH ADIRA

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, 24 March 2011

Spring has sprung, bebeh!!!

I am in a better mood now that the weather has changed. Feel less suffocated. Spring has sprung, everybody! Oh how I adore the early bud of spring. Mata pun terasa cerah je. Now I can ditch my glasses, hehhehe.



My anak dara with daffodils. She is so flower fanatic. Asyik ajak aku kuar amik gambar bunga je. Sambil tu dapat le dia naik basikal. Cheeky!


A must-have pose from this 'lil girl. Posing style senget pinggang.


Yang ni dwarf daffodils, not as mesmerizing as the big one but really cute in a small pot on the windowsill.


Will keep you updated for more taste of spring, soon. Hmmm....sekarang baru la bumi UK ni hidup. Got lots of activities ahead . Legoland, Ascot car boot semuanya reopen this weekend. Aahhh...makcik nak sibuk membeli-belah pulak. Car boot je yang mampu......

Kena pulun siapkan tesis niiiiiii. Ada 1 data chapter + lit review + general discussions. 3 chapters all together. Pastu kena prepare talk utk conference kat Edinburgh and the one in Athens. Aiiiiyooo...manyak keja. But I'm full of beans now, feeling great and excited despite all the works. Giddy up, horsey!!!

See ya!!!


Thursday, 17 March 2011

Ketagih

I'm sooooooooooooo addicted to her songs. Energetic, fresh but soulful and sentimental at the same time. Also love seeing her on interviews or live shows. She's naturally witty and funny! What a girl. I could spend hours and hours on You Tube, listening to her and watching her performs. She's a truly talented singer. Boleh menyanyi live dengan baik. A real character, wa cakap sama lu. Sayang seribu kali sayang, she's not so straight. Apa-apapun, I enjoy her company malam2 masa aku dok tearing my skull off, writing for my thesis.

Masa dia mula-mula keluar dengan single Like a Dude....aku ingatkan minah itam yang nyanyi. Pastu keluar pulak single Price tag, hmmmmm..suka. Ingat lagi aku dok nyanyi2 lagu ni dalam keta masa hubby drive to Stansted. So refreshing. Alia pun suka. Pastu kuar Who You Are....eh, minah ni sedap pulak nyanyi syahdu2. And then Casualty of Love. Best! And then aku tengok dia masa rehearsal Who's Laughing Now......hehhehehe..memang cute la budak ni. An Essex girl, now making her way to being the next best thing in music. Selamba badak. Takde kontrol-kontrol ayu segala. Kalau nyanyi tu, siap muka hudoh lagi tapi dia tak kisah pon, hahahha. You go, girl!!

She's currently on my playlist after an obsession with Lara Fabian, Morrisey, MCR, Buble and of course, Siti (ada orang marah aku suka Siti, hahahah!).











Apa tujuan tulis blog?

Aku terpanggil untuk menulis entry ni lepas baca blog Cik Wan kiter. Apa tujuan aku buat blog ni? Niat asalnya nak abadikan kenangan pahit-manis semasa blaja kat sini. Ala-ala macam diari gitu. Nak tulis pasal cabaran-cabaran sepanjang aku dok mengaji neh. Tapi aku rasa uncomfortable pulak nak citer bab2 ngaji neh. I make a promise to myself, bila dah konpem berjaya, akan aku tulis liku-liku dan cabaran-cabaran dalam buat PhD ni. Kadang rasa senang, kadang rasa payahnya............


Jadinya for the time being, aku lebih selesa letak gambar aku anak-beranak, tempat yang kami pegi, aktiviti kami....benda2 biasa bagi orang lain tapi special bagi kami. Aku paling suka tengok perkembangan Alia dalam blog ni...dari budak kecik yang umurnya 3 tahun masa mula2 menjejakkan kaki kat sini sampai la sekarang dah nak jadi anak dara sunti, hehehhehe.

Sekarang ni pon aku tak sabar-sabar nak habiskan study cepat-cepat. Aku nak spend masa ngan anak daraku yang dah lama terabai. Balik sekolah, dia main sorang2, berangan sorang2. Aku pulak just not in the mood nak main ngan dia sebab otak dok pikir pasal keja je. Walaupun hakikatnya aku takde la buat keja 24-7, walaupun memang glued to the desk all day (and night) long! Sampai kejang punggung neh. Senget dah pinggang ni rasanya. Tapi tak produktif la aku ni. Kalau dapat menulis sehari dalam 2-3 jam pun dah ok la.

Aku nak cepat-cepat abiskan study, nak keluar rumah menikmati spring yang dah menjengah. Nak hirup udara nyaman dengan bebas tanpa batu besar yang tergalas di bahu sejak beberapa tahun lepas. I'm getting there, insyaAllah............usaha....usaha......usaha.



Monday, 7 March 2011

Windsor Castle

14-17 FEBRUARY

Kami pegi lepak-lepak kat Windsor Castle...isssshhhh bunyi macam castle tu kedai kopi depan rumah je. Ala, sebab tak jauh dari rumah, boleh la kami pegi selalu. Tu yang this time, we were there for two consecutive days. Back to back, you! My hubby got fascinated dengan paintings yang ada kat dalam istana tu. Last time we were there, kami tak pakai audio guide so masuk kosong je la. This time, dapat tau banyak benda sbb audio tu banyak bagi info.

Kami masuk castle tu free sebab sebagai residents kat Borough of Windsor and Maidenhead, kami ada privilege card. Kalau tak, kena bayar £15 pounds sorang. Parking pun free for the 1st 1 hour (kalau parking dekat ngan River Thames tu).


Pak guard kat castle tu. Lebih kepada perhiasan je kot sebab keliling-kelalang ramai police yang jaga kawasan, siap ngan bullet proof jacket and armed, too!

Ni River Thames. Masa summer, seronok naik bot cruising along this river.

Posing kat 1st entry, masa hari pertama. Tembok kat belakang tu, kata tour guide "That is the newest addition of the castle.......built only about 200 years ago." Errrkkkk...200 years? New??? Hubby pandang aku, aku pandang dia sambil tersengih macam kerang busuk. Boleh bayangkan la how old this castle is kalau the newest je dah 200 tahun.


Makcik siap pakai audio guide....nak masuk melawat St George's Chapel. Bila dah masuk, seram pulak. Kubur2 English royalties disemadikan kat sini. Issshhhh ngeri la. Tapi hari ke-2 masuk lagi sebab nak dengar sejarah2 dorang. Zaman tu, it was common for woman to die masa giving birth, termasuk la orang2 istana. Pastu banyak baby yang stillborn. Kesian. Zaman tu jugak, masih kuat pengaruh Roman so banyak giler statue dan wall art pasal dewa-dewi Roman neh. Masa tu jugak plump woman was the 'in' thing. they were put into arts. Hmmm...bila la pemikiran tu akan kembali? Baru la masa tu orang chubby macam aku dikatakan 'in'. Hhahhahahhah.




Askar berbaris dari barrack ke castle. Jalan2 di high street Windsor selalunya tutup sebab nak bagi askar2 ni lalu.


Abang polisi yang hensem....

Lagi abang polisi, tapi yang tak berapa hensem dah la.....bersama kakak polisi yang tidak dapat dikenalpasti tahap kecomelannya.

Pelancong2 yang sama-sama jakun macam aku jugak. Tengah tengok askar2 marching towards the castle.


Abang askar bertopi bulu beruang. Kesian dorang sebab tali topi tu kena kat muka. Sapa la yang design camni. Macam kena dera pun ada.

Ni bukan abang askar tapi berangan kalau dia jadik askar "That's how I want to be...no less!"

Makcik tengah khusyuk dengar penerangan dari our tour guide. Wahh...kau, kali ni siap ikut guided tour. Dulu main redah je.

Ohhh....harus la ada gambar ala2 lembik lutut ni. Sebenarnya nak amik gambar abang pilot yang segak kat belakang nun. Dia baru lepas terima pingat aku rasa sebab hari tu Queen ada kat situ, majlis penganugerahan. Issshhh.....jauh la pulak gambar abang pilot tu.

Tak dapat abg pilot, abang beruang pun ok la. Rembat saja!!

Sekian aktiviti berpoya-poya oleh ibu bapa bila anakanda pegi sekolah......

A Day in the Park

8 FEBRUARY

Alia ni....kalau ayahnya ada memang tak lepas nak ajak pegi park je kejanya. Ayahnya pun gladly ikut je. Happy tengok Alia enjoying her day in the park. Seronok. Since winter, sampai sekarang memang kami tak kuar rumah sangat. Ni sebab cuaca dah being a bit kind so kami lepak le kat luar. Walau pun masih sejuk tapi ok la.


It was nice indeed...a change of fresh air. We had our lunch on the park as well. Macam biasa la...makanan rasmi whenever we were out and about...nasi goreng makan ngan ayam goreng.


Alia.......trying her hands at climbing.

Mesti nak bergambar punyer.....kami ni memang suka posing!

Tiga beranak ni posing lagi!!

High ride...Alia dah terer dah. Muka-mula takut. 2-3 kali jugak dia naik separuh pastu turun balik. Katanya "the wind was so strong!" Hiss...pandai je salahkan angin pulak.

Anak dok sibuk main slides, kami pulak sibuk berposing.

Alia...having a break. Tengah makan roti jagung diimport khas dari Malaysia. Berkoyan-koyan ayahnya bawak. Memang dia suka roti jagung ni sejak umur 2-3 tahun lagi. I guessed that roti reminds her of Malaysia.....?








Lepas balik dari park, posing depan rumah pulak. Posing lagi!!

Depan Manor House. Kami pusing masuk utan Silwood sebab Alia nak cari daffodil. Takde pun!! Sudahnya kami beli daffodil kat Tesco je. Tanam kat dalam pasu dalam rumah. Aku dapat hydrangea 1 pasu. Boleh la, sementara tunggu panas betul-betul.

It's that time again!!!

Anggapkan masa I tulis ni, hari tu ialah 9 FEBRUARY...ok!

Yeayyyyy!!!! It's that time of the year...again!


It's my birthday!


Bukan suka sangat pasal bday tu. Suka sangat sebab my hubby datang masa my bday. Perfect timing! Hahahha...tu la sebabnya. Aku tau betapa seksanya mengharungi 15-hour flight from KL to London. Lenguh vontot gua! Hari tu masa balik Msia, adoii seksanya dok dlm flight. Dry air, gelap, penat, tido bangun tido bangun tak sampai2 jugak lagi. Tapi my hubby harung jugak entah yang kesekian kalinya tah. Thanks, dear.

Alia sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat!! Maklum la dimanjakan. Dimandikan, disuap makan, didukung, dilayan tengok Cha
rlie & Lola. Suka la dia. Kalau ngan aku, non ado! Sila berdikari ye anakanda. Memanda banyak keja la.

Sebelum pegi skolah, ayahnya amik gambar dulu...posing macam2 gaya tapi aku upload satu cukup la noooo...yang lain gambar tak berapa nak elok sebab anak dara kecil ni grumpy sket masa tu.

Aku? Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jugak. Sebab aku pun perasan dimanjakan. Ada orang tolong itu dan ini. Terasa I'm the happiest woman alive! Bak kata Rihanna, rasa macam...the only girl in the world, hahahhaha. Ishhh quote Rihanna tu. Cuba la quote Sigmund Freud ke.....Stephen Covey ke..ada gak pekdahnya....

Ni gambar on the day itself. Takde la nak celebrate apa. Dah tua, malu la ai nak celebrate segala. Cukup la ada suami dan anak di sisi. Dah bersyukur sangat dah dengan segala rahmat dan kebahagiaan yang dilimpahkan olehNya.

Sang hubby tanya apa hadiah aku nak tahun ni? "Handbag nak?" Tanya suamiku. Owwhhh sangat la nak tapi aku ni sangat la berhemah tamah orangnya, tuan-tuan dan puan-puan......hahahha. Kononnya la! Maka tiadalah diriku ini menyuarakan hajat di hati. Aku cakap ngan hubby.."Ala, handbag mahal, bagi hadiah yang murah2 sudah la". Cehh...ayat cliche tu....walaupun ada gak aku bagi hint...kalau beg Prada mau la. Hehehhehe sempat lagi mengayat tu. Walaupun aku tau tak dapat punyer!


Happy Bday to me....bertambah lagi setahun umur aku ni. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga bertambah umur, menjadikan aku bertambah matang. Moga tahun ni tercapai segala cita-cita, terutamanya bab belajar. Semoga tahun ni dengan izin Allah, dapatlah aku siapkan tesis, lulus viva dengan jayanya dan bergelar Dr. Asmida....Aminnnnnn!!

Tokma and Tokbah

Seperti biasa...post basi dari diriku yang asyik tangguh-tangguh je nak update blog. Well...let's see what I've been up to for the last ummmphh...3 months!

First and foremost, nak cerita pasal my parents visit to UK. We've been looking forward to this visit. Maklum la dok tempat orang, the thought of having your parents around is just overwhelming. Aku memang nak sangat nak ma and abah datang sini. Sejak mula2 keja dulu, aku selalu berhajat nak bawak parents aku jalan2. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan membukakan rezeki so dapat la kami adik-beradik merealisasikan impian nak bg our parents datang UK.

Adik aku keja ngan MAS so dapat la kami tiket yang murah giler. Return tiket dalam RM450 sorang...eh, ke one-way. Lupa la. Thanks jugak kepada penyumbang terbesar yang menyumbang fulus
(aku tau dia nak anonymous je). Thank you ever so much!!

Kat Trafalgar Square...main merpati. Time ni ramai pulak pelancong2 asing. Sejukkkk!!!



London South End...masa lalu kat sini, aku dah pasang angan2 nak tengok theatre kat sini. A month later, aku dan rombongan Cik Kiah gi nengok Priscilla, Queen of the desert. Best!!! Hillarious! Highly recommended. Terjatuh hati kejap ngan main character tu.

Tengah tak sabar2 nak naik train. Masa ni nak gi Central London sambil2 nak cuci mata dalam train, takyah penat jalan. Alasan!

Waiting for the tube. Seperti biasa, manusia amatla ramai kat underground tube ni. Tu pun kiranya bukan working days...kalau tak, mau lagi berganda2 manusia kat sini.



Kat dalam open-top bus. Patutnya seronok tapi jadi tak seronok sebab semua tempat2 tu kami dah visit the day before. Pastu kami ni jenis yang tak reti nak turun kat mana. Jadi la termangu-mangu kat dalam bas tu. Aku pulak jenis manusia yang paling payah nak bertanya2 orang. Mak aku dok cuit-cuit, suruh aku gi tanya drebar bas. Hmmm....no, I would rather wait 'til I got back my sense of navigation. Mak aku takut kami sesat. Ala...bas tu alih2 pusing dalam zone 1-2 tu jugak. Dijamin tak sesat, hahahha. Yang pasti, penat duduk!!!

Ni pulak tempat wajib adik aku. Dia tu die-hard fan of MU. Dia datang UK ni pon bukannya nak melawat aku, hehehhe. More to nak gi visit Old Trafford. Takpe la, bagi can. Thanks to kak Lah sefamili yang susah2 menerima kedatangan kami. Susah-susah je masak macam2 utk kitorang. Lain kali masak lagi, ye.

Kat Services di Oxford. Kalau kat Malaysia, Services ni dipanggil R&R - Rehat dan Rawat? Aku dulu masa mula2 sampai UK, ingatkan services ni tempat servis2 keta ke hapa. Puas la mencari R&R ...tak jumpa. Hmmm patut la pun.

Heavy snow...kiranya memang rezeki parents n adik aku la. Lepas aku amik dorang kat Heathrow apot, cuaca ok je. Masa kami tengah breakfast, snow punyer la lebat!!! Heathrow tutup hari tu sampai esok petang. Dah ngam la timingnya tu, tercapai impian dorang nak main snow. Lebat sungguh!! Sampai abah aku pun surrender....sejuk katanya!

Ni kawan aku, Dar n femli yang travel all the way from Lancaster, nak ber boxing day ngan kami. Seronok kami travel sama2, dok hotel sama2. Dar ni memang bagus budaknya. Pandai dia melayan orang tua (and budak2 jugak). Dar, kalau kau baca, kau kasi aku 50 pounds arrr sebab aku suda puji sama kao.....! Alia lagi la seronok sbb ada geng. Takmo dah naik keta sama aku. Nak naik ngan Mia all the time.

Alia and Mia......berposing dalam snow di pagi hari.

Sekali tengok, macam sepesen je 2 orang ni. Their smiles, their hairdo....typical budak2 yang minat Charlie & Lola.

Kesimpulannya (cewah!!)...aku puas hati la (aikk, aku pulak yang puas hati, patut parents aku la). Bukan apa, aku puas hati la sebab niat aku nak bawak parents aku datang UK dah tercapai. Seingat aku, ni le 1st time parents aku gi berjalan ke oversea...gi melawat sedara aku kat seberang sungai Golok tak kira la ek. Last time pegi pon, aku rasa 15 tahun lepas, hahahha.

Sehingga berjumpa lagi ngan ma, abah dan seluruh ahli keluarga di Malaysia. Doakan kejayaan kak long ye!!! Dah tak sabar nak balik dah ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda adalah pelawat yang ke :